Wednesday, 12 March 2014

LIWAT OH LIWAT...


DSAI telah pun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lalu.


Walaubagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah turut membenarkan Anwar untuk menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000


1. Sekiranya Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Kajang, nampaknya segala strategi dan tindakan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar adalah sia2. PRK Kajang diadakan adalah semata2 untuk Anwar, kalau bukan Anwar yang bertanding dan digantikan oleh calon lain, maka no point pun sebenarnya PRK Kajang ni.


2. Ketika Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar tidak bersalah 2 tahun lepas, penyokong Pakatan Rakyat gembira dan menerima keputusan mahkamah tanpa sebarang pertikaian. Kini bila Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah, mereka tidak dapat menerima hakikat dan mempertikai keputusan tersebut dengan mengatakan mahkamah tidak adil, penipu dan sebagainya.

Ketika Anwar menang 2 tahun lalu

3. Walaupun pahit bagi sesetengah orang, tapi nak tak nak terpaksa terima keputusan mahkamah, tapi percaya atau tidak, itu hal yang lain. Kalau betul Anwar meliwat Saiful, maka Saiful akhirnya telah mendapat keadilan di dunia lagi. Andai Anwar tidak meliwat Saiful, maka ia adalah fitnah yang amat besar dan jahat dan yang pastinya akan dibalas di akhirat kelak. Kita sebagai orang luar, adalah lebih baik kita jangan buat spekulasi apa2 kerana kita bukan Anwar, kita bukan Saiful, hanya mereka sendiri yang tahu kebenarannya.


4. Ramai penyokong Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mahu turun ke jalanan dan berdemonstrasi bagi membantah keputusan ini. Untuk apa lagi turun ke jalanan? Masa kes Liwat 1 dulu berapa ramai turun ke jalanan untuk bereformasi tapi hasilnya? Ia tidak mengubah apa2 dan Anwar tetap masuk dalam penjara Sungai Buloh. Kawan2 Anwar yang berjuang untuk beliau dulu berapa ramai yang dah menukar haluan dan membuat pusingan U. Malah selepas2 itu Pakatan Rakyat tidak pernah pun menang pilihan raya.

Perhimpunan terbesar Reformasi tahun 1998

5. Adakah dengan Anwar disabitkan bersalah ini akan menyebabkan sokongan terhadap PR meningkat? Tidak. PR bukan semata2 kerana Anwar. Walaupun sokongan terhadap mereka sudah meningkat sebelum ini, tetapi banyak lagi isu2 dalaman antara parti2 dalam PR sendiri yang masih tidak selesai serta perbezaan ideologi yang membuatkan ramai pengundi BN terutamanya UMNO dan yang atas pagar masih kurang kepercayaan untuk menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat.

6. Namun dengan kekalahan Anwar ini ia tidak bermakna yang BN menjadi lebih baik. Sama ada Anwar menang atau kalah, ia tidak memberi apa2 perbezaan terhadap BN. So kepada penyokong2 BN, jangan gembira sangat dan anggap bila Anwar kalah, ia akan dapat menutup mulut rakyat mengenai segala isu dan masalah negara seperti peningkatan kos sara hidup dan harga barang, peningkatan hutang kerajaan, peningkatan kes jenayah, lambakan PATI, isu pendidikan PBS, isu pembaziran, isu salah guna kuasa, isu moral pemimpin dan macam2 isu lain selesai begitu sahaja.

7. Sedikit sahaja yang memang tak suka dengan BN dan mahu menjatuhkan mereka, tapi ramai juga yang masih selesa dengan pemerintahan BN dan mahu mereka terus kekal.

No comments:

Post a Comment