Kalau sebelum ini orang
bercakap mengenai ‘Kajang Move’ yakni gerak langkah Datuk Seri Anwar
Ibrahim…kini wujud pula ‘Khalid Move’. Senario
belakang tabir yang mencuri perhatian ekoran pengumuman Menteri Besar
Selangor TS Khalid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan
Presiden PKR!. Jumaat lalu, pertembungan antara kem isteri vs suami (Presiden DS Wan Azizah dan kem KU DS Anwar Ibrahim) tidak lagi dapat disembunyikan.
Pertembungan dua kem ini menarik untuk disaksikan kerana akan melibatkan semua jawatan utama parti dengan pengecualian jawatan utama iaitu Presiden yang mungkin
dimenangi Anwar tanpa bertanding,”kata sumber dalaman PKR. Kem
Azizah yang berkumpul dibelakang Khalid sebagai calon orang nombor dua
parti dikatakan membawa nama-nama besar sebagai regu mereka menghadapi
kem Anwar yang berkumpul dibelakang Azmin.
“Ini merupakan
Kuruserta PKR (Kurusetra merupakan medan perang saudara dalam hikayat
agung perang India Mahabrata). Pertembungan antara adik beradik, sepupu,
kawan baik dan musuh yang berada di kedua-dua pihak,”ujarnya lagi. Khalid dipercayai akan membawa Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Naib Presiden.
Selain Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail yang juga Exco Jawatankuasa Tetap
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor
sebagai calon Ketua Wanita PKR. Rodziah kini merupakan Timbalan
Ketua Wanita PKR, Rodziah dipercayai akan bergandingan dengan seorang
lagi Exco Selangor, ADUN Bukit Lanjan, Elizeberth Wong yang dijangka
menawarkan diri untuk jawatan nombor dua wanita PKR. Semene-mena Khalid kata “Saya ada kelebihan dari segi track record dalam semua bidang”.
Manakala untuk jawatan Ketua Pemuda AMK pula, kem Khalid kini berbelah
bagi antara dua nama ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang
bergandingan ADUN Teja Perak Chang Lih Kang ataupun Ketua AMK Negeri
Sembilan Mohd Nazree Yunus yang bergandingan dengan Ketua AMK Sabah Mohd
Serman Hassnar. “Nazree cuba menarik perhatian Khalid… masalah
dengan Nik Nazmi adalah beliau lebih dilihat orang Anwar berbanding
Azizah,”katanya lagi. Manakala bagi Azmin, yang jelas
dibelakang beliau kini untuk jawatan Naib Presiden adalah Ahli Parlimen
Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.
Shamsul akan mengosongkan jawatan Ketua AMK Malaysia untuk menawar diri ke jawatan Naib Presiden.
Manakala untuk Ketua Wanita sudah pasti akan mengekalkan ayam
tambatannya, Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamarudin sebagai calon
utama. Bagi jawatan Ketua AMK pulak, yang berkumpul dibelakang
Azmin adalah ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari yang akan bergandingan
dengan ADUN Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Kerajaan
negeri Pulau Pinang. Sungguhpun di permukaan nampak
pertembungan antara Khalid dan Azmin, namun yang tersirat adalah antara
orang-orang Azizah dan orang-orang Anwar. Azizah sendiri selepas memimpin parti sejak ditubuhkan pada April 1999, kini hanya muncul sebagai maskot sahaja. Peranan sebagai Presiden banyak dimainkan oleh Anwar, namun begitu beliau mempunyai kepentingan-kepentingan lain untuk dijaga.
“Seorang ibu akan melindungi anaknya, itu naluri semula jadi, beliau
mahu memastikan Khalid menang bagi menyediakan tempat untuk Nurul Izzah
selepas Anwar. Antara Khalid dan Azmin, Azizah lebih mempercayai
Khalid” tambah sumber tersebut.
Pemilihan PKR tiga tahun sekali PKR membabitkan semua ahli yang menyertai parti itu selama 12 bulan layak mengundi. Hari pencalonan bagi pertandingan peringkat Pusat, iaitu bagi jawatan-jawatan utama parti adalah 29 Mac depan.
4 hingga 13 April adalah tarikh pemilihan bagi cabang (bahagian) PKR di
seluruh negara manakala pengundian dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 25
April. Mesyuarat Agung Tahunan PKR peringkat cabang dijangka
berakhir selewat-lewatnya pada 11 Mei, serentak dengan pemilihan bagi
jawatan PKR Pusat. Keputusan akan diumumkan selepas 11 Mei ini. AIDC
No comments:
Post a Comment