Di sebalik cakap besar dan hebat PKR, rupa-rupanya kepimpinan PKR Selangor SANGAT tidak senang hati dan resah dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam kempen PRK DUN Kajang. Syed Shahir Syed Mohamud, salah seorang anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Senator meluahkan kekecewanya ketika dalam satu perjumpaan dengan beberapa orang pemimpin PKR Selangor.
Dalam pertemuan tersebut, Syed Shahir meluahkan kekecewaan dan tidak berpuas hati dengan jentera PKR dalam PRK ini terutama sekali di kawasan-kawasan pengundi Melayu. Menurutnya lagi, tiada sebarang kerjasama antara PDM yang dikuasai oleh Team Azmin dan Khalid. Jentera Team Azmin lebih menumpukan kepada kempen pemilihan parti dan LANGSUNG TIDAK BERKEMPEN untuk Wan Azizah dan PKR untuk PRK DUN Kajang.
Berbeza pula dengan jentera PKR India yang kelihatan bersungguh-sungguh kempen di kawasan pengundi India. Jentera DAP juga dilihat banyak membantu strategi yang diguna oleh jentera PKR/DAP iaitu tumpukan kepada kuil-kuil serta kunjungan ke rumah-rumah sami Hindu. Taktik tersebut dilihat sangat berjaya. Sesuatu yang pasti ialah PKR yang hadir dalam PRK ini membawa dua misi iaitu PRK dan pemilihan parti. Sikap terlalu yakin akan menang membuatkan mereka memilih untuk mengutamakan lobi untuk jawatan dalam parti berbanding kemenangan Wan Azizah.
Syed Shahir turut mendedahkan bagaimana BGU PKR telah cuba untuk meminggirkan semua pemimpin PKR yang dianggap sebagai pro-Khalid termasuklah dirinya terutama sekali SMS yang dihantar oleh jentera BGU kepada PDM Team Azmin iaitu menggunakan KEPALA TAJUK, 'SINGKIR KHALID SEMUA SELESAI' sebelum diikuti oleh arahan dan aktiviti yang diadakan. Culaan turut menunjukkan peratusan pengundi Melayu menyokong PKR adalah di bawah 50%, India 70% dan Cina 70%.
Sekalipun jentera PAS Wilayah Persekutuan dilihat membantu tetapi PAS lebih menumpukan bagi Parlimen Hulu Langat, bukan untuk berkempen bagi kemenangan Wan Azizah sebaliknya untuk mengemaskinikan data dalam sistem semakan daftar pemilih (SSDP) sebagai persediaan awal menghadapi PRU-14.
Nampaknya PKR juga tidak begitu yakin dengan Wan Azizah apatah lagi selepas Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, membuatkan para pemimpin PKR mengukuhkan kedudukan masing-masing bagi merebut tempat yang dikosongkan oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Ini adalah penggal terakhir Wan Azizah sebagai Presiden PKR apabila PKR memutuskan bahawa Presiden PKR hanya boleh dijawat untuk tempoh dua penggal sahaja.
No comments:
Post a Comment