Tuesday 6 January 2015

DAP ajar Malaysia mengenai Demokrasi????

Baca ini.....

DAP adalah serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama. Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan.

DAP merupakan “anak” kepada PAP yang meneruskan ideologi perjuangan PAP di Malaysia. PAP telah memerintah Singapura dan kita boleh lihat kesannya terhadap orang Melayu dan agama Islam di Singapura.
Objektif utama DAP ialah untuk membentuk konsep Malaysian Malaysia dengan menjalinkan semua bangsa di Malaysia dengan nilai-nilai moral universal.

Kesan utama dari objektif ini ialah menjadikan seluruh bangsa, kaum dan agama di Malaysia berada pada status yang sama. Akibatnya, tiada lagi keutamaan Islam sebagai agama Persekutuan malah ia akan diganti dengan nilai-nilai moral universal ciptaan manusia.

Para pemimpin DAP dalam Deklarasi Setapak 1967 telah berjanji untuk menegakkan objektif berikut yang menjadi teras perjuangan DAP: “The D.A.P is irrevocably committed to the ideal of a free, democratic and socialist Malaysia, based on the principles of racial equality, and social and economic justice, and founded on the institutions of parliamentary democracy. We believe that it is possible to mobilise the support of the big majority of the multi-racial people of Malaysia in the pursuit of this aim, and we shall regard it as our primary objective to mobilise such support.”

Pemimpin DAP telah berikrar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara demokratik sosialis. Perlembagaan DAP telah meletakkan dalam matlamat pertamanya untuk menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia.

Dasar asas DAP seperti yang disebutkan dalam Deklarasi Setapak 1967: “Jika kami hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan dari berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali, atas dasar keinginan dan boleh dilakukan”. Dasar asas DAP ini bersalahan dengan salah satu Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menjamin hak istimewa orang Melayu iaitu : “Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”. Disamping itu, ikrar untuk menumpaskan dan menyingkirkan yang disebutkan dalam Deklarasi di atas juga adalah penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan menyalahi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Deklarasi Setapak 1967 yang masih dipegang oleh DAP, ramai ahli-ahli DAP menguasai Majlis Peguam Malaysia dan secara konsisten mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan raja-raja Melayu, hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. DAP secara halus sentiasa menggerakkan usaha dengan berselindung di sebalik tema untuk mewujudkan keadilan, persamaan dan kesamarataan hak
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah berikrar dalam Deklarasi Setapak 1967 untuk mendukung Deklarasi Setapak sebagai dasar panduan dan prinsip DAP telah menyebut:

“Racial hegemony in a multi-racial society is certainly an undesirable principle to be adopted anywhere in the world, but in Malaysia, the very composition of our population also makes it impracticable of realisation, for the good reason that in this country, no single racial group can claim to enjoy an overall majority.
The Malays do not constitute a national majority. Neither do the Chinese, nor the Indians, nor anybody else. In other words, any single community in Malaysia, by itself, is outnumbered by the rest. And thereby hangs the obvious lesson that any attempt to violate the principle of racial equality in Malaysia society must lead to inevitable and catastrophic failure.”

DAP memperjuangkan kesamarataan kaum dengan menafikan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.