Wednesday 28 May 2014

Demokrasi PKR ..Kritik Pemilihan PKR Kena Gantung! Chegubard Jadi Anwar & Geng!!


Nilah demokrasi parti anak beranak..barang siapa yang mengkritik dan mengutuk pemilihan parti maka akan digantung keahlian...mereka kutuk SPR macam2 tohmahan tak apa...Jika anda mempertikaikan kesucian PKR maka anda bersedia untuk di gantung...itulah nasib yang menimpa chegubard yang aku gelarkan dia samseng dalam PKR...Mana perginya demokrasi yang dilaungkan..kritik sikit pun kena gantung keahlian...dah macam FAMB...kahkahkah!!!Kutuk FAM kena denda..kutuk PKR kena gantung...elok lah tu! Xo xo xo!
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, digantung keahliannya serta-merta selepas didapati membuat dakwaan terbuka terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melalui media. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, turut mengumumkan pemecatan Md Yusop Kamaruddin dari Cabang Pasir Salak, Perak selepas ingkar arahan surat penggantungan dengan membuat kritikan terbuka melalui laman sosial terhadap jawatankuasa sama. 
Katanya, Lembaga Disiplin telah meneliti dan mengadakan siasatan ke atas beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan pada mesyuarat biro politik parti yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 27 Mei lalu. 
Ingkar arahan 
Berikutan itu, kita membuat keputusan Md Yusop dipecat daripada parti kerana ingkar arahan surat penggantungan dan terus mencemar nama baik parti dengan membuat kritikan serta serangan terhadap JPP melalui laman sosial Facebook beliau. Badrul Hisham pula digantung kerana membuat kenyataan media pada 12 Mei lalu, mendakwa proses pemilihan parti adalah kotor dan tidak telus, selain dakwaannya, Petugas JPP menjadi ejen kepada Azmin Ali seperti yang disiarkan portal berita, katanya dalam kenyataan, semalam. 
Badrul Hisham yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR turut didakwa membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar ini melalui laporan berita bertajuk, Keputusan penuh penipuan: Chegubard, yang disiarkan 20 Mei lalu. Kee Kwong berkata, surat tunjuk sebab dan arahan penggantungan ke atas Badrul Hisham akan dikirimkan dalam tempoh terdekat. 
Mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut bersetuju menggantung keahlian ahli Cabang Kota Raja, M Nageswaran Muniasamy selama enam bulan. Parti itu pada 15 Mei lalu, menggantung keahlian lapan ahlinya, termasuk bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mencabar jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, atas pelbagai kesalahan berkaitan proses pemilihan PKR.

Pemilihan PKR Cukup Tidak Teratur, Tak Sempurna dan Memalukan - Wan Azizah



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri mengakui wujud kelemahan yang ketara dalam sistem pemilihan Parti PKR  hingga mencetuskan pelbagai insiden kekecohan termasuk melarikan peti undi, blackout, tanda dalam bilik hotel dan sebagainya.
Malah, Presiden PKR itu sedar sistem yang digunapakai  bukanlah sistem yang sempurna sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. Pengesahan itu dinyatakan dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang. Pendirian Wan Azizah itu mengesahkan pertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul yang dilihat cuba menyembunyi dan mempertahankan sistem pemilihan sedia ada dan menyifatkan ia merupakan proses yang terbaik pernah dilakukan parti itu. Yang pasti, PKR sudah pun memecat lima ahli dan menggantung 18 anggotanya atas pelbagai kesalahan, termasuk mensabotaj pimilihan parti hingga mencetuskan kekecohan di beberapa cabang di seluruh negara termasuk menggantung keahlian Badrul Hisham Shahrin atau `chegubard'. Tindakan ini jga dilihat cuba 'menutup mulut' ahlinya dengan menyekat kebebasan bersuara, yang terang-terang mahu membongkar ketirisan dan ketidaktelusan kalangan pemimpin PKR yang tamak kuasa. Tidak cukup dengan itu, PKR juga membatal dan menangguhkan proses pilihan melibatkan 35 cabangnya kerana gagal menguruskan pemilihan dengan baik. 

Tuesday 27 May 2014

5 Anggota PKR Digantung Keahlian Kerana ‘Jujur’ Dengan Media

PKR bertindak menggantung keahlian lapan anggotanya selepas Lembaga Disiplin parti bermesyuarat semalam bagi meneliti kes berkaitan tatatertib dan disiplin susulan beberapa kontroversi yang tercetus semasa pemilihan baru-baru ini. Lapor The Malaysian Insider, lima anggota PKR digantung keahlian kerana mengeluarkan kenyataan kepada media dan disiarkan kepada umum.

Selain kesalahan tersebut, ada di kalangan mereka yang digantung juga didapati melanggar peraturan pemilihan parti, antaranya membuat ugutan dan menipu pengundian. Mesyuarat semalam dipengerusikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta beberapa anggota biro politik lain.

Antara yang digantung kerana menggunakan saluran media bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka adalah bekas ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan empat anggota PKR lain iaitu Bobinath Vello, Sarimah Abdul Ghani, Md Yusop Kamaruddin dan Ahmad Jufliz Faiza. PKR menyifatkan tindakan menghebahkan kepada media tersebut melanggar peraturan pemilihan parti. Manikavasagam melanggar peraturan parti apabila menuduh Khalid mengamalkan politik wang secara terbuka yang disiarkan TV1 dan TV3 pada 11 Mei 2014 lalu. Bobinath, anggota cabang Kuala Selangor juga digantung atas alasan yang sama apabila kenyataan beliau disiarkan TV3 pada 11 Mei 2014.

Sarimah Abdul Ghani, anggota cabang Kampar digantung kerana kenyataannya disiarkan dalam Berita Harian pada 12 Mei 2014. Md Yusop digantung kerana mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan parti di laman sosial Facebook. Manakala, Ahmad Jufliz pula digantung kerana mengeluarkan kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam. Sementara itu, setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Mustapha Mohd Talib juga tidak terlepas daripada tindakan penggantungan. Mustapha digantung keahlian kerana membuat ugutan terhadap Faridah, pembantu khas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati dengan menyuruhnya menamatkan khidmat Manikavasagam sebagai Penyelaras DUN Bukit Melawati.

Seorang anggota cabang Hulu Selangor, K Gunasekaran Kuppan pula digantung kerana bertindak agresif dan merempuh pintu masuk pengundian cabang Hulu Selangor serta menghentikan proses kiraan undi pada 11 Mei. Bagi kes penipuan semasa pemilihan, seorang anggota cabang Tanjung Karang, Noor Azman Samsuri digantung kerana menipu tandatangan pencadang bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang. Pemilihan PKR kali ini hangat apabila pendedahan dan kekecohan didedahkan serta menjadi tumpuan pemerhati politik.

Masuk minggu terakhir, dijangkakan pemilihan PKR akan menyaksikan lebih banyak kontroversi timbul.
Sebelum ini, JPP PKR juga bertindak membatalkan 27 pemilihan cabang berikutan kekecohan dan kegiatan penipuan undi.

Monday 26 May 2014

APABILA MANTAN BAKAL PM NAK MEMPERBODOHKAN RAKYAT.....HEHEHEHE


Betul ke hutang negara semakin menimbun dan negara nak bankrap? 
Apa benar akibat hutang negara yang meningkat kepada RM529.9 bilion ini maka setiap orang dari 28 juta penduduk di Malaysia terpaksa menanggung hutang kerajaan secara nisbah dan puratanya RM18,000 seorang? 
Lojikkah kita membuat andaian dangkal tersebut? 
Lojikkah juga andaikan pembangkang dapat memerintah Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menterinya atau Presiden Republik Pakatan Rakyat Malaysia merangkap Menteri Kewangan maka segala hutang negara boleh diatasi? 
Semua dapat pendidikan dapat percuma, barang keperluan murah, tol tiada, minyak murah, semua dapat rumah, kereta jadi murah hatta MH370 yang hilang boleh dicari sesaat saja?

Hakikatnya semua itu adalah auta seorang tukang mimpi dan pengkhayal tersohor!

Bayangkan pula jika semua rizab negara habis, di mana kerajaan ketika itu mahu mencari wang? Mau pinjam duit dan berhutang dengan IMF kah atau Bank Dunia kah?
Mari kita kaji carta-carta berikut…


Lihat pula kedudukan semasa rizab dan aset Bank Negara Malaysia (BNM) ini. Adakah kita akan bankrap kerana tak dapat bayar hutang? Berapa ramai yang telah menjadi peminta sedekah dan merempat di jalanan?

Rizab dan Aset Bank Negara sehingga 22 Mei 2014
Bil
Rizab dan Aset Bank Negara
Jumlah Aset dalam
US$ Dollar
1
Rizab Wang Asing
118.5 bilion
2
Rizab dalam IMF
        1 bilion
3
Hak Pengeluaran Khas (SDR)
        2 bilion
4
Rizab Emas
     1.5 bilion
5
Aset Rizab
     8.1 bilion

Jumlah Rizab Antarabangsa
  131.1 bilion

Rizab antarabangsa ini bersamaan RM427.6 bilion. Paras rizab ini mampu membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek
Rizab dan Aset Bank Negara

Jumlah Aset dalam
RM
7
Emas dan Pertukaran Asing serta Rizab-rizab Lain termasuk SDR
427,568,808,213
8
Kertas Kerajaan Malaysia
1,852,271,927
9
Deposit dengan Institusi Kewangan
11,252,243,249
10
Pinjaman dan Pendahuluan
6,463,518,643
11
Aset-aset Lain
7,455,017,785

Jumlah
454,591,859,817



Modal dan Liabiliti

Jumlah Aset dalam
RM
12
Modal Berbayar
100,000,000
13
Rizab
59,167,293,149
14
Mata Wang dalam Edaran
73,879,297,112
15
Deposit Institusi Kewangan
175,107,831,230
16
Deposit Kerajaan Persekutuan
9,983,267,080
17
Deposit Lain-lain
2,636,507,280
18
Kertas Bank Negara
98,311,404,342
19
Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR)
6,783,406,670
20
Liabiliti-liabiliti Lain
28,622,852,954

Jumlah
454,591,859,817

Sumber: http://www.bnm.gov.my
Rajah di atas jelas menunjukkan kita masih lagi mempunyai rezab dan aset negara yang kukuh. Inilah bukti kejayaan kerajaan selama hampir 57 tahun memerintah. Ditegaskan hutang luar negara adalah masih rendah iaitu RM16.9 bilion sejajar dasar kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman lebih rendah dan mampu meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing. 
Sedangkan hutang dalam negeri yang banyak (RM512.3 bilion) itu meliputi hutang-hutang awam Kerajaan Negeri pada Kerajaan Persekutuan, hutang Kerajaan Pusat dan Negeri pada bank-bank tempatan dan juga hutang-hutang perniagaan GLC pada bank-bank dalam negara.

Ertinya hutang tersebut hanya berlegar dalam negara. Kita tidak tertakluk dan bergantung pada negara asing atau hutang antarabangsa sama sekali. Rakyat Malaysia pun tidak pernah dipaksa membayar hutang itu untuk kerajaan! 
Jadi apa perlu kita risau jika hutang dalam negara boleh diuruskan dengan baik dan dibayar secara ansuran atau berperingkat-peringkat setiap bulan kepada pihak pemberi pinjaman? 
Hakikatnya, setiap pendapatan negara yang kebanyakannya dikutip dari hasil percukaian akan digunakan untuk tiga tujuan utama berikut: 
  • · Perbelanjaan Mengurus 
  • · Pembayaran Hutang 
  • · Simpanan/Rezab 
Sebenarnya defisit perbelanjaan negara adalah perkara biasa dalam ekonomi sesebuah negara di dunia. Mengikut teori ekonomi defisit hanya boleh diatasi jika semua subsidi dihapuskan. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, perkara ini tidak akan berlaku kerana sifat keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menjaga dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.

Subsidi telah dimansuhkan secara berperingkat-peringkat bagi memberi ruang kepada rakyat meningkat pendapatan mereka. Malah wang dari penjimatan subsidi tersebut disalurkan kembali kepada rakyat secara bersasar seperti bantuan BR1M, biasiswa, pembinaan infrastruktur pendidikan, kesihatan, perumahan rakyat PR1MA dan sebagainya. 
Inilah kebijaksanaan kerajaan BN menguruskan kewangan negara. Tak perlu kita menuduh, memfitnah dan memaki hamun pihak lain yang bertungkus lumus membangunkan negara jika kita sendiri tidak tahu mentadbir dan menguruskan ekonomi negara ini. 
Kenapa kita perlu mempertikai kemampuan kerajaan menguruskan hutang negara? Sebagai contoh, pada tahun 2011 Malaysia telah terbukti berjaya menguruskan pembayaran hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Felda kepada Asian Development Bank (ADB) dan Bank Dunia sejak 1965-2002 berjumlah US$3,931 juta - sesuatu yang di luar jangkaan pihak pembangkang yang sering mempertikaikan kemampuan negara membayar hutang. 
Ini adalah sebahagian dari contoh kecil yang menunjukkan kemampuan negara mengendalikan hutangnya. Mana-mana kerajaan di dunia terpaksa berhutang demi pembangunan dan kesenangan rakyatnya. Cuma yang membezakan ialah Malaysia berjaya menguruskan hutang negara dengan cemerlang kerana kebijaksaan para pemimpinnya menguruskan kewangan. 
Syukur kita kepada Allah kerana kepimpinan negara berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan. 47 buah GLC kini bergerak aktif dalam Bursa Saham Malaysia dengan dapat menjana kewangan serta pembangunan negara. Semua ini merupakan sebahagian ikthiar kita mengelak negara dari bankrap akibat hutang! 
Apa bezanya dengan pembangkang? 
Punaisihat Mr Mansuh banyak berjanji akan guna segala rezab untuk mempercumakan segala-galanya. Kesannya rezab akan menyusut dalam masa beberapa bulan saja dan mendedahkan negara kepada risiko bankrap, penyeludupan berleluasa, kehadiran lebih ramai pendatang haram untuk bersama-sama merebut nikmat percuma negara kita. 
Bila ini terjadi bebanan kerja pihak penguatkuasa akan bertambah sedangkan mereka juga berjanji akan mengurangkan bilangan kakitangan awam termasuklah polis. Adakah pihak pembangkang masih belum cukup inzal berfantasi kononnya tugas itu boleh dilaksanakan dengan cemerlang seperti seorang Robocorp atau Superman, Batman dan pelbagai lagi hero khayalan? 
Adakah kita mahu mengikut desakan seorang dua tuan punahsihat ekonomi yang bertenggek cari makan dalam pakatan pembangkang untuk menasihatkan kita berkaitan pengurusan ekonomi negara? 
Belajar dari contoh pengurusan FELDA 
Contoh paling baik ialah apa akan jadi jika kerajaan dan Felda tunduk pada desakan pembangkang yang ingin menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture (FGV) dulu. Sudah pasti Felda kini akan berada ditakuk lama memanjang tanam sawit saja. Namun dihari penyenaraiannya, FGV berjaya mengumpulkan tunai RM10.45 bilion. Keuntungan tersebut turut dinikmat warga Felda.
Namun kerana kebijaksanaan Felda, GLC ini berjaya ke tahap global hingga mampu membuka banyak syarikat, hotel dan lain-lain perkhidmatan di luar negara termasuk bekerjasama dengan UAE membuka hypermarket LULU tahun hadapan. 
Hakikatnya, Malaysia ramai pakar dalam dan luar negara yang lebih kredible dan berdedikasi memberi nasihat bahkan ternyata Perdana Menteri kita sendiri juga seorang graduan ekonomi.

Mana-mana kerajaan di dunia pun akan bayar hutang luar negaranya secara beransur-ansur agar tidak mengganggu keseluruhan sistem kewangan negara mereka. Macam kita juga, jika ada duit banyak sekalipun adakah kita akan langsai semua hutang sekaligus tanpa memikirkan bahagian untuk simpanan luar jangka?

Pemilihan PKR Cacamarba, Anwar Patut Malu Dan Letak Jawatan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya berasa malu dan mengundur diri dalam dunia politik kerana kegagalannya membuktikan kewibawaan diri sebagai pemimpin sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR. Sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR, terlalu banyak kacau-bilau, kecelaruan dan perkara pelik yang berlaku seperti pengiraan undi dalam bilik hotel atas alasan berlakunya ‘blackout’, pergaduhan sesama ahli ditempat pengundian malah ada ahli parti yang namanya ada di dalam daftar pemilih dilarang untuk mengundi. anwar-berlakon-patah-tangan-diserang-ahli-ibu-pejabat-pkr-bantah-demo-pemilihan-tipu-bohong-batal-semula-aduan

Banyak sangat ‘magik’ yang terjadi dalam proses pemilihan PKR. Anwar sepatutnya malu kerana dia gagal sebagai ketua pembangkang sedangkan sebelum ini dialah yang begitu lantang mengkritik kerajaan dan SPR.

Anwar menggunakan penyokongnya untuk mengadakan demonstrasi bagi meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang kononnya tidak adil. Dia juga mendesak pemimpin negara meletak jawatan. Sikit-sikit desak letak jawatan tapi kini bila terkena batang hidung sendiri mengapa dia senyap seribu bahasa. Mengapa dia tidak meletak jawatan. Seharusnya sebagai seorang yang begitu lantang bersuara dan membantah, dia harus membuktikan setiap apa yang dicakapkannya. Apabila dia sendiri gagal maka letaklah jawatan. Anwar sehingga kini diam tidak memberi sebarang kenyataan terhadap kucar-kacir yang terjadi pada pemilihan PKR malahan ahli-ahli PKR juga turut diam tidak langsung mendesak Anwar meletak jawatan walaupun terang-terangan Anwar gagal sebagai pemimpin. Tapi ini bukanlah sesuatu yang menghairankan pengikut Anwar seakan menghidap sejenis penyakit kecelaruan iaitu mereka keliru dan celaru dalam mencari tapak untuk berdiri dalam arena politik. Sebab itu penyokong Anwar ramai orang muda kerana orang muda kerana golongan tersebut mudah dikeliru dan dipergunakan. Selepas ini Anwar perlu menilik diri di cermin. Jangan hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri lebih teruk lagi, tetapi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini Anwar akan terus menuding jari terhadap kegagalannya kerana Anwar bukan jenis yang tahu malu.

HARI TU HARAM, HARI NI HALAL BELAKA!!!


Heh! Kalau tengok muka Si Hadi Awang tu pun kita boleh nampak macam dia meluat dengan Si Gundik Kit Siang tu. Bak kata orang Perak, "Tak sior teman menengoknya".Tapi disebabkan nak jaga Politik punya pasal, terpaksa la Si Hadi Awang tu berlakon dan bermain wayang depan Si Gundik Kit Siang tu. Maklum la, dia kan ahli Politik.

Jadi sebab tu la depan Si Gundik Kit Siang tu dia puji minah tu melambung - lambung. Dalam hati siapa tau beb. Kita tak tau macam mana bengkak hati Si Hadi Awang tu. Mana tidaknya. Belum apa - apa lagi Si Gundik Kit Siang tu dah memalukan PAS dengan menolak cadangan perlaksanaan Hudud yang selama ini menjadi agenda utama PAS. Mana mungkin Si Gundik Kit Siang tu tak tau mengenai perkara tersebut. Adalah satu yang mustahil kalau dia tak tau pasal asas perjuangan PAS sejak sekian lamanya.

Maka sebab itulah Si Hadi Awang tu keluarkan kenyataan sebelum ini yang jelas menyindir Si Gundik Kit Siang tu dalam diam mengenai isu yang sama.Cuba kita tanya Si Gundik Kit Siang tu. Kenapa dia pilih DAPigs dan tak pilih PAS untuk memperjuangkan ideologi Politik dia? Dah tentu dia akan bagi alasan sebab Hudud. Sebagai seorang Melayu yang Liberal, tu pasal la dia pilih DAPigs untuk memperjuangkan ideologi dia selama hari ini. Kalau dia pilih PAS, sudah tentu dia tak mampu nak buat.

Sama jugak la yang berlaku kepada "Blogger DAPigs Melayu" tu sebelum ini. Kalau tanya dia pun, sudah pasti dia akan sebut benda yang sama. Tak mungkin dia akan masuk PAS. Sebab sebelum ini PAS dah meng-KAFIR-kan dia secara terang - terangan sewaktu dalam UMNO. Tu sebab la dia tak masuk PAS. Malah, mungkin dia pun anggap PAS ni Sesat.

Jadi, tak payah la PAS nak bermuka - muka sangat dengan puak - puak DAPigs ni. Pusing la kot mana sekali pun, DAPigs akan tetap memusuhi Islam dan Melayu secara terang - terangan. Tak payah la diorang nak menipu rakyat!!!

Niat sebenar DAP calonkan Dyana DIDEDAHKAN!



Secara Profesionalnya , Dyana Sofya Masih bukan Peguam 

Hasil carian kami dari laman Malaysian Bar , Dyana Sofya tidak berdaftar sebagai pengamal undang-undang. 


Menurut Seksyen 37 Akta Profesion Undang-undang 1976 

Tiada orang tidak diberi kuasa boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara

37. (1) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang—
(a) bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atau atas apa-apa sifat, selain sebagai suatu pihak kepada suatu tindakan yang baginya dia sendiri suatu pihak, memohon serta mendapatkan apa-apa writ, saman atau proses, atau memulakan, meneruskan, memujuk rayu atau membela apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas nama mana-mana orang lain dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia atau membuat atau menyediakan apa-apa surat cara berhubung dengan apa-apa prosiding dalam mana- mana Mahkamah itu; 

atau

(b) bersengaja atau secara palsu berpura-pura, atau mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihal yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa dengan sempurna untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan atau diberi kuasa sedemikian,

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.‎

------------------------------------------------**********--------------------------------------------------

Kantoi. Nampaknya pilihanraya kecil Teluk Intan ini bukanlah medan DAP untuk membela rakyat, sebaliknya terbukti kini ianya dijadikan peluang untuk Lim Kit SiaL terus menghambakan seorang gadis Melayu secara PERCUMA!

Jika Dyana bukan seorang peguam yang diiktiraf sepertimana yang dicanangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini, maka benarlah teori kami sebelum ini (http://mymassa.blogspot.com/2014/05/prkp076-teluk-intan-penentu-nasib-masa.html) yang beliau hanyalah seorang anak gadis Melayu mentah yang mencari-cari tempat untuk memulakan hidup dengan kelulusan yang tidak seberapa. 

Dan mungkin juga kerana terlalu terdesak untuk hidup senang dengan jalan yang mudah, maka digadaikanlah maruah diri serta bangsa bagi menghambakan diri menjaga seorang BAPA CAUVINIS CINA yang pernah mengetuai gerakan MENYEMBELIH orang Melayu ketika 13 MEI 1969!

Itu pun Lim Kit Siang sudah merasakan cukup rugi. Sebab itulah disuanya HAMBA SAHAYAnya sebagai calon PRK di kawasan yang boleh dikatakan SELAMAT untuk DAP. Harapannya, kemenangan Dyana bakal menjimatkan kos bulanan yang terpaksa dibayar sebelum ini. Maklumlah, selepas jadi ahli parlimen DAP, Dyana bolehlah terus menjaga uncle Lim seperti biasa, tetapi kali ini dibayar dengan WANG RAKYAT!

Jadi, apa yang orang Teluk Intan hendak harapkan si DYANA ini lakukan untuk membela nasib mereka?!! Lebih buruk, jika dapat dibuktikan yang beliau pernah menyalah gunakan gelaran sebagai PEGUAM secara HARAM, silap-silap boleh PRK sekali lagi di Teluk Intan ini.

Daripada beri undi kepada penganggur yang menjadi boneka cauvinis, lebih baik buka sahaja iklan untuk mana-mana penganggur kehormat yang mahukan kerja segera agar mendaftar diri menjadi wakil rakyat secara temuduga.

Musa Hitam kecewa PAS gunakan namanya untuk tarik orang ramai ke Himpunan Memali..


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kecewa dengan sikap PAS yang menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

Musa berkata, tindakan PAS itu mengambarkan parti tersebut tidak percaya dengan kekuatan yang ada mereka hingga terpaksa menggunakan nama beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pemidato di program 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' Jumaat lepas. "Saya tak tahu menahu langsung atas soal ini. Tidak ada apa apa jemputan. Kalau ada pun pasti saya tak terima. "PAS nampak nya tak percaya daya penarik sendiri sehingga guna nama saya," katanya kepada Astro AWANI menerusi SMS.

Musa mendakwa sudah dua kali PAS menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu. "Sudah dua kali mereka guna nama saya sebegini. Dulu dalam Pilihan Raya Umum lepas dan sekarang nak menarik orang ramai ke majlis politik mereka. Hentikan lah amalan berbohong sebegini," katanya. Nama Musa pada awalnya disenaraikan sebagai salah seorang pemidato di program sempena memperingati peristiwa Memali namun disaat akhir dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak terlibat dalam program tersebut.

Sunday 11 May 2014

KANTOI: Mohamed Nabi Bux bukan Ahli PAS...penyokong PAS tersepit..


Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, cukup terkilan dengan sikap pimpinan dan penyokong Pas yang menuduhnya sebagai ahli UMNO. Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti tetapi jangan cuba menuduhnya sebagai ahli Umno hanya kerana mahu bertanding di Bukit gelugor. “Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno. “Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mungkin ada pihak beranggapannya sebagai ahli Umno kerana ada ahli parti itu yang mengikutkan pada hari berkenaan. “Mungkin yang ikut saya hari itu orang Umno, tapi saya tak kenal, itu bukan masalah saya. Saya bersumpah, sehingga hari ini, saya masih ahli Pas yang sah,” tegasnya.
Beliau turut bersedih apabila pemimpin tertinggi Pas sendiri menuduhnya bukan ahlinya sedangkan menyertai parti itu sejak 1998.

“Mungkin ahli Pas di negeri ini tidak kenal saya tetapi saya yakin, pemimpin tertinggi kenal saya. Saya masih tidak berubah wajah. Jika masih ada yang ragu-ragu lagi, mereka boleh rujuk kepada Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan. “Saya sangat terkilan dan dukacita dengan pemimpin tertinggi Pas yang sanggup memfitnah ahli sendiri semata-mata mahu menjaga hati beberapa orang pemimpin DAP. Saya tidak kisah jika mereka tidak mahu bantu saya, tetapi jangan tuduh saya macam-macam,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nabi Bux menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK Bukit Gelugor atas tiket Pas selepas mendaftar sebagai calon di pejabat SPR. Bagaimanapun, beliau mengakui belum meminta kebenaran dari pemimpin Pas Pusat berhubung perkara itu. Mengenai dakwaan itu, Mohamed Nabi Bux mencabar pemimpin Pas supaya membuktikan tindakannya yang ingin bertanding di PRK Bukit Gelugor itu melanggar mana-mana peraturan perlembagaan Pas. “Saya cabar kepada pemimpin yang tuduh saya, tunjukkan bukti yang saya ada melanggar mana-mana peraturan parti setelah saya daftar sebagai calon untuk bertanding.

Sijil keahlian Pas yang dibawa Mohamed Nabi Bux

“Terus terang saya katakan, jika bukan saya ahli Pas, mengapa ada tiga ahli Pas yang sudi bantu saya membayar deposit calon tempoh hari? Malah, ada seorang ahli Pas dari Kedah sudi bantu saya buat poster untuk berkempen. Mustahil mereka ahli Pas mahu bantu saya jika benar saya orang Umno,” katanya 

Apa benar kaum Cina DAP mahu keluar dari Malaysia ?


Selepas Teresa Kok membayangkan penghijrahan orang cina keluar dari Malaysia di sebabkan layanan tidak adil kerajaan BN dan orang Melayu terhadap mereka.
Kini tersebar pula dakwaan bahawa DAP akan membantu orang-orang cina meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara barat yang lebih baik dari Malaysia jika BN menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
Kenyataan itu di sebut melalui petikan dari majalah The Rocket yang di ketahui adalah milik DAP dan di khususkan untuk ahli-ahli DAP sahaja. Sebelum ini Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh dalam kenyataannya mendakwa Barisan Nasional serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca kesusahan masyarakat cina didalam negara ini. Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sengaja mengabaikan masyarakat cina di negara ini kerana segala dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah sama sekali tidak membantu masyarakat cina. Beliau juga berkata kerajaan BN serta Datuk Seri Najib tidak berlaku adil terhadap masyarakat cina dalam pentadbirannya. Kini perkara yang sama berlaku malah lebih hebat apabila melibatkan hebahan secara terang-terangan.
Chinese must MIGRATE ! Jika melihat kepada kenyataan di dalam The Rocket ini jelas DAP bukan sahaja cuba menghasut kaum cina tetapi sudah merangka perancangan untuk membawa serta menguruskan perpindahan beramai-ramai kaum cina keluar daripada Malaysia sekiranya Barisan Nasional menang dalam PRU ke-14 nanti. Dalam satu sudut DAP harus ingat bahawa ini merupakan satu cabaran yang seharusnya di kotakan malah banyak pihak kini bakal menantikan apakah yang akan di lakukan oleh DAP pada tiba masanya nanti. Apa benar kaum cina mahu keluar dari Malaysia ?

KALIMAH ALLAH: KRISTIAN INDONESIA PUN TOLAK PENGGUNAANNYA!



SHAH ALAM: Seorang sarjana agama samawi Indonesia Prof. Manahem Ali berkata, sebahagian penganut Kristian di republik itu kini menolak penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible kerana menganggapnya sebagai sembahan orang Islam. Pensyarah Universiti Airlangga, Surabaya itu berkata, malah ada juga kelompok Kristian yang mengharamkan terus penggunaan kalimah tersebut dari naskhah tersebut
"Di Indonesia lebih kejam menurut saya, ada kelompok Kristian yang mengharamkan nama Allah dalam kitab Injil kerana ia dianggap (mereka) berhala umat Islam," katanya dalam sidang media sempena “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Ketika mengulas isu yang timbul apabila istilah berkenaan turut digunakan dalam Bible di Malaysia, katanya, Bible berbahasa Melayu yang digunakan di Sarawak itu menggunakan kalimah “Allah” sebagai menggantikan istilah “Tuhan”, yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia.Sedangkan, jelas Manahem, teks asal Bible langsung tidak mengandungi kalimah “Allah”. Katanya, perkara itu boleh dilihat dalam teks Bible dalam bahasa Greek bagi golongan Kristian Ortodoks dan Protestan, Aramaik bagi Kristian Assyrian, dan bahasa Latin bagi penganut Roman Katolik.
"Kalau kita beranjak dari sisi bahasa sebetulnya tidak boleh (diguna bukan Muslim) kerana ia adalah istilah yang betul-betul berasal dari al-Quran, dan teks Perjanjian Baru (New Testament) tertulis dalam bahasa Greek dan tidak muncul kalimat 'Allah'. "Jadi kalau kita himpun semua sektor-sektor Kristian, mereka sepakat dalam satu kalimat iaitu teks Perjanjian Baru tidak muncul nama Allah," katanya.
Beliau berpegang pada pandangan bahawa pengunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah salah daripada segi bahasa.
Prof Manahem Ali.
Manahem memberitahu, kalimah “Allah” yang terdapat dalam Bible bahasa Melayu hari ini terpesong apabila digunakan sebagai nama umum untuk “tuhan” dan bukan sebagai kata ganti nama khas.
"Kalau mereka memahami Allah itu sama dengan Muslim, mungkin kita boleh terima tetapi mereka menyerongkan istilah itu sebagai kata nama umum seperti 'tuhan', 'dewa' dan lain-lain," katanya.Tambahnya lagi, sarjana bahasa di Indonesia sudah memaklumkan perkara itu kepada penerbit Bible berbahasa Indonesia iaitu Lembaga Alkitab Indonesia namun ia tidak diperbetulkan.
"Setahu saya scholar Indonesia sudah melayangkan surat kepada Lembaga Alkitab supaya meluruskannya secara gramatik. "Tetapi Lembaga Alkitab Indonesia tidak mengubah kepincangannya dan tetap menggunakan 'Allahku', 'Allahmu," katanya.
Komen kami:
Sendiri mau ingatlaaa...Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan pun dah tolak rayuan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan Gereja Khatolik untuk guna kalimah Allah...tu pun mereka nak bising-bising lagi. Kalimah Allah mau tapi hudud tolak...aparaa! 

Link Berkaitan:

7. http://mymassa.blogspot.com/2014/01/kalimah-allah-siapa-yang-keliru-celaru.html

RAMKARPAL PEMILIK SYARIKAT AH LONG HISAP DARAH ORANG MISKIN, HIKPORIT DAP!


Calon DAP di Bukit Geluqor adalah `Ah Long Singh' yang memeras ugut wang peminjam sedahsyat-dahsyatnya.Ram Karpal Sigh adalah Owner TRS Resource Sdn Bhd syarikat peminjam wang. Bayangkanlah anda terhimpit terpaksa meminjam wang RM1,000 dan anda terpaksa membayar semula pinjaman tersebut sehingga 20 kali ganda menjadi RM20,000 jika anda lewat membayarnya. Jika tidak membayarnya, anda akan disiksa, dimalukan, dikurung, diugut malah dibunuh macam dalam media dan TV tu lah. Sikap hipokrit DAP dan pemimpinnya seperti Ramkarpal memang hikpokrit memeras darah dan keringat orang susah. Orang Bukit Gelugor mesti sedar. Semalam dia bela pembunuh Tan Ching Chin, sekarang dia peras duit orang susah.

Dalam kes Teoh Beng Hock semua mereka Karpal, anak-anak Karpal, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng semua tiada prinsip. Mereka tidak beza dengan pelacur politik kelas ketiga. Mereka pura-pura tunjuk bela Teoh Beng Hock untuk tunjuk perimanusia konon walhal mereka menindas memeras orang-orang miskin lagi ramai. 

Mereka tahu Teoh Beng Hock bunuh diri tapi mereka sengaja bela supaya kes itu berpanjangan supaya orang simpati dan bangga kepada mereka, walhal tujuan mereka nak undi Cina saja. Orang Cina kena sedarlah jangan asyik ditipu. Kasihan keluarga Tan Ching Chin anaknya dibunuh tidak dibela DAP, sebaliknya si pembunuhyang dibela????

ANWAR LARI KE LUAR NEGARA!!!!!! PILHANRAYA PKR MACAM HANTU MELOLONG BERANTAKAN

  
Di Sepang - Enam peti undi di pusat pemilihan PKR Cabang Sepang terpaksa dibawa ke PKR pusat untuk kiraan semula. Perkara itu berlaku disebabkan terdapat bantahan daripada calon bertanding berhubung pengiraan yang dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. Hanya 946 pengundi daripada 5,851 ahli PKR cabang Sepang keluar mengundi bagi memilih pemimpin di kawasan tersebut.

Di Gombak - Ada orang bagaikan hantu nak menendang. Tindakan calon Ahli Jawatankuasa Cabang Gombak dan beberapa petugas membantu ahli memangkah undi dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menimbulkan kekecohan sehingga berlaku pergaduhan dan perang mulut di pusat mengundi.

Rentetan kejadian itu menyebabkan seorang ahli naik berang dan cuba menendang peti undi bagi membolehkan pembatalan dibuat dan pemilihan dijalankan semula.

Keadaan itu mencetuskan suasana tegang antara penyokong-penyokong calon dan petugas lain yang mempertikai ketelusan perjalanan proses membuang undi yang dijalankan di Kompleks Muhibbah, Gombak di sini hari ini.


Di Kota  Raja - Malaysakini melaporkan  Antara yang terlibat adalah cabang Kota Raja susulan kejadian melibatkan satu peti undi yang didakwa “dipecahkan” yang menyebabkan satu pergelutan berlaku.

Penyandang ketua cabang tersebut Dr Xavier Jayakumar mendakwa seorang lelaki cuba merampas peti undi tersebut dan menghempaskannya ke lantai menyebabkan kertas undi bertaburan. "Satu pergelutan berlaku tetapi tiada kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kejadian tersebut belaku pada kira-kira jam 4 petang selepas lebih 1,000 anggota cabang tersebut menunaikan tanggungjawab mereka di sebuah pusat komuniti di Klang. Proses pengundian yang sepatutnya berakhir pada jam 5 petang digantung selepas kejadian itu.

"Sangat sedih sekali kerana perkara ini berlaku... Kami akan membuat laporan pada jawatankuasa pemilihan,” katanya. Xavier yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya menegaskan, individu didakwa menghempaskan peti undi tersebut bukan seorang penyokongnya.

Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku dalam cabang PKPR Kota Raja semasa pemilihan kali ini. Anggota cabang tersebut didakwa membaling kerusi ke arah satu sama lain semasa parti itu mula memperkenalkan sistem pemilihan baru pada tahun 2010.

MASA UNTUK SPR PULA KETAWAKAN  ANWAR
Di Kuala Selangor - Dibatalkan kerana Penipuan

Di Sabak Bernam - Dibatalkan kerana tidak telus dan penipuan

Di Hulu Langat - Dibatalkan Tipu Menipu

Di Klang - Dibatalkan Tidak telus dan  menipu

Di Subang - Dibatalkan kerana Menipu

Di Sungai Besar - Dibatalkan Tipu Menipu


Di Sarawak dan di negeri-negeri lain aktiviti tipu-menipu, bayar-membayar undi, sogok-menyogok, aktiviti baling peti undi, aktiviti tendang-menendang jadi bahan ketawa DAP dan rakyat.

Dan paling hebat dalam sejarah Undi Dikira Dalam Bilik Hotel !

Sunday 4 May 2014

PKR Pilih Samseng Hancurkan Parti Sendiri


Kata Dulang Paku Serpih , Mengata Orang Dia Yang Lebih ! Rasanya peribahasa itu amat sesuai sekali dengan parti PKR yang kini sedang bergelut dengan proses pemilihan partinya.Kebanyakkan proses pemilihan yang di jalankan di peringkat cabang parti tersebut jelas mengundang pergaduhan ala-ala samseng memandangkan berlakunya ketiadakadilan mahupun cubaan untuk menipu undi.
Entah di mana silapnya , parti PKR yang bukan sehari dua di tubuhkan ini bukan sahaja mendapat malu besar tetapi turut menjatuhkan air muka pemimpin tertinggi PKR sendiri apabila satu persatu kepincangan timbul menjadi tatapan rakyat seluruh Malaysia.

Menjadi cerita lucu apabila parti yang mengaku adil ini tidak menunjukkan ciri-ciri keadilan seperti mana yang di laung-laungkan oleh pimpinannya sebelum ini.Anwar Ibrahim selaku ketua umum parti seharusnya mengaku bahawa PKR bukanlah sehebat mana malah sejak beberapa tahun sebelum ini proses pemilihan dalam PKR tidak pernah sunyi daripada adegan penuh aksi ala-ala Jackie Chan. Di mana kredibiliti dan integriti yang sering di laung-laungkan oleh para pemimpin dan penyokong PKR selama ini ? Tindakan menyalahkan pihak kerajaan dan UMNO selama ini akhirnya memakan diri sendiri. Malahan penyokong PKR seharusnya mengaku bahawa parti yang mereka sokong itu bukanlah seperti mana yang di war-warkan. Jika sebelum ini PKR menjadi peneraju kepada tuduhan liar kononnya proses pengundian yang di jalankan oleh SPR sewaktu PRU13 yang lalu sebagai tidak telus dan penuh dengan penipuan kini segala tuduhan tersebut tertuding kepada diri sendiri. Di mana pemimpin PKR tatkala aksi ala samseng penyokong sendiri ini mengambil tempat di setiap mesyuarat yang di jalankan ?

Memetik laporan daripada utusan online , Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula.
Di Pulau Pinang, pemilihan di Cabang Nibong Tebal diisytiharkan tidak sah dan batal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam perlumbaan tiga penjuru untuk merebut jawatan Pengerusi negeri.
Walaupun bilangan pengundi berdaftar untuk mengundi hari ini adalah 672, Jawatankuasa Pemilihan terkejut apabila mendapati sejumlah 838 kertas undi dikumpul pada akhir proses pengundian yang berlangsung di Dewan JKKK Simpang Tiga tersebut. Dalam pada itu, proses pengun­dian di Balik Pulau yang pada awalnya kelihatan tenang bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong. “Tindakan seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.

Rakyat perlu berhati-hati kerana PKR bukan sahaja gagal mendidik ahlinya tetapi turut menjadi parti tangkap muat tanpa melakukan sebarang kaji selidik tentang keahliannya.Seperti semua sedia maklum PKR di anggotai oleh mereka yang kebanyakkannya kecewa dalam UMNO kerana kepentingan diri dan sebahagiannya pula adalah samseng-samseng politik ! Dalam masa yang sama apakah kerana kepentingan politik PKR langsung tidak menitik beratkan soal keahliannya dengan memilih samseng sebagai ahli ?
Insiden-insiden yang berlaku itu menjadi bukti betapa PKR bukanlah parti yang mampu menjadi pembela untuk rakyat. Jika sesama sendiri pun mereka boleh menipu bayangkan apa yang mampu di lakukan oleh mereka sekiranya memerintah negara ?. Dipetik dari UtaraNews.com