Di
PDM Kantan Permai, seorang individu yang dikenali sebagai Dollah Tek,
telah dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap
fenomena perpecahan umat Islam di Kajang khususnya. Dikenali ramai
sebagai seorang
yang sangat angkuh, sombong dan tidak bercampur dengan masyarakat,
tidak ramai yang menyedari hakikat bahawa beliaulah yang menjadi pencatur politik pakatan di Hulu Langat.
Semuanya bermula apabila beliau mengambil
kesempatan daripada isu pemecatan Anwar Ibrahim tahun 1998 untuk
menghidupkan pengaruh pembangkang di Hulu Langat yang sedia layu ketika
itu. Beliaulah yang bertanggung jawab menghasut ramai ahli pengasas UMNO
di Kajang untuk keluar parti dan menyertai pakatan pembangkang ketika
itu. Sehinggakan pernah satu ketika, UMNO Jenaris sendiri hampir lumpuh
kerana semua pengasasnya keluar parti.
Beliaulah
punca masyarakat berpecah-belah di Hulu Langat. Jika negara ada Abang
Non sebagai Dajjal penghancur ummah, maka Kajang ada Dollah Tek sebagai
ranting Dajjal. Yang peliknya, walaupun
tiada seorang menyukai Dollah Tek (termasuklah ahli parti pakatan
pambangkang sendiri), namun mereka terpaksa juga mengikut kerana
pengaruhnya dalam pakatan pembangkang di Hulu Langat
Ini
adalah kerana beliau juga dipercayai orang yang menentukan hidup nasib
dan masa depan karier politik ahli parlimen Hulu Langat kini. Percaya
atau tidak, itulah hakikatnya. Seorang genius Nuklear yang telurnya
digenggam oleh boneka Anwar Ibrahim.
Maka
tidak peliklah, jika secara tiba-tiba, MP Hulu Langat ini boleh berubah
fikiran dalam tempoh 24 jam menjadi penentang Lynas pula!
Dollah
Tek juga berjaya mengkayakan dirinya hanya dalam tempoh tidak sampai
LIMA tahun pakatan pembangkang menguasai Selangor! Beliau dilihat
semakin kaya dan mewah dan mampu untuk mereformasi kediaman
sendiri dari jenis sederhana kepada yang mewah dengan bantuan kelulusan
segera dari rakan-rakan ahli majlis pakatan pembangkang.
Lagi
pun rumah beliau memang disediakan sebagai hub program fitnah dan
'istana hinggap' para pemimpin pakatan pembangkang, ketika mana seorang
pun jiran-jirannya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah
mewahnya!
Sudah
tentu anda tertanya bagaimana ini semua boleh berlaku? Mudah sahaja
sifirnya, Dollah Tek ini menguasai pembahagian projek kepada kroni
pakatan pembangkang di seluruh Hulu Langat dengan cara memegang 5-6 lesen kelas F menggunakan nama penduduk tempatan bagi tujuan untuk mengaut semua projek PBT!
Titik
perpecahan masyarakat semakin memburuk apabila lantikan ajk surau telah
dijalankan secara tidak telus kerana kaedah pemilihan adalah ditentukan
oleh Dollah Tek dan konco-konconya. Mereka telah mengatur untuk
mengadakan mesyuarat pemilihan bagi memastikan semua pengikutnya dapat
menguasai rumah ibadat tersebut secara politik.
Musibahnya,
semua program keagamaan, projek dan hala tuju rumah Allah kini
tertakluk kepada ehsan konco-konco Dollah Tek. Dan ini telah
mengakibatkan ramai jemaah
dan orang yang warak yang mahu ke surau untuk tujuan ibadah
semata-mata, dipaksa mengikuti program politik pakatan pembangkang, dan
mulai menjauhi rumah ibadat tersebut.
Tahukah
anda, Surau Jenaris, surau yang dikuasai oleh konco-konco Dollah Tek
ini juga, merupakan antara TOP 5 rumah ibadat di Selangor yang dikenal
pasti oleh MAIS sebagai paling teruk berpolitik?!!
Adakah
ini bentuk NEGERI BERKEBAJIKAN yang pakatan pembangkang maksudkan?!!
Kembalikanlah hak untuk beribadat secara khusyuk kepada masyarakat
setempat. There's more to LIFE than politics.
No comments:
Post a Comment