Sunday 31 May 2015

Waspada psywar ultra kiasu.......

Posted by
 
Menipu Untuk Hidup.....
Capture their minds and their hearts and souls will follow. Inilah strategi ultra kiasu untuk mendapat kuasa. Masih tidak sedar?
Psywar atau perang saraf adalah satu proses komunikasi, saling melakukan kegiatan propaganda antara satu watak politik dengan watak politik yang lain, antara kelompok dengan kelompok yang lain, antara satu negara dengan negara yang lain, bertujuan saling memberikan tekanan, bagi menjatuhkan nama orang, kelompok atau negara tersebut.
Manakala psyop atau perang gerak saraf  adalah suatu operasi komunikasi yang terancang dan sistematik melalui media, yang berupaya mempengaruhi emosi, mengubah sikap, pendapat atau perilaku kelompok tersebut, bagi meraih kemenangan atau mencapai sesuatu matlamat.
Ultra kiasu bukan sahaja menggunakan strategi ini berperang dengan Putrajaya (Umno), tetapi juga dengan Pas. Inilah juga taktik ini digunakan oleh Tsun Tzu dan Hitler. Dahulu ultra kiasu marah saya apabila memetik kata-kata Hitler. Hari ini mereka menggunakan strategi Hitler. Tidak kenal lagi?
Mereka akan gunakan apa jua cara, supaya kerajaan nampak buruk, mereka itu seperti malaikat. Nak tunjuk ikhlas konon. Bila ada isu yang merugikan mereka cepat-cepat beri alasan. Misalnya, cadangan penempatan pelarian Rohingya di Pulau Pinang. Mendengar sahaja cadangan tersebut, dengan pantas mereka menolak, di pulau tidak sesuai tetapi di Tanah Besar.
Isu-isu lain yang melibatkan kepentingan mereka akan disenyapkan seperti isu arak, judi, kelab hiburan, zina, pelacuran dan lain-lain. Kita lihat apa yang mereka lakukan terhadap Pas. Mereka menggunakan Islam yang diperjuangkan Pas untuk menentang dan menjatuhkan pemimpin Pas, Haji Hadi. Katanya, agama Islam pentingkan sifat ramah, bukan marah. Apakah kita tidak boleh marahkan langsung? Malah terus berlembut dengan kafir harbi? Mahukan dalil al-Quran?
Ultra kiasu sedang menabur racun untuk wujudkan suasana ragu-ragu supaya khalayak melihat merekalah malaikat. Setelah berjaya menanamkan ragu-ragu ini, maka akan dihebohkan supaya khalayak terpengaruh dan seterus diyakinkan.
Apakah benar hudud tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum? Kenapa tidak melawat ke Brunei yang mempunyai hampir 30 peratus bukan Islam? Kenapa hanya fokus kepada Jordan dan Mesir? Tidakkah mereka tahu siapa pemimpin di sana?
Pas meletakkan agenda Islam melebihi PR. Tidak salah jika benar Pas ‘mungkir janji’. ‘Mungkir janji Pas’ dibenarkan jika memberi ancaman dan  memudarat kepada Islam. Apakah ultra kiasu tidak mungkir janji dengan merobek kontrak sosial dan perlembagaan? Mempertikaikan perkara sensitif, apabila kerakyatan telah diberikan?
Ultra kiasu mempertikaikan, kenapa Haji Hadi tidak marah kepada orang lain yang turut menentang hudud? Kenapa sasarkan ultra kiasu sahaja? Jawapannya, sebab ultra kiasu musuh tegar Islam. Setelah diberi penerangan, masih tegar menentang Islam.
Malah, ultra kiasu melalui psywar dan psyop, memberikan enam hujah supaya khalayak nampak keburukan Pas. Pertama, dalam PRU 13 Pas, bertanding di kawasan yang telah diperuntukkan kepada PKR. Tidakkah ultra kiasu sedar bahawa semua kerusi tersebut adalah kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini? Kenapa PKR yang baharu setahun jagung begitu ghairah untuk bertanding?
Kedua, penolakan pimpinan Pas terhadap Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor adalah hak Pas. Kenapa perlu dipertikaikan? Strategi Kajang tidak dibawa berbincang dengan Pas. Hanya dipersetujui di kalangan ultra kiasu.
Ketiga, siapakah ultra kiasu untuk memberi pandangan terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 yang mesti terlebih dahulu dibentangkan kepada PR sebelum dibentangkan di Parlimen? Adakah ianya akan diterima sekalipun dibentangkan kepada pucuk pimpinan PR? Adakah dalam ultra kiasu ada ulamak? Ulamak ultra kiasu sudah jadi model.
Keempat, apakah kerajaan negeri Pulau Pinang mahu pun Selangor, membentangkan perancangan mereka kepada pucuk pimpinan Pas. Pernahkah pucuk pimpinan ultra kiasu mengambil kira sensitiviti Pas apabila mengadakan Pesta arak, October Fest? Minum dikhalayak dan menunjuk-nunjuk? Adakah kemaksiatan itu dirujuk kepada PR?
Kelima dan keenam, adakah cadangan pemilihan ahli majlis melalui pilihan raya tempatan dibawa berbincang dengan Pas? Begitu juga dengan pembentukan kabinet bayangan, adakah pendapat Pas diambil kira? Ultra kiasu tidak perlulah mengingatkan Pas bahawa mereka sedang dipermainkan Umno. Pas bukan bodoh. Pas sangat matang.
Pas Cuma mengambil pendekatan yang berhemah seperti yang dikehendaki Islam. Pas ada perkiraan syurga neraka dalam sebarang tindakan, berbanding ultra kiasu yang melanggar kesemuanya. Tidak ada kamus halal haram. Apa yang penting adalah matlamat menumbangkan Putrajaya, kuasa. Inilah kelicikan ultra kiasu.
Inilah psywar dan psyop ultra. Mereka tahu, kedudukan mereka dalam kabinet bayangan. Kabinet bayangan akan menimbulkan kemarahan rakyat. Biarkan kemarahan itu semakin meluap, mereka akan tampil memberi kenyataan bahawa itu bukan idea mereka tetapi PKR. Berwaspadalah.
Jika hudud Kelantan bertentangan dengan perlembagaan, biarlah mahkamah yang tentukan bukan ultra kiasu. Ultra kiasu bukan hakim.

Tuesday 26 May 2015

Kenali Dalang Pelajar Upahan Anwar Didedah???

Hanya beberapa kerat sahaja dalang mahasiwa kaki demo yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan modus operandi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) itu.


1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah Kerajaan Negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana. Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dilantik menjadi Pengerusi SMM.
Hebat sungguh cara susunan Anwar yang ‘amat demokratik’, dari susunan PKR diaturkannya, hinggalah sampai kepada kepimpinan pelajar. Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM. Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.
Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Prof. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.

Syukri syok sendiri dijulang sebagai hero ketika demo di masjid UIA bela Aziz Bari. Pelajar UIA pun tak terlibat, Syukri dari KUIS pula yang terlebih sudu
Bila malam menjelma, maka muncullah knight of the templar yang menyalakan candlelight vigil.Pelik kan.. pelajar KUIS menyamar jadi pelajar UIA yang kononnya berlagak Islamik, tetapi apabila malam menjelang, si penyamar yang kononnya Islamik itu terjebak pula dengan upacara warisan Kristian, bakar lilin (candlelight vigil).


2. Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR. Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin. Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara. Memang jauh api dari panggang. Adam Adli sebenarnya seorang penakut, buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu tempelengnya.
pemuda-pemuda PKR sedang menyorok-nyorok di belakang Adam..Adam dikenakan tindakan tatatertib oleh UPSI yang dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari.


3. Khalid Ismath, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang merupakan mahasiswa pro-Syiah.
Menurut penaminang.blogspot.com kemunculan Khalid Ismath sebagai mercu tanda Syiah sudah tunjuk taring di Malaysia. “Ini kerana SYIAH di Malaysia ini tidak sebulu dengan kerajaan Sunnah di tanah air kita ini. Jadi untuk menampilkan ‘Kesyiah’annya, mungkin sedikit sukar, kerana umat Islam di Malaysia ini masih teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah. Maka kaedah untuk mengoyangkan Ahli Sunnah di Malaysia ini adalah dengan bergerak atas manhaj politik. Dengan politik Syiah seperti Khalid Ismath ini lebih mudah mendekati mahasiswa-mahasiswa pro khawarij”, kata blogger itu.
Foto di sebelah disusun oleh penaminang yang menunjukkan perkaitan Khalid Ismath dengan Anwar Ibrahim. Dari kultus Anwar maka beraraklah siswa pro Syiah itu menuntut pemansuhan AUKU, sedangkan semasa Anwar menjadi Menteri pendidikan, beliau sendiri tidak berusaha meminda AUKU, apatah lagi mahu memansuhkannya.

4. Syazni Munir Mohd Ithnin, pelajar KUIS.Syazni asalnya pelajar UM yang terlibat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Syazni, berasal dari Segamat, Johor. Pernah menjadi Presiden PMIUM, namun kerana keaktifannya, dia gagal menyeimbangkan antara akademik dengan kegiatan pelajar menyebabkan dia gagal menamatkan pengajian di universiti tertua itu. Sekarang melanjutkan pelajaran di KUIS. Asalnya gah..Presiden PMIUM 2009/2010, yang turut dilantik Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi SMM yang gah mengarahkan anak buahnya termasuk dari universiti lain, kini terpaksa terima hakikat, gah tak kemana bila pelajaran tidak habis.
Sekarang terpaksa diturunkan pangkat, dari Pengerusi SMM menjadi pengikut kepada Ahmad Syukri di KUIS yang bergerak mengikut telunjuk sang kultus. Syazni kena terima hakikat, sekarang godfather siswa bukan lagi Dewan Pemuda PAS, sekarang zaman desperado sang kultus yang memerlukan pengikut, hingga terpaksa turun sampai ke akar umbi siswa.

Sang Kultus perlukan proksinya, bukannya ‘budak PAS’, sebab itu sang kultus beri isyarat pilih Ahmad Syukri. Semasa di UM, pada 18 Julai 2009, Syazni ditahan polis berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya.
Syazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian conteng dan ‘petrol’ pada 24 Jun 2009 dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dibicarakan mulai 7 Disember 2009.Pintu masuk dewan kuliah utama API diconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” dan menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kempen derma ‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ bagi anak-anak Palestin di kampus itu.

5. Muhammad Safwan Anang @ Talib, Presiden PMIUM sesi 2011/2012 juga merangkap Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Timbalan Presiden GAMIS.
PMIUM pertubuhan sah di UM, tetapi BEBAS dan GAMIS merupakan pertubuhan haram.
Telah berkahwin bersama pasangan yang juga aktivis PMIUM, Masturah Abu Bakar pada 13 November 2011. Emak Masturah iaitu Mariam bt Abdul Rashid adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Ketika pilihan raya kampus UM sesi 2011, Safwan bertanggungjawab cipta gimik kononnya, bakal isterinya hilang gagal dikesan dan sekali lagi ketika berdemo di UPSI semalam Safwan sendiri buat gimik, dirinya cedera parah dipukul polis, walhal dia sendiri yang mencederakan diri dengan merempuh pintu kaca (berkunci) dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. “Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin Klinik Shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.
“Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel”, Dato Dr Junaidy Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor, HEP UPSI. Berdasarkan senario terbaru di UPSI, ada unsur-unsur tidak puas hati kenapa hanya Adam Adli sahaja di’nobat’ jadi hero. Siapa Adam Adli ? Presiden GAMIS ? Presiden SMM ? Semuanya zero…Anwar berjaya menunjukkan skillnya ‘pecah dan perintah’, akhirnya semuanya berlumba-lumba mahu ‘menjadi hero’ untuk dekat dengannya. Akhirnya Anwar juga yang untung..

Wednesday 20 May 2015

DAP SUDAH RANCANG RAMPAS KUASA!!!

DAP sedikit pun tidak hairan dengan kecaman orang ramai apabila sepucuk surat yang mendedahkan bagaimana RUMAH MAMPU MILIK Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya untuk seorang Melayu berbanding 52 Cina. Dan harga RUMAH MAMPU MILIK tersebut sebenarnya hanyalah MAMPU TENGOK memandangkan harganya melebihi RM300,000.

Barangkali sudah terlalu yakin yang DAP akan menguasai pentadbiran Malaysia pada PRU14 akan datang menerusi persekutuan dengan PKR dan PAS, hari ini, DAP mengeluarkan Kabinet Bayangannya sendiri, sekaligus menyanggah kabinet bayangan yang diutarakan oleh Wan Azizah Wan Ismail sehari sebelumnya. Dan tepatlah sebagaimana yang dinyatakan, DAP adalah Cina Chauvinist memandangkan hampir kesemua portfolio penting didominasi oleh Cina kecuali seorang Melayu dan tiga India.

Hari ini, DAP mengumumkan nama-nama Ahli Parlimennya yang menjadi sebahagian daripada Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat. Pengumuman tersebut adalah seiring dengan pengumuman Ketua Pembangkang Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan, Kabinet Bayangan Pakatan akan mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari setiap parti komponen bagi memenuhi setiap portfolio.

Senarai DAP itu mengandungi 18 portfolio dalam bidang penting kerajaan. Terdapat sekurang-kurangnya seorang timbalan bagi setiap menteri kecuali untuk menteri bagi hal ehwal Sabah dan hal ehwal Sarawak.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan usaha-usaha komprehensif DAP untuk membebaskan polisi selain perbahasan politik, sama ada di dalam mahupun di luar Parlimen. Menurutnya lagi, mereka mengambil pendekatan pragmatik dan bertanggungjawab untuk membahagi-bahagikan tanggungjawab di kalangan Ahli-Ahli Parlimen DAP. Tujuannya adalah untuk membina sebuah pasukan yang teguh yang menggalakkan penyertaan oleh setiap Ahli Parlimen dan menggalakkan kerjasama antara portfolio yang berlainan.

Senarai dari DAP adalah seperti di bawah:

DAP BENTUK KABINET MAHU RAMPAS KUASA DARI KAUM BUMIPUTRA

DAP akan memerintah negara secara sendiri jika berjaya kuasai Putrajaya tanpa melibatkan PAS dan PKR alasan DAP mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi..... ucapan bongkak Lim Guan Eng.



DAP memberi gambaran untuk memerintah negara secara bersendirian sekiranya berjaya menguasai Putrajaya apabila membentuk Kabinet baya­ngan yang terdiri daripada pemimpin parti itu tanpa melibatkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Langkah tersebut juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada Pas apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng memaklumkan keputusan itu dibuat kerana DAP tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Guan Eng menegaskan, pembentukan Kabinet bayangan daripada pemimpin pakatan pembangkang yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang baharu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan rakan sekutunya. Malah beliau secara sinis berkata, Abdul Hadi yang sukar dikawal mempunyai ‘kuasa veto’ untuk menolak sebarang keputusan yang telah dipersetujui secara bersama, justeru Kabinet bayangan daripada parti pembangkang tidak akan berkesan.

“Dia (Abdul Hadi) tidak meminta pandangan kami, malahan dia tidak berunding dengan pemimpin Pas sendiri. Jadi, bagaimana kami dapat bekerjasama? Kami juga sudah memutuskan untuk tidak menjalin sebarang hubungan dengan Abdul Hadi, tetapi kami akan terus berurusan dengan pemimpin Pas lain. “Kabinet bayangan pakatan pembangkang itu sukar dikawal kerana Abdul Hadi ada kuasa veto untuk menolak sebarang keputusan berasaskan persetujuan bersama. Abdul Hadi tidak berunding dengan kami berhubung sebarang hal terutama hudud, dengan itu saya percaya sukar dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi yang didakwa tidak bermaruah dan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. Menurut parti itu, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

Ketika ditanya tentang calon Perdana Menteri untuk Kabinet bayangan itu, Guan Eng bagaimana enggan mengulas dan meminta soalan itu dikemukakan kepada Wan Azizah. Sementara itu, Kabinet baya­ngan DAP yang dibentuk membariskan 34 pembuat dasar yang bertanggungjawab terhadap 18 kementerian.

Antara portfolio yang dicadangkan ialah Pendidikan, Sains dan Teknologi; Dalam Negeri dan Perundangan serta Kewangan dan Ekonomi. Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hasan ketika ditemui enggan memberikan ulasan, sebaliknya menyatakan mahu meneliti terlebih dahulu kenyataan Guan Eng sebelum memberi sebarang reaksi.

Thursday 14 May 2015

PESTA JUAL TANAH DI PULAU PINANG... KENAPA LIM GUAN ENG TAK PERNAH BERANI DEDAHKAN SKANDAL TANAH KERAJAAN NEGERI YANG DISONGLAPNYA?



Mungkin anda tidak perasan, setiap kali pendedahan tentang jualan tanah di Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng dibuat, setiap kali itulah, DAP akan menggelupur mencari isu-isu remeh yang bersifat sensasi untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada permasalahan serta skandal terbesar di Pulau Pinang, terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah kerajaan negeri.

Tahukah anda, walaupun DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008, keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan. Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk akal murahnya.

Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja. Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan luas:

2011 - seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion.
2013 - seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai.
2013 - 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land.
2014 - tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%.
2014 - 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta.
2014 - 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion.
2014 - 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai!


Kesemua jualan tersebut bernilai berbilion Ringgit, tetapi jualan tanah dari tahun 2008 sehingga 2012, Pulau Pinang sekadar mencatatkan pertumbuhan sekitar 3,85% (sebanding dengan kadar bon Kerajaan Persekutuan) menerusi simpanan tunai Pulau Pinang dari RM1.02 bilion untuk sekadar mencapai RM1.192 bilion. Persoalannya ialah, menerusi peningkatan yang begitu kecil, di mana keseluruhan wang yang berbilion-bilion hasil jualan tanah itu semua? Adakah kerana perbelanjaan tahunan yang bertambah dua kali ganda?

Satu persoalan besar yang seringkali dipersoalkan ialah, berbanding menjual tanah, mengapa agaknya PDC Pulau Pinang tidak membangunkan atau memajukan tanah milik Kerajaan Negeri itu sendiri? 

Persoalan kepada orang Melayu Pulau Pinang sendiri, apakah polisi Lim Guan Eng ini sebenarnya mencerminkan sikap orang Melayu yang hanya fikirkan 'NAK SENANG' sahaja sehinggakan pesta jualan tanah secara besar-besaran oleh DAP di Pulau Pinang, langsung tidak membimbangkan mereka?


Apa yang mereka perolehi daripada skim dan skandal tanah tersebut? Sedangkan polisi DAP dan Lim Guan Eng, jelas untuk mengkayakan lagi pemaju. Pemaju mengutip keuntungan berpuluh-puluh kali ganda hanya kerana kecenderungan Melayu untuk membuat 'perubahan'.


Perubahan apa yang sedang berlaku? Semua kerja hartanah akan dipindahkan kepada arkitek-arkitek Cina, jurutera-jurutera Cina, Qs, Subcons dan peguam-peguam Cina, manakala peguam-peguam Melayu, arkitek-arkitek Melayu dan jurutera-jurutera Melayu, semua pakat nganga!



Apa yang berlaku dalam GLC terutama sekali dalam sektor perbankan, sedang diamalkan secara meluas menerusi pesta jualan tanah di Pulau Pinang!

Fikirkan tentang perkara ini. PDC di bawah Lim Guan Eng, dapat duit secara percuma. PDC dapat tanah secara percuma dan kemudian tanah-tanah tersebut djual pula kepada syarikat-syarikat atau pemaju-pemaju Cina. Duit yang diperolehi oleh PDC daripada hasil jualan, hilang begitu sahaja. PDC sebaliknya membina rumah-rumah mewah yang bukan untuk rakyat marhein sepertimana tujuan asal penubuhannya.

Ini bukan sekadar melibatkan Melayu marhein tetapi juga Cina dan India serta semua marhein di Pulau Pinang yang langsung tidak ada tempat dalam pandangan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Tuesday 12 May 2015

TABUNG HAJI: HILANGNYA ASET MELAYU-ISLAM DI TRX -1MDB AKIBAT DENGKI KHIANAT BANGSA SENDIRI...


Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.
TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.
Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. 
Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.
"Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katanya pada sidang media di Menara TH, pagi ini.
Tabung Haji akan menjual semula tanah itu secara baik bagi mendapatkan pulangan keuntungan demi kepentingan pendeposit.
Tanah asal tapak TRX milik 1MDB di segi tiga emas Kuala Lumpur yang dibeli dengan harga murah dan akan dibangunkan dengan prasarana moden sebagai mercu tanda moden yang bernilai tinggi.
"Dalam masa terdekat ini selepas dapat duit itu, kita akan minta CFO (Ketua Pegawai Kewangan) untuk membuat pengumuman pada sidang media yang duit dah masuk dalam akaun Tabung Haji... dah selesai," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada para pendeposit supaya tidak panik dengan mengeluarkan simpanan mereka di Tabung Haji.

"Simpanan makcik, pakcik... walau RM1 pun adalah dijamin oleh kerajaan buat pendeposit," katanya.
Projek TRX yang sedang rancak dibina cuba disabotaj kerana ia berkait rapat dengan 1MDB. TRX akan berperanan sebagai hub untuk pelabur asing menempatkan modal mereka di Asia Tenggara.  Bila dah siap adakah ia akan dijual dengan harga yang sama sebelum ia dimajukan pemaju? 
Azeez turut mengulangi pendirian Tabung Haji sebelum ini bahawa pembelian tanah bukan ‘bail out’ untuk 1MDB tetapi sebaliknya ia merupakan pelaburan yang mengambil kira kepatuhan syariah dan potensi pulangan keuntungan yang baik.

Beliau menambah, pulangan keuntungan itu akan memberi keutamaan untuk subsidi dan pengurusan haji dan agihan dividen kepada pendeposit.

Jelasnya, Tabung Haji membayar kadar pulangan dividen melebihi enam peratus dan tahun 2014 sahaja manakala pemberian bonus dan dividen 8.5 peratus.

"Kos untuk mengerjakan haji tahun ini adalah RM17,270 tetapi pendeposit hanya dikenakan caj RM9,980. Dan kita beri subsidi sebanyak 7,290 seorang.


"Dari mana kita hendak dapat subsidi ini? Sudah tentu daripada keuntungan menerusi perniagaan dan pelaburan yang dijalankan Tabung Haji," katanya.
Menurut Azeez, Tabung Haji mengagihkan dana mengikut alokasi aset yang diluluskan iaitu kira-kira 15 peratus yang diperuntukan untuk pelaburan hartanah.

"Pembelian tanah ini mengambil peluang sebagai sebuah institusi Islam yang memiliki aset di kawasan pembangunan TRX dengan unjuran keuntungan 27 peratus atau sembilan peratus setahun," katanya.