Wednesday 12 March 2014

KHALID SURUH PENGUNDI KAJANG PILIH CALON BN

AGAK terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim baru-baru ini yang bagaikan sudah berputus asa untuk berkempen bagi pihak Anwar di Dun Kajang. Ini berikutan daripada desakan demi desakan yang diterima dari dalam PKR sendiri yang sudah memberi isyarat bahawa selepas PRK Kajang, riwayat politik Khalid Ibrahim akan berkubur.
Konflik MB antara Khalid dan Anwar berterusan bukan sahaja di dalam bilik bahkan sudah meleret hingga keluar sehingga orang yang tidak sepatutnya masuk campur juga telah mula mengorak langkah mahu menjatuhkan Khalid dari kerusi Menteri Besar."Kerajaan negeri mohon maaf kepada rakyat Kajang. Anda berhak buat pilihan. Walau apa yang berlaku, saya akan tetap mengetuai kerajaan Selangor," kata Khalid Ibrahim pada satu sidang media baru-baru ini.
Adakah Khalid sudah mula muak dengan permainan yang diatur oleh Anwar bagi menjatuhkan beliau? Adakah desakan dari Azmin dan kumpulannya semakin kuat di peringkat pentadbiran negeri?
Mungkin dan mungkin kerana kita sedia maklum perangai Azmin yang jika mahukan sesuatu pasti dia akan berusaha untuk memperolehi. Kerana sudah buntu untuk menjatuhkan Khalid dengan cara sendiri, beliau terpaksa mendapatkan khidmat bantuan dari 'papa' nya Anwar Ibrahim untuk masuk campur.Khalid sekarang dalam dilema namun yang pasti Khalid tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor walaupun ura-ura mengatakan selepas Anwar menang di Kajang beliau akan diarahkan oleh Ketua Umum PKR itu untuk menandatangai surat pelepasan jawatan MB Selangor.
Mengikut politik semasa PKR, aku percaya bukanlah Anwar yang mahukan kerusi MB, namun Azmin yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri namun bukanlah sebagai ketua yang menerajui negeri.Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah apa drama mereka selepas Kajang.

No comments:

Post a Comment