Sunday 20 January 2013


SYAITAN DISANGKAKAN MALAIKAT. EDAR BIBLE VERSI MELAYU DI SEKOLAH!

Tidak menghairankan kalau penganut Kristian berani mengedar Bible versi Melayu di sekolah-sekolah di Malaysia.

Keadaan ini berlaku kerana mereka sudah `mendapat persetujuan dan mandat' dari pihak PKR untuk mengunakan Kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu. Semua umat Islam tertipu dek helah pihak Kristian yang cukup licik mengatur langkah mempersendakan agama rasmi Islam negara.

Mungkin PAS telah `mencium' serba sedikit tapi tak mampu `menolak lagi' kerana pada mulanya mereka juga bersetuju. Kini PKR dijerat dan terjerat, Anwar dan Azmin masih tetap mempertahankan kenyataannya! Umat Islam mahu diperbodohkan agar Syaitan dikatakan Malaikat. Umat Islam `digelapkan' kerana pemimpin Islam dalam PKR dan PAS tak sedar agenda Kristian yang dijaja oleh LGE,  Karpal dan DAP. Gerakan mengedar bermula di Pulau Pinang dan akan dituruti di Selangor kelak!.

Inilah akibatnya, selepas mendapat persetujuan dan mandat PKR (dan PAS dulunya). Langkah keduanya adalah mengedarkan di semua premis kerajaan dan swasta secara percuma, perpustakaan awam, hotel, pusat-pusat membelibelah/perniagaan,  LRT, kapalterbang, bas dll di mana orang Islam kerap berkunjung/berada. Ketiganya, mengedar ke rumah-rumah orang Islam secara pos di seluruh Semenanjung, Keempat: mengesa kerajaan menjadikan buku silibus kepada pelajar bukan Islam yang diajar di universiti, kolej malah di sekolah peringkat menengah hinggalah tadika, di kalamana orang Islam akan terus `berdamping dan terdedah' di peringkat awal!!!.

Akhirnya jika PR menang PRU13. Kristian ganti agama rasmi negara........hancurlah Islam.

Kenapakah pemimpin Islam yang menduduki tampuk politik tanahair tidak dapat `mencium' dan menyedari gerakan agenda Kristian! Apakah mereka tidak menyedari pelan strategi Kristian yang mengunakan landasan politik DAP! Kenapakah ada kalangan Orang Islam masih mahu bersekongkol dengan mereka ini. Dulu mereka tidak pernah `berani' mencabar orang Melayu dan kesucian Islam. Mereka kini cukup berani `tampil' tanpa berselindung lagi tanpa pemimpin Islam khususnya dalam PR bangkit membantah dan `berdemonstrasi'!

JAWABNYA: PADA MEREKA AGAMA BUKAN LAGI JAMIN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT, MALAH PELUANG! UNTUK MERAIH SOKONGAN POLITIK.

Thursday 17 January 2013


SAH ANWAR SOKONG KALIMAH ALLAH PADA BIBLE MELAYU


Anwar dan PKR akhirnya mengahkiri teka teki umat Islam di Malaysia dalam isu pengunaan Kalimah ALLAH bagi bukan Islam. Anwar bersetuju bahawa Kalimah ALLAH boleh digunakan dalam Bible versi Melayu, walaupun PAS telah menarik balik kenyataannya.

Kenapa Anwar tidak berganjak dengan pendiriannya walaupun seluruh umat Islam bangkit menentang sekeras-kerasnya hasrat Lim Guan Eng.

Apakah Anwar bukan seorang muslimin dan yang diperkatakan mempunyai aura Islamik yang menebal ketika berada di ABIM dan semasa dalam kerajaan dahulu! Malahan ketika Anwar berucap di hadapan kelompok masyarakat kampong-kampong, ayat-ayat suci AlQuran tidak putus-putus berkumandang dengan suara yang nyaring dan merdu, seolah-olah melebihi TGNA ataupun Hadi Awang mahupun Ustaz Nasharuddin. 

Anwar tetap Anwar, kata seorang sahabat bila mengajukan isu ini. Anwar adalah `kepala' segala pembelit dan penghianat agama, rela bersekongkol sesiapa sahaja demi mencapai hasrat politik peribadi yang amat menjijikan dan penuh kekotoran.   Tambahnya, kalau anaknya pun mempertaruhkan perjuangan kebebasan agama demi mendapat sokongan politik dan pengaruh peribadi, mereka berdua saling memahami dan saling bantu mebantu membelit, memutar dan menyeleweng melangari akidah didalam isu-isu yang menyentuh agama Islam bagi memenuhi kepentingan DAP dan musuh ALLAH. Merekalah (PKR) umat yang dinyatakan dalam sejarah kejatuhan Kerajaan Nasiriah Granada, Sepanyol tahun 1942: hayati, 

Tahun 1492, merupakan DETIK HITAM tamadun dan Islam di Semenanjung Iberia, Sepanyol. Kerajaan Nasiriah Granada yang berajakan Abu Adu’llah Muhammad telah kehilangan segala-segalanya kerana perjanjian Granada kepada Isabella dan Ferdiand. Lebih menghayatkan hati, kehilangan kuasa kepada bukan Islam kerana kekuatan Isabella dan Ferdinand semata-mata tetapi kerana `kerjasama, dokongan dan bantuan kaum Mudejar (orang Islam yang berkerjasama dengan pemerintah kristian Sepanyol).

Perjanjian Granada `berbunyi’ sungguh indah, menjanjikan hampir segala-galanya: keadilan, kebebasan bersuara, kesemarataan, azan dan beribadat Islam dibenarkan tanpa syak wasangka. Orang Kristian tidak dibenar mengintai rumah orang Islam dan mencemari masjid, malahan orang Kristian yang mengejek orang Islam akan dihukum mengikut perjanjian Granada. Lebih menajubkan undang Granada membenarkan pelaksanakaan undang Islam,  tanpa umat Islam dihukum mengikut undang Kristian Sepanyol. Malah mereka melepaskan cukai untuk semua.  Cantiknya undang Granada tidak terhingga. Umat Islam terpikat tanpa usul pereksa malah kaum Mudejar menjadi `pelobinya'  yang kuat.

Tetapi, janji dan manifesto tetap tinggal janji. Perjanjian diingkari, Cardinal Fransico memulakan pengkristinan paksa orang Islam. Rumah Muslim dipaksa gantung babi tanda mereka bukan lagi Islam. Inkuansi sepanyol dimulakan, sesiapa sahaja bukan Kristian katholik disalib, mata mereka dicungkil, diseksa dan ribuan Islam dimurtadkan, malah bangsa lain turut dihina, dittindas, dibunuh sewenang-wenangnya.

Alasan menumbangkan kerajaan Abu Adu'llahcukup mudah: hanya atas nama memerangi korapsi, kezaliman, dan kronisme, manifesto murah diuar-uarkan. Malah rakyat dibisik demgan halwa telinga yang menyebabkan mereka lewa, telinga mereka didodoikan bahawa andainya kerajaan baru tidak bagus, mereka boleh menukarnya.

PKR,  tidak ubah seperti kaum Mudejar, merelakan segalanya. Mereka bersahaja dan tidak mempedulikan Islam dihina dan dicaci malah sangup menyokong bermati-matian terhadap DAP walaupun mereka juga Islam. PKR melakukan apa sahaja untuk menjaga hati karipnya DAP dan pemimpinya sesorang kafir musyrik.

Ingatlah, perjanjian Granada bagaikan Buku Jingga yang menjanjikan segala-galanya cantik dan indah. Tetapi akhirnya umat Islam `bayaran' harga yang cukup mahal adalah untuk berada ditiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tanggan dikudung. Islam manakah kita!!!


 



PATRICK TEOH CABAR KETAQWAAN DAN AKIDAH UMAT ISLAM!


Whoa!!!… whoa… whoa… I now realise what I did that was wrong and why it generated so much hate-mail. I had thought that the criticism came from my use of the phrase, “Quran-thumping m***** F*****…” I was wrong. It came from my reference to “Give up individuality and be sheep? Pray 5 times a day? Cover up all women?” which was totally out of line. It didn’t convey what I was trying to say in the post and came out like a bigoted selfish statement. For that I apologise sincerely to all Muslims. Minta maaf (Sorry). But I do not apologise for calling that person a…well you know what I mean. I hope.”

Apakah umat Islam wajar menerima dengan tenang permohonan maaf  begitu sahaja selepas Patrick Teoh  melemparkan penghinaan dan cacian paling terburuk terhadap kesucian AlQuraan dan Islam!  Tentunya tidak sekali-sekali bagi umat Islam Malaysia.

Umat Islam sepatutnnya bingkas dari `tidor' kerana kebiadapan terancang Patrick Teoh akan hanya mengundang BAHANA lebih besar kelak. Jika umat Islam menerima permohonan maafnya, Patrik Teoh akan tersenyum lebar kerana puas sepuas-puasnya setelah berjaya `memperbodohkan jutaan Umat Islam di Malaysia malah umat Islam keseluruhannya'. Ini bukan kali pertama kenyataan begini disuarakan oleh individu di Malaysia (guru tadika di Johor telah melukis karikator menghina Nabi, ahli-ahli politik DAP menghina Nabi dan ALLAH)  malah telah melampaui kepada perilaku dan berbuatan yang sangat menyusuk hati sanubari umat Islam telah pun dilakukan secara sedar oleh pihak-pihak `tertentu'. Perlu disedari bahawa tindakan Patrick Teoh bukan lagi sekadar mencabar maruah dan tahap kesabaran umat Islam malahan merungkap nilai tauhid, akidah dan ketaqwaan umat Islam.
 
Baru terantuk baru ternadah!. Kalau tidak dibendung dengan ketegasan ditahap paling maksimum, tidak dapat tidak, BAHANA besar `menanti umat Islam' bilamana gerakkan penghinaan dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelbagai arah secara terarah dan sistematik.

Atas dasar menegakkan kesuciaan Islam dan AlQuraan, umat Islam keseluruhannya sepatutnya berganding bahu  bersama-sama tidak mewajarkan permohonan maaf ini berlalu begitu sahaja. Islam adalah agama ALLAH yang benar dan penganutnya tidak sepatutnya `dipermainkan dan diperbodohkan' hanya kerana seorang yang berhati busuk dan berniat jahat terhadap agama ALLAH SWT....

`Over my dead body'..........

Wednesday 16 January 2013




PERHIMPUNAN KL112, HIMPUNAN SYAITAN.





PR tidak perlu mendabik dada, PR sewajarnya menerima hakikatnya perhimpunan KL112 menemui kegagalan.

Kehadiran yang mensasarkan 1Juta tersasara jauh. Penglibatan kaum bukan Melayu Cina, India dan kaum-kaum Sabah, Sarawak yang lain terlalu sangat kurang. Dianggarkan hanya  5,000 orang cina dan lebih mengejutkan sokongan orang India dianggarkan kurang dari 500 orang. Pihak PDRM menanggarkan sekadar 40,000-50,000 sahaja yang hadir sedangkan pihak PR mengunakan pelbagai kaedah pengukuran untuk mewajarkan bilangan kehadiran melebihi 100,000 orang.

Isu-isu yang dibangkitkan penceramah-penceramah dari malam sebelum perhimpunan adalah merupakan isu lapuk  dan tidak langsung  mempunyai kaitan dengan matlamat HKR secara keseluruhan.  Tindakan memanggil pekerja kilang bagi memberikan ceramah mengenai gaji minimum juga didapati langsung dilihat tidak memberi kelebihan kepada mereka, begitu pun kehadiran Ustaz Adzhar Idrus, isu Kalimah ALLAH menyebabkan rakyat telah hilang kepercayaan kepada PAS dan juga  `ustaz' seperti ini.

Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan 100% kemiskinan jika berjaya menawan Putrajaya yang disebutkan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah sesuatu yang tidak logik sedangkan majoriti yang hadir adalah masyarakat Melayu melihat keadaan orang Melayu di Pulau Pinang masih miskin dan juga di Kelantan

Sebilangan sahaja NGO yang terlibat, selebihnya tidak langsung dikenali oleh penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia sendiri. Mereka telah bosan dan mula menyingkirkan diri dari PR kerana tidak memberi sebarang kelebihan kecuali hanya menjadi `pak turut dan pencacai' bagi PR.

Pemimpin peringkat tertinggi PR menyedari bahawa perlantikan Mat Sabu sebagai Pengarah Program adalah satu kesilapan yang amat besar kerana Mat Sabu terserlah tidak mempunyai keupayaan dan kewibawaan untuk mendapat sokongan terbuka. Mat Sabu sendiri dibelenggu dengan pelbagai masalah khususnya rakyat menganggapnya sebagai pejuang komunis, pejuang Kalimah ALLAH untuk LGE dan bukan Islam, tidak bermoral dan tidak `cerdek' sebagai pemimpin yang berwibawa. Mat sabu adalah `pak lawak' dan hanya layak memberi ceramah di pekan-pekan kecil dan pendalaman di mana orang Melayu tidak berkeupayaan menerima maklumat sebenar.

Kejayaan kerajaan mengambil langkah blackout isu perlu diberi penghargaan tinggi. Tiadanya media coverage oleh media arus perdana menjadi punca kenapa himpunan ini kurang memberi impak berbeza dengan Bersih 3.0. PR yang sentiasa memingkirkan arus perdana pihak kerajaan `memakan diri'  sedangkan Haji Hadi Awang meminta diberikan slot khas di TV1 dan TV3 untuk menjelaskan Amanat Hadi.

Tindakan beberapa kumpulan penyokong beragama Islam sembahyang mengikut arah kiblat yang berbeza berjaya dirakam oleh blogger UMNO dan dijadikan isu besar di media sosial tanpa dinafikan penyokong Pakatan Rakyat.

Kegagalan media pro Pakatan Rakyat menafikan keamanan dan kelancaran program ini ada kaitan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tindakan bijak pihak keselamatan memberikan kelebihan kepada kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.

Anwar mahukan perhimpunan menjadi landasan mempamirkan rakyat menolak kerajaan dengan cara menimbulkan kucar kacir dan hura hara sedangkan keputusan penganjur bersetuju dengan 27 perkara tertentu dengan pihak polis telah mengurangkan keyakinan rakyat terhadap ketegasan Pakatan Rakyat.  Rakyat mula mempersoalkan kewajaran persetujuan itu dan sejak  bila pula Pakatan Rakyat akur kepada kehendak polis?, Berbanding Bersih 3.0, soal keganasan polis terus menerus diperkatakan dan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat setakat menang sorak..........

Sunday 6 January 2013


BENAR TAPI PELIK SANGAT

Dikabarkan Zahril Khir Johari telah dilantik dalam anggota CEC DAP setelah Lim Guan Eng mendapati pihaknya `TERSILAP KIRA' semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 lalu dengan jumlah 500 undi. Undian diadakan 15 Disember 2012 hingga 3/4 Jan 2013) dan LGE sedar pada semalam 4 jan 2013.
.
Bagaimana terjadi?. Pada pemilihan tersebut, 8 calon Melayu dari 103 bertanding merebut 20 tempat.  Semua calon Melayu kalah, undi paling tinggi kalangan Melayu hanyalah  Zairil Khir dengan undi 320 dan yang tercorot mendapat 30 undi (Ahmad), berbanding Lim Kit Siang 1607, Lim Guan Eng 1576, Karpal 1411,Chong Cheing Jen - 1211, Anthony Loke 1202, Wu Him Ven 1202, Tan Kok Wai 1199, Tony Pua 1162, Gobind Singh 1197,Teng Chang Khim 1152, Fong Kui Lun 1137, Nya Kor Ming 1075, Chong Eng 1006, Chow Kon Yeow 986, Liew Chin Tong 984, M.Kula 984, Boo Cheng Hau 958, Teresa Kok 925, Teo Nie Ching 903 dan Ngeh Koo Ham 824. 

Semalam LGE mengakui Zairil sepatutnya mendapat 500 undi lagi selepas `kiraan semula' itupun selepas 20 hari........Kenapa ini terjadi? BENAR TAPI PELIK SANGAT! Bidalamn Inggeri kata, SMELL FISHY' yang teramat sangat sehingga sampai ke puluk negara melampau Kudat, Tawau, Long Masing, Ulu Sat, Jeniang, Kuala Selangor dan seluruhnya. Bau busuk bercampur bacinn. 

Seorang nelayan ketika diacukan berita tersebut bertanyakan adalah semasa pengiraan itu lampu tak ada (gelap gelita) atau ada kertas undi `terlepas pandang atau dipaksa terbang'.  Percaya tak percaya, Pak Pandir pensan, terkejut baiwak kalau dia tahu LGE tak pandai kira


Keputusan pemilihan CEC mencerminkan realiti sebenar dimana sebenarnya kedudukan Melayu didalam DAP nilainya `10 sen je'. Akhirnya Zairil akan dijadikan `UMPAN' kepada kaum Melayu. DAP dan PKR tak buat apa-apa sebab roh `bangsa Melayu' tak memberi nilai kepada mereka. 

Tuesday 1 January 2013


ASKAR MELAYU MENJAGA `ISTANA DAP.............
Jelas dan terang, nasib dan akidah orang Islam kini dipersimpangan kehancuran.

SITUASI 1. Akibat fatwa songsang Hadi Awang pada tahun 1981 ramai kalangan orang Islam yang menyokong PAS tersasar dari akidah Islam sebenar. Mereka, penyokong PAS rata-rata berpendirian bahawa amanat itu adalah yang sahih dan benar sedangkan ia hanya sekadar pancingan undi politik
 bagi membenci dan menolak parti UMNO dan BN. Sehingga kinipun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa `amanat' itu  hanya akan menyempitkan akidah. Mereka yg taksub merelakan apa sahaja sehingga mengasingkan kubur, mengkafirkan ayah kandungan, bercerai berai dan putus ikatan, membina surau berasingan bagi mengerjakan sembahyang Jumaat dan berbagai lagi.  Apakah akan terbina surau dan masjid berlabelkan `haram dan halal'!

SITUASI 2. Lim Guan Eng masih tidak putus-putus menyuarakan hasrat untuk mengunakan kalimah ALLAH bagi Bible versi Melayu. PAS mendiamkan diri. Kenapa ini berlaku sedangkan ulama PAS yang terdiri dari TG Nik Aziz, Hadi Awang, Tuan Hj Mustafa, Ustaz Sukri, Ust Harun Taib dan ramai lagi (Mat Sabu!) tidak berupaya malah seolah-olah longlai dengan permintaan LGE itu. Apakah pendirian ulama ini benar-benar mahu memperjuangkan Islam atau sekadar membiarkannya berlalu seperti hujan jatuh ke daun keladi! . Mungkin jawapan kepada persoalan LGE ini amat mudah untuk dijawab cumanya keperluan kepada `profesion' itu yg penting kerana kredibiliti dan kewibawaan yang diperhitungkan. Ucapan dan berdebatan Allahyarham Ustaz Ahmeed Deedat bersama  Father Jimmy Swaggard, Poster Stanley Sjoberg, Anis Shorrosh dan berbagai lagi melalui vedio atau CDnya menghimpunkan jawapan kepada persoalan LGE yang angkuh itu, tetapinya ia didalam bahasa Inggeris. Persoalannya, bukan kaedah mendapatkan jawapan atau bahasa perantaraan yg dipertuturkan, tetapinya mana dia pakar ilmuan PAS yang dikatakan berdiri menegakkan Islam hingga keakhir hayat. Apapun, hasrat ini bukannya perkara baru kerana ada kalangan pemimpin PKR yang bersetuju dan mungkin membenarkannya bila mendapat tampuk pemerintahan!. Sekadar memetik kata-kata Allahyarham Ahmed Deedat...berikan saya satu perkataan dalam mana-mana Bible (banyak keluaran) yang memetik perkataan ALLAH itu dalam kitabnya....kalau ia benar-benar betul!

SITUASI 3. Pemimpin PAS mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Pelik dan menghairankan apabila para ulama PAS yang terdiri dari cendikiawan Islam mendoakan saudara seagamanya hancur dan binasa demi menegakkan sebuah parti politik dunaiwi yang pasti tidak kekal selama-lamanya mahupun parti lainnya. Ini tidak pula berlaku kepada DAP kepada MCA atau Gerakan mahupun sebaliknya Hindraf kepada MIC dan PPP!. Kenapa ini terjadi kepada PAS dan UMNO sahaja sedangkan mereka seagama. Ketaksubaan politik dunia telah melampau segala-galanya sehingga meresapi alam roh kehidupan ahli PAS. Mujurlah UMNO tidak berbuat demikian, setidak-tidaknya kita mengetahui dan menyedari siapa penghianat agama dan bangsa. 

SITUASI 4. Apakah PAS benar-benar memperjuangkan Islam?. Kalau ia benar berlaku kenapa terjadi pertukaran strategi dari Negara ISLAM kepada Negara KEBAJIKAN!. Keadaan ini berlaku hanya kerana SATU iaitu termertainya kesepakatan syaitan DAP-PAS. Mahu tak mahu atas dasar mahu menjatuhkan UMNO/BN dan merampas PUTRAJAYA, PAS membenamkan hasratnya menwujudkan negara Islam dan mengingkari amanat Presiden PAS terdahuluserta penyokongnya. Itupun penyokong PAS masih tak menyedari `permainan politik' pemimpin PAS yang ada kini. Pemimpin PAS merelakan segala-galanya hanya kerana DAP dan PKR sekutu yang mahu menghancurkan Islam dan bangsa Melayu.

SITUASI 5.  Kehadiran Nurul Izzah dalam arena politik menjadikan Islam semakin tersepit dek kerana kesombongan, keriakkan dan ketamakkan kuasa. Nurul berasa bangga bila mampu berucap demi bukan Islam disebuah gereja kerana secara terbuka memperkecilkan dan menghina kesucian Islam seolah menghalalkan gejala kemurtadan kalangan Islam di Malaysia. Nurul bangga mendapat tepukkan dan pujian.....kerana berani bersuara untuk mereka yg syirik terhadap ALLAH. 

SITUASI 6. PAS tidak pernah membantah aktiviti LGBT di Malaysia. Tindakkanya mendiamkan diri terhadap tindaklaku Anwar,  Ambiga dan sekutunya secara terangan merelakan gejala ini terus berleluasa atas alasan kebebasan bersuara dan bertindak. Bukan itu sahaja, PAS terus melangkau jauh, menerjah dan menendang Dr Hassan Ali dari arena politik kerana tidak sehaluan gara-gara tindakannya membenarkan JAIS membuat pemereksaan ke sebuah gereja yang sedang memperkenalkan tetamu baru (Introduction night) yang baru murtad, mengkritik penjualan arak, orang Islam berkerja di premis menjual bukan halal dan sebagainya. Nurul Izzah diam seolah-olah masih dibungkus selimut tebal yang menutupi telinga dan matanya. Ayahnya tak mahu ambil peduli kerana mahu menjaga hati LGE, KS dan sekutunya.

SITUASI 7. Melayu `berbunuh-bunuhan' di Gombak!. Situasi semakin membara seakan bermulalah detik perang saudara yang bermula di Gombak. Keadaan berlaku hanya kerana politik kotor yang menanam sikap benci membenaci terhadap sesama bangsa dan agama. Keadaan ini cukup sukar ditafsirkan tetapi ia berlaku hanya kerana tamakan kuasa dan kemewahan. Keadaan ini dijangka akan terus berlaku selagiceramah berapi-api yang seolah-olah menghalalkan pembunuhan semasa sendiri demi menegakkan politik!. Yang peliknya ditikan hanyalah penyokong sedangkan pemimpin selamat berada di dalam caravan atau kapalterbang. Yang mendapat habuan kemewahan adalah pemimpin, yang mendapat seksaan dan merana adalah penyokong!.  Penyokong tidak mendapat apa-apa tetapi pastinya orang Melayu sesama bangsa berbunuh-bunhuhan demi pemimpin yang taksub kerana tamak haloba. Nelayan, pekebun, pekedai kecil, peneroka tetap kekal walaupun `penyanggak' mendapat habuan. Mereka lupa Melayu `mati' keran dia. Itulah politik....

SITUASI 8. Kenapa PAS tidak mahu bersepakat dengan UMNO demi Islam dan bangsa Melayu. PAS merasakan dia lebih besar kerana adanya DAP dan PKR. Apakah benar apabila PR menang, PAS akan dapat mengjadi parti dominasi!. PAS atau PKR mungkin dapat yang dihajati iaitu menjadi PM dan menteri-Menteri tetapinya kuasa dan suara mutlak memerintah akan tetap pada DAP. Melayu dan Islam akan tersekat dan terpisah. Buktinya situasi 1 hingga 7 akan berlaku. Melayu berpecah kerana politik tetapi bangsa lain bersatu kerana mahu jatuhkan kuasa Melayu dan syiar Islam. Maka termakbullah `doa' PAS......
DAP akan menjadi tuan di tanah Melayu, Melayu tersungkur dan merempat di tanah tumpahnya. Tiada lagi Rajaku dan Sultanku, JAKIM, JAIS, JAIP dll seumpanya dibubarkan,  laungan Azan di sekat, slogan bahasa jiwa bangsa tiada lagi kedengaran malah bahasa Inggeris dan mandarin menjadi keutamaan. Askar Melayu sekadar penjaga`istana' DAP.....................................