Thursday 28 March 2013

Jika mahu bunuh tanaman....

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku kepada segelintir orang Melayu/Islam yang penyokong DAP yang bersekolah di sekolah rasmi. Benarlah kata hukama’:-
“Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

Pakatan Pembangkan lancar strategi Dajjal....


Strategi amat terdesak Pakatan Pembangkang akhirnya bocor juga. Pakatan Pembangkang terus menerus menggunakan gambar-gambar beberapa personaliti pasukan keselamatan yang masih bertugas, pemimpin masyarakat setempat dalam mana-mana poster atau risalah yang berhubungkait aktiviti parti Pakatan Pembangkang. Taktik merompak gambar ini adalah perlakuan dajjal yang bertujuan menggambarkan personaliti tersebut menyokong tindakan di samping sengaja mahu mencemar reputasi dan kredibiliti personaliti tersebut. Pakatan Pembangkang sememangnya tengah nazak dan tidak lagi berupaya menarik masyarakat setempat untuk mendokong mereka selepas terlalu banyak peristiwa nyata mereka terlibat merosakan agama, bangsa dan negara. Harap bungkus dan terhapuslah Pakatan Pembangkang selepas ini......

Kronologi Insiden Lahad Datu.


Baca dan sebarkan..................................



6.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

16.7.2012 -  Raja Petra Semalam mengesahkan Laporan kami di atas di mana menurut Raja Petra pertemuan tersebut berlangsung di Hotel Crwone Plaza, Jakarta. Ianya diatur oleh seorang sahabat Anwar yang juga Ahli Parlimen Indonesia.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

4.8.2012 - Raja Petra sekali lagi mendedahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari diadakan di Manila menggunakan kapal terbang MH704. Dalam pertemuan tersebut, Anwar meminta bantuan Nur Misuari untuk memenangkannya dalam PRU13 dengan membuat "sesuatu" di Sabah menjelang PRU13.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

25.3.2013 - Bekas pendokong Anwar Ibrahim di alam siber, Raja Petra Mengesahkan Anwar Ibrahim beberapa kali menemui Nur Misuari untuk membincangkan hal-hal memenangkan Anwar Ibrahim dalam PRU13 khususnya di Sabah. Perdana Menteri mengumumkan  penubuhan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) di kawasan timur Sabah yang merangkumi 10 daerah.

Wednesday 27 March 2013

PENDEDAHAN: 2

Bekas Jeneral Ghafir Abd Hamid bertindak `menikam ketua'nya dulu adalah sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa, mahupun `warlord' Anwar. Saat-saat yang dinanti-nantikan sekian lama kini sudah tiba untuknya membalas segala `budi' Hashim Hussien yang terlalu kemaruk tamak kuasa ketika dalam perkhidmatan sehingga dia `merenggkok' selama beberapa tahun hanya setakat timbalan sahaja.  Malah Ghafir telah diberi kata dua oleh Hashim You Can be seen BUT not to be heard.
Khabarnya, Ghafir telah mengintai beberapa `pakar pemusnah'  mahu meghancurkan harapan Hashim di Johor Bharu! Baginya, kalau Hashim yang tidak layak menjadi pemimpin tentera suatu ketika dulu, kini pun tidak layak dicalonkan di Johor Bahru. Hashim hanya pentingkan diri sendiri dan masih menganggap dirinya masih `PTD' walaupun masing-masing telah menamatkan perkhidmatan. Semua orang dipaksa mengikut arahanya walaupun pandangannya cukup tidak logik dan betul. Kalangan pemimpin PKR telah mula `menghidu' perangainya lamanya suka mencaci rakan adri belakang. Musuh dalam selimut!

Tuesday 26 March 2013

Siapkan kapan untuk Pakatan di Johor....



Pakatan pembangkang kini telah mencanangkan calon ke atas Johor. Ramai "giants" pembangkang akan pindah kawasan dan bertanding di Johor pada PRU 13 kelak - Sallehuddin Ayub, Kit Siang, bekas jeneral Hashim Hussien dan Ghafir Abd Hamid dsb. Strategi tersebut bakal mengundang padah sekali gus pembangkang akan kalah teruk di Johor. Negeri Johor kekal sebagai kawasan tradisi BN terutama UMNO - bumi kelahirannya! Pembangkang bagaikan 'menang sorak, kampung tergadai'- landasan himpunan jalanan pilihan mereka untuk merampas kuasa kerajaan pimpinan BN. AWAS....!!! BN bakal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan malah tiada masalah besar untuk mengekalkan kerajaan di Perak dan negeri-negeri lain di bawah pemerintahannya kini. Rakyat sudah lama sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan besar untuk memilih pembangkang pada PRU 12 yang lalu. Rakyat tidak sanggup lagi ditipu, dibohongi dan mengulangi kesilapan lalu. Menjelang PRU 13, pelbagai janji baru ditaburkan oleh pembangkang ibarat 'menanam tebu di bibir' sedangkan janji lama kepada rakyat masih banyak yang belum ditunaikan. Senjata PAS menggunakan landasan agama bagi meraih undi semakin tumpul, PKR diselubungi pelbagai masalah dalaman dan kepimpinan malah sanggup memilih `perwira penyanggak' yang telah kalah dalam perang, manakala DAP masih tebal dengan amalan 'rasis'- tidak mempedulikan nasib masa depan Melayu dan Islam. PAS di Kelantan dan Kedah semakin celaru dan ketidaktentuan. PKR di Selangor bagaikan pohon kering....menanti waktu untuk menyembah bumi. DAP di Pulau Pinang semakin menindas orang Melayu dan dibiarkan melarat. Pakatan pembangkang ibarat "jasad tanpa roh' malah jasadnya pula berbau busuk seperti bangkai - busuk kerana tingkahlaku dan sikap pemimpinnya yang rakus dengan mengamalkan prinsip 'kepentingan peribadi mengatasi segalanya'. Rakyat dan pengundi dijadikan mangsa kerakusan mereka - rakyat diperalatkan dan dibohongi mereka 'hidup-hidup'. Pada PRU 13 nanti, rakyat pasti menghukum pakatan pembangkang bagi melepaskan dendam mereka. Jika dendam ini tidak terbalas, rakyat tidak dapat tidur.......pakatan pembangkang bakal menerima hukuman dan padah sekali gus bakal kalah teruk pada PRU 13. Prestasi BN dijangka lebih baik daripada PRU 11 (2004). BN menepati janji dalam memenuhi keperluan denyut nadi rakyat!!!

Dua penyanggak sah bertandiing di Johor tetapi.....


PENDEDAHAN: SIRI 1

Tetapi....

Jack akan bertanding di Johor Bahru dan Ghafir di Pasir Gudang! Khabarnya Jack telah bertindak menendang kerusi dalam satu perbincangan tertutup yang dihadiri oleh pemimpin PKR kerana membantah pencalonan bertanding di Johor Bahru sedangkan saudara mara dan kenalannya ramai di Masai, Kempas, Kg Kong Kong, Kg Cahaya dan Pasir Putih yang dia menggangap dirinya `i boleh menang candididate'. Jack mengetahui dia telah ditipu oleh Anwar walau pun seawal memasuki PKR, `warlord PKR' telah menjanjikan Pasir Gudang. Jack merasakan wujud konspirasi Ghafir bersama Azmin untuk menolaknya bertanding di kawasan tersebut dan tidak menolak Ghafir melakukan strategi `tikam kawan sendiri' kerana didalam perkhidmatan pun, Ghafir, timbalannya tidak pernah menerima hakikat perlantikkan sebagai ketuanya dulu. mahu balas dendam!!!

Baginya, adalah wajar `melakukan sesuatu'  bagi memberi isyarat kepada pihak kepimpinan PKR yang tidak mahu mendengar rungutan dan ketidakpuasan hatinya. Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu.

Sunday 24 March 2013

Hashim Hussien tempah maut di Johor


Perasan betul bekas Jeneral Hashim Hussien `kacang hantu' ni,  ada angan-angan nak bertanding kat P160 Johor Bahru. Lepas kutuk dan caci askar kononnya nak raih sokongan warga tentera yang ramai di sana dan mahu berdepan Dato' Sahril Samad!. Tak apalah, kalau begitu hasratnya, mai...mailah Hashim Hussien! Hashim hanya menempah maut di tempat kelahirannya! Hendak dapatkan 120 undi pun belum tentu dapat. Dia hanya ada satu `talian hanyat'...gantung diri.

Thursday 21 March 2013

HOT!!!! Hadi n Nissan Murano!


PANASSSS!!!! Bekas Jeneral Hadi Al-Khatab pernah menerima imbuhan besar  sebuah brand new Nissan Murano dari seorang kontraktor yang sangat dikenalinya kerana award kontrak yang sangat berbaloi! Kereta ini diberi dengan menggunakan nama salah seorang anaknya bagi mengelapkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasanya ketika dalam perkhidmatan. Tidak menghairankan, Hadi rela berbuat apa sahaja bagi memuaskan nafsu kerakusannya untuk hidup berfoya-foya dan bermewah-mewahan!. Harap-harap rakan-rakannya, Ghafir, Hashim Hussien, Najmi dan Imran dapat `menutup' pekong Hadi yang kini mula tersebar luas. Khabarnya kontraktor telah mula merasakan kepanasan akibat kebocoran aktiviti tersebut. 

Wednesday 20 March 2013

REBUTLAH PELUANG MEMILIKI HADIAH LUMAYAN!



SOALAN CEPUMAS UNTUK PEMIMPIN DAN PENYOKONG TEGAR PAKATAN PEMBANGKANG.

1. SILA NAYATAKAN GAMBAR DI ATAS  MERUJUK KEPADA KEPERIBADIAN SIAPA?

A.  BEKAS JENERAL HASHIM HUSSIEN 

B.  BEKAS JENERAL ABDUL HADI AL-KHATAB

C.  BEKAS JENERAL GHAFIR BIN ABD HAMID

D.  BEKAS JENERAL NAJMI BIN AHMAD

E.  BEKAS  LAKSAMANA HJ IMRAN BIN ABD HAMID

F.  SEMUA DI ATAS. 

TUNTUTAN HADIAH BERUPA WANG TUNAI SEBANYAK RM10,000 DAN PAKEJ MELANCONG KE LUAR NEGARA KEPADA YANG BERJAYA BOLEH DIBUAT MELALUI 0197926026 (KERABAT) ATAU 0196251904 (WIRA DAMAI) . NYATAKAN NAMA DAN ALAMAT DENGAN JELAS. KEPUTUSAN DIMUKTAMATKAN OLEH PARA JURI PROFESIONAL.







STRATEGI DAP MAHU HAPUSKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA YANG MENDAPAT SOKONGAN PAS DAN PKR. AYOH, BANGSA MELAYU HAPUSKAN PARTI PAKATAN RAKYAT DI BUMI MALAYSIA!!
 RAMAINYA TAK TERKIRA!!!

GAMBAR-GAMBAR INI MENUNJUKKAN BAHAWA PKR, DAP DAN PAS DAH MULA MENGHAMPIRI RIWAYAT HIDUPNYA.

BIARPUN LGE YANG BERCERAMAH, ORANG MELAYU PULAU PINANG DAH TIDAK MAHU DATANG MENDENGAR CERAMAHNYA SEBAB ORANG MELAYU DAH TAHU LGE HANYA MAHU `PERKUDAKAN' ORANG MELAYU (ASAL) BAGI KEPENTINGAN PARTI RASISNYA!  HANCURKAN PARTI DAP, PKR DAN PAS....  


`Syaitan' berselindung bendera cap mata dajal!



Ini kandungan surat Kenyataan Akhbar Tian Chua yang dihantar kepada PAT:

Merujuk kepada perkara di atas, bersama ini disertakan kenyataan akhbar saya mengenai isu pembabitan anggota keselamatan negara menangai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Besarlah harapan saya agar kenyataan ini dapat menjernihkan keadaan yang timbul sekarang ini, selain memberi penjelasan sebenarnya dan mengatasi salah faham mengenai maksud saya ketika mengulas isu pencerobohan berkenaan.
Sebagai rakyat yang cintakan negara, saya benar-benar menghargai dan banggan dengan pengorbanan semua anggota keselamatan yang terbabit, menpertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh anasir luar. Semoga melalui kerjasama semua pihak, keamanan negara dapat dipertahankan selama-lamanya.
 Bertarikh 12 Mac 2013

Rakyat Malaysia khususnya pasukan keselamatan ingat boleh `masuk perangkap' penipuan Tian Chua dan PKR! Rakyat tetap berpendirian Tian Chua memang bencikan psk keselamatan yang rata-rata orang Melayu. Kononnya cintakan keamanan sedangkan dialah pengerak kepada beberapa siri demonstrasi sial Bersih yang bercita-cita benar   menghancurkan negara.  Tian Chua adalah `syaitan' sebenar yang berselindung dengan bendera cap mata dajjal.

Tuesday 19 March 2013

Penulis Suarapakatanrakyat dah sesat!



Petikan dari Suarapakatanrakyat:

.......Walhal kematian Bala ini adalah satu kehilangan besar pada negara.  Malah tidak keterlaluan kalau laman ini katakan, kematian Bala adalah jauh lebih mulia dari nyawa 10 askar dan polis yang mati dalam pertempuran di Lahad Datu setakat ini......

Apakah penulis laman ini dah tersesat akidah  (jika dia benar mengamalkan Islam) kerana menyamakan kematian umat Islam dengan seorang yang bukan Islam. Apakah penulis seorang yang tiada pegangan agama  atau bukan Islam. Hanya kerana politik sempit, penulis tersebut rela menyesatkan diri dari ajaran dan tuntutan Islam. 

Kalaulah dia seorang Islam, lebih baik dia bertaubat sebelum terlambat. A'uzubillah.


Memang susah nak ajar `binatang' kalau tabiatnya dah melekat kat jiwa dan kepala otak. Begitulah bidalan kepada 5 sang badut yang mahu merosakkan nama pasukan keselamatan dan negara.

Monday 18 March 2013

Tamparan hebat kepada 5 pengkhinat ATM


Tahniah!!!! Seramai lebih 200 bekas Pegawai Kanan ATM menghadiri perjumpaan dengan PM untuk menyatakan sokongannya terhadap tindakan kerajaan dalam menangani isu di Lahad Datu. Sokongan bekas Pegawai kanan tersebut merupakan tamparan hebat  kepada 5 bekas Jeneral yang berpaling tadah kepada PR hanya kerana kepentingan peribadi. Mereka pengkhianat kepada organisasi ATM. Rata-rata warga tentera dan bekas tentera yang dihubungi turut menyatakan rasa kegembiraan terhadap tindakan bekas Pegawai Kanan tersebut dan percaya tindakan 5 bekas Jeneral itu tidak akan mendapat sebarang perhatian dari seluruh warga dan bekas tentera. Tindakan mereka menfitnah ATM bagaikan menyiram air ke daun keladi sahaja.  



PKR tampil bekas Jeneral Cap Ayam.



Hashim, bekas jeneral Cap Ayam
Bekas Jeneral Hashim Hussin tidak ubah sekadar Bekas Jeneral CAP AYAM. Berkokok ke sana ke mari menabur fitnah ke atas kecemerlangan pasukan keselamatan dalam menumpaskan gerombolan pengganas di Lahad Datu. Bersama badut-badutnya, Gafir, Hadi Al Khatab, Najmi dan Imran, Hashim mahu dilihat sebagai Panglima PKR  yang pakar mengenai bidang perisikan negara walhal mereka itu langsung tiada mempunyai pengetahuan bidang tersebut. Lebih menjijikan adalah si Hadi Khatab `perompak enjin kapal terbang' pun berhujah mengenainya sedangkan badan perisikanlah menyebabkan dia kantoi terburai dek perbuatan dajjalnya. Sebab tulah, Hadi Al-Khatab sangat membenci badan perisikan!
Hashim bersekongkol dengan PKR semata mahu menjadi calon dalam PRU akan datang. So, dia akan merelakan dirinya menjadi barua kepada pemimpin PKR dalam mempertikai soal keselamatan melibatkan tindakan pasukan keselamatan dan negara. Hashim juga mendapat habuan daripada `ucapannya' yang mana boleh menampung perbelanjaan harian sekeluarga. Hidupnya kini cukup mudah, berfikir, bercakap dan berlagak macam syaitan untuk memenuhi kehendak pemimpinnya. 

Let Me Check.......


Gambar ini cukup sesuai untuk mengambarkan pandangan rakyat terhadap pendedahan seorang pemimpin yang dikaitkan dengan vedio bertajuk `Saksikan Aksi 69'. Beranikah pemimpin tersebut membuka seluarnya dan membenarkan pemereksaan dilakukan terperinci.

Sunday 17 March 2013

PKR MEMANG DAJJAL!

Iyya Zarith kata.....lambang 1 yg ada mata dajjal tu...memg tak guna!!!..dok letak kt gula..tepung...segala maknika barang dapoq p bg rakyt telan makan...letak kt knderaan rasmi...dok letak lg ateh kpala buat topi...buat topi kledaq...p letak kt baju blah dada kiri...blah dada kanan.....wehhhhh....korang tau dak kt kpala ngn kt badan tu tkdak bnda lain blh semat slain kalimah laailah..haillallah....dahla masa skolah dulu dok semat lencana...dah tua bangka pon nk jugak letak lambang entah apa2 tu!!!!...ni...marah ni...




Pada halnya, yang guna lambang mata dajjal adalah : 
So pada korang semua, berhati-hatilah dengan dajjal yang bernama anwar ni, tengok bendera pkr pun ada mata satu, tu lambang dajal tu, korang semua jangan terkejut, jangan terkejut kalau silap-silap ada gereja atau masjid rentung terbakar. jadi korang tau la yek sape punya kerja.

Thursday 14 March 2013

SEMUA KENA BELUT, HE...HE...HE...



Bekas Jeneral hendak PERBODOHKAN DAN MEMBELIT rakyat Malaysia!

Kononnya dialah `JACK OF ALL THREAD'' dalam meyelesaikan kes Sauk,   pada hal bekas Panglima Tentera Darat inilah yang paling panik dan  gabra di dunia ketika menghadapi insiden tersebut! Hashim bagaikan gila menyebabkan kementeraian terpaksa melantik seorang Jeneral lain (Lt Jen Datuk Zaini, Panglima Medan) untuk menghadapi "Ust Amin dan kumpulannya" di Bukit Jenalik, Sauk pada Jul 2000. Dia tidak dilibatkan kerana kementerian tidak berani memberi tanggungjawab kerana `sasaunya' serta ketidak kepercayaan dan keyakinan mengurus situasi itu. Dia bagikan lame duck! Kalaulah dia mengurus insiden Sauk itu, tidak akan tidak insiden tu mungkin tidak dapat dikawal yang akan menyebabkan banyak nyawa melayang dan Amin terlepas bebas!

Sebenarnya, sebelum insiden Sauk, Hashim menghadapi satu kejadian `rompakan' yang hampir menyerupai di Sauk.  Setelah campurtanggan pikak Polis, kejadian telah dapat diselesaikan, tetapi untuk menutup malunya, dia `bersumpah laknat' kepada seluruh tentera dan organisasi akan `memecat dirinya sendiri' jika berlaku kejadian berulang di bawah naungannya. Namun ini tidak berlaku, malahan insiden Sauk seolah-olah sebagai petunjuk untuk dia memecat dirinya.  Sebaliknya dia tidak mengotakan janjinya malah melaungkan rasa bongkak dan riak mengangkat dirinya sebagai `the great master of Sauk insident' di serata pelusuk negara bagi menutup kebodohan dan pembelitnya! Dia hanya layak menjadi CLOWN PKR.    

Wednesday 13 March 2013

Baca ini mungkin selamat di dunia dan akhirat!


Dari blog: ALLAH JUST FOR MUSLIM/ISLAM

Anonymous said...
 
ALLAH telah menyelamatkan Malaysia dari kejahatan dan kecelakaan insan yang bernama manusia.
ALLAH telah menyelamatkan rakyat kita
ALLAH telah menyelamatkan Anggota keselamatan kita
ALLAH telah melindungi negara kita..
ALLAH telah memberi rezeki kepda kita
Wahai rakyat sekalian.....ALLAH memberi perlindungan dan memakbulkan permohonan kita dari doa-doa dan sembahyang hajat yang tuan-tuan lakukan..
ALLAH telah membantu kita.......memenangkan pasukan keselamatan kita...
ALLAH telah mengagalkan usaha penceroboh..
ALLAH telah menggagalkan rancangan jahat penghianat dalam negara..
ALLAH telah mengesan rancangan pencerobohan diperairan negara...
ALLAH telah membantu kita...
ALLAH meletakkan kita dalam golongan yang BENAR..
ALLAH menerima permohonan Doa kita...


tambah: HIDUP INI HANYA SEKALI, SEKIRANYA KITA BERBUAT BETUL KITA TIDAK AKAN RUGI KECUALI  ORANG YANG BERPURA-PURA, PEMBOHONG DAN YANG MENHINA AGAMA ISLAM DEMI POLITIK PERIBADI.

BAGAI ANJING BURUK KEPALA


BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DIIKUT!, itulah bidalan yang sepatutnya diberikan kepada bekas Jeneral yang hanya pandai melalak tapi bagaikan ANJING BURUK KEPALA. Apa tidaknya, kata-kata sinisnya itu hanya mengambarkan tingkah laku dan menempelak diri sendiri apabila selaku Timbalan PTD selama hampir puluhan tahun dia tidak pernah berbuat apa-apa terhadap kebajikan warga tentera dan keluarga. Dia hanya makan tidor dan mengutuk orang siang dan malam. Sekarang apabila  pasukan keselamatan berhempas pulas di medan pertempuran di Lahad Datu, dia bangkit memburuk-burukan imej pasukan keselamatan hanya kerana mahu kuasa, kemewahan dan jawatan dalam politik pembangkang. Dia didakwa warak, tetapi menabur racun di serata pelusuk menghina maruah dan perjuanagan warga tentera dan bekas tentera sedangkan secara sedar dia terus membaham pencen tentera untuk dimakan anak beranak. 


Apakah gambaran manusia ini!

Betapa hinanya askar padanya dirinya sehingga sanggup melabelkan rumah askar sekadar `reban ayam'. Tidakkah dia tahu bahawa rumah yang disediakan oleh kerajaan itulah tempat mereka membesarkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara malah tempat mereka menunaikan kewajipan terhadap ILAHI. Apakah bekas Jeneral ini sudah kemaruk akibat `brainwash' Mat Sabun dan kuncu-kuncunya. Peliknya selepas bersara dan `betapa' seketika, bekas Jeneral telah hilang akal digoda syaitan bangkit menyemburkan fitnah dan pembohongan terhadap pasukan keselamatan khususnya tentera.

Kalaulah benar askar tinggal bagaikan direban ayam, dia yang melayari bahtera tentera selama hampir 40 tahun tidak pulak bertukar jadi ayam, bertelor dan melahirkan anak-anak ayam!. Tidakah isteri dan anaknya merasa malu dan terhina kerana tempias kenyataannya itu. Gafir tidak perlu terlalu sombong dan riak hingga menutup mata mengenai perkembangan semasa di mana kemudahan perumahan yang cukup selesa bagi warga tentera. Kerajaan juga telah menaikan gaji serta menambah banyak kemudahan bagi kebajikan warga dan bekas tentera. Apapun, kerana ketaksuban politik, dia berbohong demi `mencari makan' yang tidak halal!.

PANASSS!!!!MEREKA SAHUT CABARAN ZAHID

Pahlawan anak beranak, bersaudara!

PANAS!!!! mereka sanggup  menyahut cabaran Menteri Pertahanan kerana tidak mahu dilabelkan sebagai pengecut!

Pasukan keselamatan tidak lagi perlu takut dan risau mengenai ancaman pihak musuh kerana pahlawan anak beranak dan bersaudara iaitu Hang Tu, Hang Pi, Hang Mai, Hang Ni,  Hang Ja dah dan Pemaisuri Hang Zie merupakan pejuang yang boleh melakukan apa sahaja termasuk membuat serangan kilat terhadap kedudukan musuh tanpa dilihat. Ikrar perjuangan mereka telah dilafaskan di hadapan penyokongnya tegarnya dalam satu perjumpaan khas tetapi tertutup untuk terlibat secara langsung dalam OP DAULAT. Cumanya mereka berpesan agar pihak berwajib menyediakan tempat tinggal di hotel agar senang mereka bermandi manda, menjamu selera dan mengelakkan dari gigitan semut dan nyamuk yang dikatakan terlalu berat untuk ditanggung. Dari sumber yang dipercayai, penerbangannya khas telah pun disediakan menggunakan kapal perang yang didatangkan dari negara BABUSYITAN.

Dalam kenyataannya, mereka menyatakan bahawa tidak semudah itu untuk menzahirkan ikrar menyahut seruan perjuangan ke Lahad Datu tetapi paling penting mereka cukup bosan dengan kerenah PM yang tidak juga mahu pengumuman tarikh pilihan raya ke13. Harapan mereka adalah untuk menamatkan segera pencerobohan tersebut agar PM dapat melaksanakan pilihan raya secepat mungkin. Benar juga.....
 




Tuesday 12 March 2013

APA BEZA PAGAR BURUK DAN PAGAR BESI



Episod 1: KHALID, PAGAR BURUK.......

Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!
Bilamana Mej Khalid mengkritik organisai pasukan keselamatan, dia umpama PAGAR BURUK yang memagari sawah bendang seluas mata memandang. Keadaannya pagar yang buruk lagi teruk akan membuatkan empunya sawah tentunya berfikir untuk mencari masa yang sesuai mencabut dan meruntuhkannya mengantikan yang baru. Pagar buruk umpama Khalid tidak akan lagi berguna dan hanya sesuai dihumban ke dalam telaga buta agar tidak mendatangkan kecederaan kepada orang pulak. Begitulah bidalan pagar buruk dan Mej Khalid yang celupar bodoh umpama mencari belanag di atas tikar!. Khalid yang memiliki tiga FB berlainan cukup licik akhirnya meminta maaf setelah nasi menjadi bubur. Bayangkanlah kalau Si A menampar Si B dengan kuat sehingga mukanya mengalami kecederaan, selepas 5 minit Si A menyedari kesalahannya,  dia meminta maaf! Adakah Si B dengan mudah memaafkan dan melupakannya seumur hayat!

Episod 2: PEJUANG, PAGAR BESI............

Bilamana 10 anggota pasukan keselamatan gugur dalam mempertahankan tanahairnya dari penceroboh di Lahad Datu sewajarnya dianggkat sebagai pejuang tulin yang sanggup mempertahankan agama, bangsa dan negara walauapa jua keadaan. Mereka ibarat PAGAR BESI kepada pesawah yang menjamin sawahnya menghasilkan pulangan lumayan yang akan memberi kemakmuran,  kesejahteraan hidup kepadanya dan keluarga buat sekian lama. Pagar besi akan terus kukuh dan tidak akan goyah demi memikul tanggungjawabnya menjaga sawah dari sebarang bencana asalkan dapat membahagiakan tuannya.

PULANGKANLAH DARJAH KEBESARAN!


Kalau mereka bermaruah, kembalikan sahaja darjah dan pingat kebesaran ATM! Bekas Jeneral yang menabur racun kepada ATM sewajarnya mengembalikan semua anugerah kurniaan  atau sebarang bentuk penghormatan yang diterimanya baik dari dalam dan luar negara atas kapasiti jawatannya yang dipegang ketika dalam perkhidmatan. Bekas Jeneral ini sepatutnya sedar mereka tidak lagi berhak memiliki sebarang darjah kebesaran tersebut yang kini terus menerus mencemuh, mencaci dan menghina perkhidmatan yang telah banyak memberi penghargaan  ke atas mereka. Bayangkanlah, tatakala seluruh rakyat khususnya warga dan bekas tentera berasa hiba dan pilu di atas kehilangan dua lagi pejuang di Lahad Datu, bekas Jeneral pulak  tidak henti-henti memburuk-burukkan organisasi di serata pelusuk negara siang dan malam. Mereka tidak langsung mempunyai sikap perikemanusian sanggup  mengadai  maruah dan pengorbanan tentera hanya kerana kepentingan politik sempit mereka. Begitulah,  kalau hati dan jiwa dihasuti nafsu syaitan!

 



 

TIAN CHUA ...HIDUP DUA ALAM



ALAM PERTAMA, ALAM KEPURA-PURAAN - Tian Chua sanggup berpakaian baju Melayu dan bersongkok ketika menziarahi kubur Islam semata-mata mahu `menjinakkan' orang Melayu. Taktik DAP yang menyemai PAP Lee Kuan Yew.  Malah kaedah ini adalah kesambungan tindakan membaca surah Al Quran, menyembelih daging korban dan berceramah di masjid dan surau. Yang spesialnya, pemimpin DAP diberi gelaran Khalifah oleh puak2 yg tak mahu belajar dari sejarah bangsanya sendiri.

ALAM KEDUA, ALAM REALITI -  `Di belakang' orang Melayu, Tian Chua bersepakat dengan Yahudi Soros mahu menghancurkan Islam dan menghancurkan kuasa Melayu. Tian Chua menukar baju! Mesejnya, inilah risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu menjadi pengkhianat bangsa. Laungan kononnya parti itu mengutamakan perpaduan hanyalah sandiwara. Ini belum menyentuh tentang nasib Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Hakikatnya, pemimpin DAP sanggup berbuat apa sahaja termasuk `menukar baju' dan Tian Chua perlu mengamalkan hidup dua alam!.

Monday 11 March 2013

JACK PALANCE NAMPAK PKR!


` JACK PALANCE', Jeneral politik PKR!', itulah kenyataan Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar memperkenalkan Jen (B) Hashim Hussein,  bekas Jeneral yang pernah menjawat PTD, mengetuai pasukan Malaysian Batalion  ke Bosnia Herzergovina dan kemudiannya  sebagai  High Commissioner di Pakistan.

Itu cerita dulu, tapi kini dia telah beralih arah, Jack `terjun bulat-bulat' ke arena politik PKR setelah  merasakan jalan terbaik melunaskan dendam terhadap ATM dan kerajaan.

Sepertimana bekas 4 Jeneral bermasalah, Jack menyertai PKR kerana rasa tidak puas hatinya terhadap `layanan' ATM dan kerajaan terhadapnya khususnya impiannya jawatan PAT yang tidak kunjung tiba ketika dalam perkhidmatan. Jack seorang opportunis, ketika di  Bosnia, dia hanya sibuk menghabiskan masa menulis `buku-buku dogeng, antaranya - Malaysian Tiger'  daripada menyelami dan memberi perhatian terhadap anggotanya di lapangan. Bukunya sarat dengan perkataan  I, and as a grandfather......yang tidak lebih sekadar `masuk bakul angkat sendiri'. Hidupnya, siang malam bercenggang mata mahu menyiapkan buku-buku mengenai `kehebatan' dirinya sahaja! Kerana kelabu asapnya bekas Jeneral ini, dia cuba membohongi rakyat dengan kenyataan yang tidak boleh diterima langsung. Jack bertindak menyamakan versi insiden Lahad Datu dengan kejadian Sauk yang berlaku pada 2 Jul 2009!  Walhal semua tahu, insiden Sauk nyata dilakukan oleh ketaksufan segerombolan 15 orang rakyat MALAYSIA penganut ajaran sesat Al-Ma'unah `menakluki' Bukit Jenalik selepas melakukan rompakan senjata ke atas kem Grik berbanding 150-200 penceroboh asing dari FILIPINA yang mahu menyerang Sabah secara kekerasan. Apapun, Jack adalah manusia yang ibarat melepaskan anjing tersepit. Dia banyak melakukan kesalahan dan dosa anggotanya dan perkhidmatannya ketika dulu,  tetapi ATM tetap memberi kedudukan yang tinggi. Malah,  Jack gagal menoleh ke belakang mengimbas kehidupannya yang kini  dikecapinya hasil keprihatinan ATM dan kerajaan.

Mungkin ada kewajarannya, segala pingat dan penghormatan yang diterima ketika dalam perkhidmatan dahulu ditarik balik!




Sunday 10 March 2013

UMNO BUTA HATI!!!!


Kenapa PR lebih rela memberi penghormatan kepada Mendiang Teo Beng Hock berbanding para pejuang yang gugur di Lahad Datu!

Masyarakat Malaysia perlu sedar bagaimana perjuangan PR khususnya PAS yang dilihat sekadar menutup mata dan telinga apabila sebilangan pejuang yang gugur itu adalah umat dan sebangsanya. Politik PAS meminggirkan soal tuntutan agama demi mencapai cita-cita politik kotor dan menjijikan. Begitu pun para ulama dalam PR terus menerus mendiamkan diri sekadar menjadi memerhati yang kelu dan buta hati. Malah mencemuh kehadiran beberapa pemimpin negara dengan menyifatkan perbuatan keji. Lihat dan perbandingkanlah gambar di atas terhadap tindakan Nizar yang memberi penghormatan kepada Mendiang Teo Beng Hock dengan menyalakan lilin yang sangat bercanggah dengan akidah dan amalan seorang Islam. Dimanakah letakknya akidah Nizar begitupun pemimpin PR yang lain!

Harap semua sedar perangai dan sikap PR yang sanggup menghina Islam demi perjuangan politiknya.

Tuesday 5 March 2013

KHALID IBRAHIM KUAT..............



Khalid MENGIGAU ke!  Itulah hemburan kejutan dari seorang rakan apabila diajukan soalan "percayakah kerajaan Selangor akan memberi sumbangan dana khas kepada pasukan keselamatan yang terkorban dalam OP Daulat!" 

Sebahagian besar masyarakat Malaysia khasnya rakyat Selangor tidak pernah meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dan kepimpinan Khalid yang KUAT MEMBOHONG.   Sebelum ini pun, Khalid berjanji membantu ibu tunggal, berikan air percuma, rumah murah kepada orang Melayu, Cina dan India dan berbagai-bagai bagi rakyatnya di Selangor, tetapi semuanya hanya janji kosong. Kini, mahu pula bantu keluarga mangsa yang terkorban dalam trajedi di Lahad Datu!  Apapun, kerajaannya terus berdepan dengan demonstrasi demi demonstrasi dan disaman berjuta ringgit dari menuntut janji yang tidak tertunai! 

Menipu adalah `kepakaran' yang dimiliki Khalid. Sanggup menabur janji kepada rakyatnya malah bezanya kali ini melintasi jajahan negeri Selangor yang ditujukan kepada keluarga magsa pasukan keselamatan!
Berlainan pula dengan rakannya, PAS yang sekadar menawarkan diri  menjadi sukarelawan bagi menghulurkan bantuan  itu pun `jika diperlukan'. PAS tidak pula menawarkan sebarang sumbangan mungkin kerana yang terkorban bukan rakyat negerinya atau yang lebih ditakuti adalah kenyataan TGNA akan boleh membaham partinya.....Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalai kita panggil ayam nak suruh ayam datang sekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami...

Sama-samalah kita lihat, harapan warga keluarga pasukan keselamatan terlibat berdemonstrasi kerana menjadi mangsa penipuan Khalid, musang berbulu ayam..

Monday 4 March 2013

AZIZAH MENANGIS, ANUAR SAMAN, TIAN CHUA CACI




Sebagai insan, ketawa dan menangis menjadi lumrah hidup. Ketawa mungkin kerana kegembiraan dan menangis pula terjadi setelah sesuatu yang menyedihkan berlaku di atas diri, keluarga atau sahabat handai. Menangis juga mungkin terjadi kerana rasa sedih setelah membaca wasiat berbentuk SMS dari salah seorang mangsa yang terkorban dan insiden di Lahad Datu yang telah merasakan dirinya  menghampiri `jemputan ILLAHI'. Wasiat  seorang ayah  kepada anak-anak, isteri, ibubapa dan keluarga mentua cukup menusuk hati semua. Diperturunkan wasiat tersebut di bawah:
`Wahai isteriku, maafkan abang andainya abang tersilap cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.

Wahai ananak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak dan ayah telah  mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.

Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia...

Oh Malaysia, maafkan aku andainya aku gugur di medan peang. Demi ALLAH aku telah berusaha sedaya upaya'

Begitu jugalah terjadi kepada DS Azizah, naluri seorang ibu yang dapat merasakan kepedihan dan sukarnya dalam penuh keredhaan menerima hakikat orang yang paling disayangi telah pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Tetapi sebaliknya suaminya tampil mengegar  menyaman akhbar tempatan. Pada Anwar, saman lebih penting dari sekala-kalanya dari berkongsi penderitaan yang sedang dipikul oleh keluarga mangsa tersebut. Malah sedikit pun tidak tergerak hatinya untuk membantu malah membiarkan sahaja Timbalannya menyembur penghinaan kepada mangsa yang terkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan negara untuk modal politik. Bahkan mangsa tersebut seorang Islam seagamanya yang sepatutnya mendapat pembelaan kerana terkorban di jalan yang benar. Anwar miskin iman!. Baginya kerjaya pasukan keselamatan tidak ubah sekadar mencari kerja untuk hidup, walaupun umum mengetahui bahawa pasukan keselamatan berkerja tidak mengenal waktu, sering meninggalkan keluarga berbulan-bulan lamanya, isterilah yang menjadi `bapa' dan ibu kepada anak-anak yang tidak mengetahui risiko pekerjaan ayah. 

Keadaan sebegini cukup jelas memperlihatkan dua insan yang bergelar suami isteri mempunyai perbezaan sifat, kepribadian dan pembawakan. Apapun, bilakah Anwar akan menangis! Mungkin tidak lama lagi. Tunggu sahajalah.

  

PARTI PEMBANGKANG BERI SUMBANGAN LUMAYAN BAGI HARGAI PENGORANAN MANGSA LAHAD DATU!



Kemelut Lahad Datu cukup jelas menunjukkan Parti Pembangkang hanya pandai meluahkan janji manis  cakap tidak serupa kepada seluruh warga pasukan keselamatan. Manifesto Pakatan Harapan Rakyat sekadar mengariskan himpunan janji kosong dan palsu dan yang didokongi oleh manusia yang berpura-pura, bermuka-muka dan talam seribu muka khususnya mengenai kebajikan pasukan keselamatan.

Semalam pun, bayang-bayang pemimpin Pakatan Rakyat baik dari pihak PAS, PKR langsung tak nampak semasa ketibaan jenazah mereka di Kuala Lumpur, Sabah, Kuching mahupun ketika disemadikan. Nak harapkan Lim Guan Eng, Karpal Singh jauh sekali bagaikan bumi dan langit yang sentiasa menyimpan kebencian terhadap pasukan keselamatan. Di hati mereka tidak akan terlintas rasa simpati kepada keluarga mangsa kerana meluahkan simpati bermakna memberi penghormatan kepada bangsa Melayu dan negara (walaupun turut terkorban adalah penganut kristian). DAP, parti rasis.


Walaupun PAS dan PKR yang rata-rata dimonopoli orang Melayu dan Islam turut memperlihatkan sikap bermuka-mukanya. Sekadar merakam ucap takziah tidak akan menunjukkan tuntutan dan amalan Islam yang sangat menghargai perjuangan umatnya yang gugur demi menegakkan kebenaran, sukakan kepada keamanan dan kemakmuran. Malah, Anwar Ibrahim sekadar membisu dengan kenyataan timbalannya yang  menganggap kematian beberapa anggota keselamatan sekadar `mati katak', pengorbanan yang sia-sia dan tidak akan memberi sebarang makna.

Begitu pun, di manakah bekas Jeneral yang berceramah ke hulu ke hilir sarat melaungkan kononya memperjuangkan kebajikan warga pasukan keselamatan!  Apakah bekas Jeneral berkenaan turut menghulurkan bantuan kepada keluarga bangsa atau sekurang-kurangnya Dato Najmi mengadakan doa selamat bersama penyokongnya.  Semuanya tidak berlaku, mereka hanyalah `pencacai politik Pakatan Rakyat' malah tidak pernah merasa terkilan mahupun menyelar kenyatan `mati katak' yang dilemparkan oleh salah seorang rakan mereka. Hati mereka telah `hitam' dan tidak akan menerima hakikat bahawa kerajaan kini yang sebenar-benarnya memberi perhatian kebajikan kepada warga pasukan keselamatan termasuk anak-anak dan keluarga dalam apa jua keadaan. 

Sekarang rakyat khususnya warga pasukan keselamatan telah dapat menilai mana nilam mana syaitan!



ASRI BUAT SONDOL BABI



Parti Keadilan Rakyat sudah hilang akal. PKR kian terdesak sehingga mendakwa pihak perisikan negara dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan `lemah' dalam menunaikan tanggungjawabnya. Paling melucukan, jurucakapnya, Asri Buang  (sekadar Pegawai Warren  bersara) seolah-olah mahu menjadi `hero' dalam kemelut Lahat Datu yang kini meragut beberapa nyawa pasukan keselamatan. 

Hadi `mengajar' Asri bercakap........
Tidak ramai yang mengenali Asri kalau tidak kerana menyeleweng duit anggota bawahannya untuk kepentingan diri sendiri. Asri `specis' yang memiliki jiwa kacau  memang terkenal pintar melakukan sondolan babi. Tidak mengejutkan bila menyertai pembangkang dia dianugerah semangat  melakukan sondolan babi terhadap pihak perisikan yang sangat asing baginya. Dalam hayat perkhidmatan kakinya tidak pernah menjejak tempat tersebut lagikan mengetahui peranan dan tugasnya. Apa pun, yang jelas Asri mendapat arahan dan petunjuk Abdul Hadi Abdul Khatab, Pengerusi MRK yang dilihat mengkudakan Asri bagi mengelak dari bahana kutukkan dan penghinaan dari pihak perisikan.

Kepada Asri, jangan sewenang-wenangnya menuduh mengikut sedap mulut sahaja,  never judge a book by its cover kerana bidalan ada menyebut kerana mulut, badan binasa. Sayang sekali sekeping hati bersih yang dianugerahkan Allah sewaktu lahir ke dunia sudah bertukar hitam dan busuk umpama najis dan pekong.

PANAS!!! BEKAS JENERAL BANTU SULU SERANG ASKAR



Khabarnya 4 Jeneral menjadi `think tank' kepada  pemimpin PKR bagi  menyerang dan membunuh pasukan keselamatan di Sabah, antara yang disebut-sebut  adalah bekas Jeneral yang terawal menceburkan diri dalam alam politik pembangkang. Mungkin ada kebenaran khabar ini kerana individu berkenaan lantang bangkit mengkritik langkah kerajaan dalam menangani isu.

Bila bilangan mereka bertambah kepada 4 orang, maka lebih mudahlah mereka mengatur rancangan yang lebih licik berdasarkan pengalaman ketenteraan yang `cukup lama' dalam perkhidmatan tentera ketika dahulu.  Ini sekali gus  membenamkan alasan bahawa penceroboh bukanlah calang-calang orangnya dalam ilmu peperangan tidak lagi memerlukan petunjuk bekas Jeneral ini!  Walaupun penceroboh mempunyai kekuatan tinggi dalam peperangan tetapi mereka tidak memiliki pengetahuan mengenai selok beluk keadaan tanah, cuaca dan persekitaran di Sabah yang sangat diperlukan bagi menjayakan rancangan tersebut, maka di sinilah pentingnya petunjuk dan arahan dari bekas Jeneral tersebut. Mereka gadai maruah negara demi parti yang ditunjanginya.

Persoalannya, kenapa bekas Jeneral tersebut tergamak berbuat demikian kalau bukan kerana politik sempit  yang mewajarkan apa sahaja bagi mencapai cita-cita peribadi.  Rakyat cukup percaya, tindakkan bekas Jeneral tidak ubah seperti baling batu sorok tanggan.