Sunday 16 March 2014

Sejarah 'Beri Laluan' Mampu Majukan Kajang? - Rakyat - TolakAnwarIbrahimSekeluarga TAIS


Siapa sangka Anwar Ibrahim akan dijatuhkan hukuman di saat pencalonan PRK? Ada cerita sebenarnya mengapa Anwar pilih Wan Azizah sebagai proksinya bertanding PRK Kajang.



Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai calon DUN Kajang selepas Mahkamah Rayuan mensabitkan kesalahan liwat ke atas pembantu peribadinya dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Seperti yang dijangka awal, Anwar tidak bertanding di Kajang walaupun heboh tentang kononnya dia mahu jadi Menteri Besar Selangor kerana Anwar Ibrahim sendiri sedar bahawa dia memang akan tersadai di perut penjara.

Sudah dijangkakan juga bahawa Anwar Ibrahim akan memilih anggota keluarga menggantikan tempatnya sebagai calon DUN Kajang. Anwar memang mahu memastikan ahli keluarganya mempunyai tempat di Selangor atau mana-mana kerusi kerana politik adalah cara untuk hidup mewah dan mendapat sanjungan. Apatah lagi, dengan ahli keluarganya di dalam politik negara, namanya terus relevan dan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia akan tercapai suatu hari nanti.

Sepatutnya selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan didapati bersalah, satu gelombang besar berlaku yang menyebabkan Putrajaya terancam dan Najib Abdul Razak terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana tekanan rakyat yang sedang kemarahan.

Malangnya, segala tohmahan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya tidak mampu mempengaruhi rakyat Malaysia. Lebih ramai yang memilih untuk memberikan perhatian kepada kehilangan MH370 pesawat MAS yang membawa penumpang seramai 273 orang dan 12 anak kapal yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 6:30 pagi hari Sabtu 8 Mac 2014.

Ternyata insiden berkenaan telah meruntuhkan sama sekali ego dan cakap-cakap besar Pakatan Rakyat, khususnya PKR. Pengalihan perhatian rakyat Malaysia, jelas tidak dijangkakan sama sekali. Pada ketika PKR mengharapkan Anwar Ibrahim akan kekal menjadi ikon yang menarik publisiti, ternyata terlalu ramai yang sudah terlalu meluat dengan gelagat-gelagat yang ditunjukkan oleh Ketua Umum PKR itu.

Pengumuman bahawa isterinya, Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya sebagai calon PKR di DUN Kajang, juga kurang memberangsangkan. Masih tiada sebarang ulasan-ulasan menarik dari pecacai PKR sendiri yang kebanyakannya cuba meraih perhatian daripada minat orang ramai terhadap misteri kehilangan MH370.

Ramai yang mula memperkatakan tentang calon PKR itu. Anwar Ibrahim nampaknya cuba mengulangi semula sejarah 1999. Dari tahun 1999 sehingga 2004, Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2005. Manakala anak perempuannya Nurul Izzah pula menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dari tahun 2008 sehingga sekarang. Pada PRU-13 yang lalu, salah seorang anak perempuannya, Nurul Hana telah heboh-heboh diperkatakan akan dicalonkan di Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, tetnangan daripada para pengundi PKR sendiri, membuatkan nama Nurul Hana 'dihilangkan'.

Justeru tidak mustahil, Wan Azizah sebenarnya hanya digunakan untuk waktu yang singkat atau sekurang-kurangnya untuk selama lima tahun sebelum dia dipaksa meletak jawatan dan Anwar menggantikannya sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 di Permatang Pauh.

Di Kajang, Wan Azizah akan kembali menggunakan khidmat skrip tahun 1999 dan air matanya sebagai senjata untuk meraih simpati. Segala cerita-cerita yang berkisar tentang kesengsaraannya sebagai seorang ibu dan isteri yang ditinggalkan oleh suaminya yang dipenjarakan oleh Kerajaan seperti kisah Amilah dalam Keluarga Gerilya karya penulis sosialis marxist Indonesia terkenal, Pramoedya Ananta Toer.

Kesian kepada Wan Azizah. Tidak ada kebolehan pada dirinya kecuali mengalirkan air mata dan meminta kasihan belas. Simpati dan empati mampu untuk majukan Kajang?

No comments:

Post a Comment