Wednesday 12 March 2014

PKR Bentang 4 Manifesto Menipu Rakyat - Bagaimana PKR Menipu



Setiap kali ada PRK, setiap kalilah Rakyat dihidangkan dengan manifesto pembohong oleh PR. Tidak terkecuali di Kajang. PKR hari ini melancar empat teras utama manifesto PRK DUN Kajang. Manifesto itu dilancarkan calon PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat, di sini. Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

Pertama, isu kesesakan lalulintas bukan perkara baru di Kajang. Kerajaan Pusat telah dan sedang menyelesikan masalah berkenaan dengan membina projek 'Mass Rapid Transit (MRT)' di Kajang dengan jangkaan projek berkenaan akan siap pada tahun 2017. Projek berkenaan akan memberi manafaat kepada 1.2 juta penduduk yang menghubungkan Sungai Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, TTDI, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit Bintang , Pasar Rakyat ,Cochrane , Maluri , Cheras dan Kajang. Bagaimana pula Wan Azizah dan PKR bercadang hendak menyelesaikan masalah lalu lintas. Jalan atas angin?

Kedua, isu anak muda apa yang ingin diselesaikan oleh Wan Azizah? Sedangkan isu anaknya  sendiri Nurul Izzah dan suami, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, sebagai ibu bapa, tidak dapat selesaikan, apakah jaminan beliau hendak menyelesaikan isu anak muda? Untuk rekod, Mahkamah Rendah Syariah semalam memerintahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim supaya segera melantik wakil jawatankuasa pendamai dalam kes cerai yang difailkan Nurul Izzah. Hakim, Syarie Ab Malek Awang menetapkan 1 April bagi pasangan itu membawa jawatankuasa pendamai masing-masing ke mahkamah, dan jika mereka gagal berbuat demikian, mahkamah boleh menutup kes berkenaan.

Ketiga, dalam isu perbandaran pula teringat manifesto yang dibentangkan oleh YB Rodziah Ismail, ADUN PKR Batu Tiga. Katanya dalam manifesto berkenaan, Kerajaan PR akan membina stesyen bas baru mengantikan stesyen bas Seksyen 17 yang usang di Shah Alam. Sememangnya janji berkenaan akan ditepati. Namun bukan oleh Kerajaan PR Selangor sebaliknya Kerajaan Pusat. Baca keratan akhbar di bawah:


Mengenai manifesto keempat, isu keselamatan, nak selamat macam mana? Suami sendiri bekas banduan dan baru sahaja disabitkan dengan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat! Apa solusi yang hendak Wan Azizah tawarkan? Cawat besi untuk anak muda di Kajang?


No comments:

Post a Comment