BETULKAH ADA PEMIMPIN PKR YANG CUBA MENAIKKAN HARGA PERJANJIAN PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR DI SELANGOR...???
Abdul Khalid Ibrahim digesa dedahkan nama pemimpin
tersebut agar rakyat tahu serta dapat menilai sendiri matlamat perjuangan
pemimpin itu.....Nampaknya niat baik Abdul Khalid untuk membantu rakyat cuba
dihalang oleh pemimpin dalam parti itu sendiri...!!!
MCA DESAK KHALID DEDAH DALANG
MCA mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim supaya mendedahkan identiti pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)
yang dikatakan cuba memujuknya menaikkan harga perjanjian penstrukturan semula
industri air di Selangor. Pengerusi Wanita MCA Selangor, Ong Chong Swen
berkata, pendedahan itu perlu kerana ketika ini penduduk di negeri tersebut
sedang menanggung kepayahan berikutan masalah bekalan air yang dijangka
berlarutan sehingga hujung bulan ini.
Beliau berkata, tindakan pemimpin PKR yang cuba
memujuk Abdul Khalid itu dianggap tidak beretika kerana sebarang perjanjian
pengambilalihan syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri harus ditetapkan
dengan harga yang paling rendah. "Ini kerana dana-dana yang melibatkan
proses penstrukturan semula industri air itu datangnya daripada rakyat dan
Abdul Khalid harus menerangkan isu ini kepada mereka," katanya dalam
kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beberapa pemimpin PKR sebelum ini mendakwa Abdul
Khalid tidak memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum Kerajaan Selangor
memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat berhubung
penstrukturan semula industri air di Selangor.
Pada 26 Februari lalu, Kerajaan Persekutuan dan
Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri
itu yang berlanjutan sejak 2008.
Kalimah Tak Usah Tegak Benang Basah
Exco Selangor, Dr. Halimah Ali cuba meredakan tekanan dengan mendakwa
Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan persekutuan
dan kerajaan Selangor berhubung penstrukturan semula air di negeri tersebut,
dilakukan pada saat akhir. Sejak termeterainya MoU semalam, kerajaan Selangor cukup tertekan kerana di
asak sana sini akibat begitu banyak percanggahan kenyataan berhubung loji
Langat 2 ini. Kejap kata tak perlu (air cukup), dah sekarang perlu pulak.
Halimah juga mendakwa kerajaan Selangor tak bersalah dalam hal ini
(penstrukturan semula air di Selangor), sebaliknya kerajaan persekutuanlah yang
salah kerana melewatkan persetujuan pengambilalihan Syabas.
Tapi Halimah terlupa satu perkara, SEBELUM MoU itu ditandatangani, kebenaran
membina telah diberikan Khalid Ibrahim terlebih dahulu, yang akhirnya
menyaksikan projek Langat 2 boleh diteruskan pembinaannya setelah tertangguh
sekian lama.
Kebenaran membina inilah yang penting, MoU itu tidak begitu penting.
MoU yang ditandatangani itu bukan perjanjian pun, Syabas yang nak diambil alih
oleh kerajaan Selangor ini bukan milik kerajaan persekutuan, tapi Puncak Niaga
Sdn Bhd yang pegang 70% kepentingan dalam Syabas. MoU itu tandatangan atau
tidak, kalau lembaga pengarah Puncak Niaga tak luluskan pengambilalihan, tak
jadi juga.
Jadi apa kaitan dengan dakwaan Halimah bahawa MoU itu tandatangan saat-saat
akhir? Apa yang cuba dibuktikan dengan itu?
Halimah jangan suka-suka nak alihkan isu. Semua orang tahu penyelesaian kepada
masalah air di Selangor ialah pembinaan loji Langat 2. Banyak kenyataan oleh
kerajaan negeri Selangor sebelum ini menunjukkan, merekalah yang
bertanggungjawab dengan penangguhan pembinaan loji Langat 2, bukan kerajaan
pusat.
Nak juga penulis paste satu-satu, nanti pening pulak kepala Halimah nak tepis
semua.
Yang penting kat sini, soal kerajaan negeri Selangor nak ambil alih Syabas atau
tidak, apa kaitan dengan pembinaan Langat 2!!
Masalah air di Selangor ini adalah sebenarnya 100% salah kerajaan Selangor
dibawah pentadbiran pembangkang. Suka sangat nak berpolitik, sampaikan hal yang
membabitkan kepentingan rakyat pun tidak terlepas dari dipolitikkan.
Bila masalah dah besar dan sukar di kawal, masa itu baru terhegeh-hegeh nak
cari kerajaan pusat.
Jadi usahlah Halimah ikut resam melepas anjing tersepit, dah kerajaan pusat
bantu, nak gigit tangan kerajaan pusat balik. Penulis tak tergamak nak
mengatakan Halimah anjing, tapi ikut kenyataan di atas, dah nampak macam ke
arah itu.
No comments:
Post a Comment