Tuesday 29 September 2015

10 Bukti DAP Anti Islam




Tindakan DAP negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah memang sudah keterlaluan dan melampaui batasan kesabaran umat Islam. Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu datangnya dari seorang Islam yang cukup taksub dengan ideologi DAP menyesatkan. Lihat gambar bagaimana susunan kedudukan dua orang Islam yang diapit oleh puak-puak parti yang cukup rasis terhadap umat dan agama Islam.

Khatib menyelar sikap orang Islam yang berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang anti Islam. Mengapa perlu DAP melenting? Adakah parti roket itu merasa pedasnya?

1: Isu DAP vs Islam bukan sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi DAP sudah bertelagah dengan sesiapa jua yang cuba memperjuangkan Islam. Jika mahu melihat yang popular dan terkini, lihatlah apa terjadi pada hubungan parti Islam PAS dengan DAP. Selepas PAS ditendang keluar, DAP semakin naik tocang.
Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

2: prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Jelaslah tindakan biadap DAP ini seperti cuba memusuhi umat Islam. Apa pula yang akan dimusuhi DAP selepas menyaman ucapan khutbah hari raya Aidiladha ini? Adakah umat Islam Malaysia mahu parti roket DAP persoalkan setiap teks ucapan khutbah termasuk khutbah jumaat? Di mana maruah kita?
Sampai tahap mana umat Islam Malaysia mahu membiarkan DAP terus masuk campur? Belum memerintah sudah begini, jangan sampai nanti isi ucapan khutbah juga ditulis oleh DAP, pasti janggal melihat khatib mimbar menyokong segala bentuk kebebasan termasuk LGBT.

1 juta Bukan Melayu diberikan kerakyatan tanpa diproses?


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir menyarankan agar diadakan Suruhanjaya Khas RCI mengkaji 1 juta kerakyataan yang diberikan kepada Bukan Melayu sebagai pra-Kemerdekaan oleh Ketua Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra ialah bukti bahawa orang Melayu ‘murah hati’ bersedia untuk berkongsi tanahair mereka dengan mereka yang dianggap ‘orang asing’ dan ‘tidak berkerakyatan’ (Stateless Persons).

Hakikatnya, Bukan Melayu seperti orang Cina dan India adalah immigran ekonomi apabila keperluan mendapatkan buruh dan tenaga-kerja bagi lombong lombong bijih timah, ladang ladang getah dan projek pembikinan infrastruktur seperti jalan jalan raya, jambatan dan landasan keretapi giat diusahakan oleh British demi menyokong aktiviti ekonomi dan perdagangan mereka di Tanah Melayu bermula suku terakhir abad ke 19. Revolusi perindustrian di Britain juga meningkatkan permintaan bahan bahan mentah seperti bijih timah dan getah dan secara automatiknya merancakkan proses migrasi buruh.

Kelomok kelompok masyarakat Bukan Melayu mula ujud dan sistem sokongan juga mula bercambah. Ujudnya sistem sekolah vernakular adalah untuk memberikan masyarakat immigran ini sistem pelajaran yang hampir sama dengan negara asal mereka.

Demonstrasi menentang Malayan Union

Selepas Peperangan Dunia Kedua tamat, Whitehall mengistiharkan Tanah Melayu sebagai Malayan Union dan Parlimen British di Westminister Palace meluluskanya. Kuasa kuasa DYMM Raja Raja Melayu disingkirkan sama sekali. Ini mengakibat orang orang Melayu secara menyeluruh tidak puas hati dan mula membantah. Bantahan bantahan ini dibuat oleh pelbagai pihak, biasanya melalui NGO NGO Melayu yang ditubuhkan dan sediada dan makin rancak.

NGO-NGO Melayu ini disatukan dan digabungkan. Pada 11 Mei 1946 dalam Kongress Melayu Kedua yang dianjurkan di Istana Besar, Johor Bahru dan perkenan DYMM Sultan Johor, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah lahir. UMNO sebagai organisasi yang berjaya mengbungkan suara orang Melayu secara menyeluruh mula mendesak DYMM Raja Raja Melayu untuk menolak Malayan Union.

Perundingan antara Raja Raja Melayu, wakil UMNO dan Pesuruhjaya British di King's House 20 Nov 1946

Perundingan antara Raja Raja Melayu, wakil UMNO dan Pesuruhjaya British di King’s House 20 Nov 1946

Maka berlaku siri perundingan antara pihak British dengan DYMM Raja Raja Melayu dan UMNO bermula April 1946, dimana konsep, struktur dan jurisduksi Malayan Union ditolak dan tidak diterima sama sekali. Maka Malayan Union dibubarkan. Pada persidangan 27 Julai 1946, Raja Raja Melayu dan UMNO menolak apa apa keputusan mengenai bentuk Tanah Melayu diputuskan oleh Whitehall dan Wesminster Palace. Perundingan dengan British ini diteruskan sehingga dirangka dan persetujuan baru dimeterai.
Walaubagaimanapun draf perjanjian baru ini ditolak oleh golongan radikal Melayu. Mereka bergabung dengan kumpulan berhaluan kiri dan Parti Kominis Malaya dan menubuhkan PUTERA-AMCJA untuk menentang UMNO dan mengemukan draf Perlembagaan Rakyat 1947. Namun British telah menolak cadangan ini.

 DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai 21Jan 1948
DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King’s House pada  21Jan 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditanda tangani pada 21 Januari 1948 antara British dan Raja Raja Melayu dan UMNO dan Menteri Menteri Besar ialah saksi perjanjian ini mewakili rakyat. Ianya mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.

Maka Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 hasil dari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini. Ianya memberi takrifan persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi British, kuasa kuasa memerintah, Majlis Mesyuarat Undangan, penggubalan undang undang, Majlis Raja Raja Negeri Melayu, Mahkamah, Negeri Negeri Melayu, Negeri Negeri Selat, kewangan dan paling penting, Kerakyatan Persekutuan.
Dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini jelas mengariskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu merupakan rakyat Raja Raja Melayu dan orang Melayu. Ianya juga menggariskan hak Bukan Melayu untuk memohon sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Sambungan Artkel 12
Sambungan Artkel 12

Majoriti Bukan Melayu yang berada di Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an tidak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan mereka juga bukan warga rakyat yang diiktiraf oleh Britain. Pada masa itu, India telah merdeka dari Britain sebagai negara sistem demokrasi dan negara Cina telah menjadi Republik Rakyat Cina, iaitu sebuah negara kominis. Taraf mereka ialah golongan yang tidak berkerakyatan (Stateless Persons).

Pilihanraya Mesyuarat Perundangan pada 1955 menyaksikan Parti Perikatan, kerjasama yang berjaya dijana antara UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC mewakili orang India bertanding disemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Pengagihan kerusi ialah UMNO 35, MCA 15 dan MIC 2. Ini memperlihatkan kesediaan orang Melayu ‘mengala’ dan berkongsi kuasa kerana hak politik hampir berada mutlak ditangan orang Melayu apabila 84% dari 1.6 juta pengundi berdaftar dan layak mengundi ialah orang Melayu.
Kerjasama ini adalah bukti orang Melayu tidak tamak dan membolot sepenuhnya kuasa tetapi bersedia ‘berkongsi’ dengan Bukan Melayu.
84% dari pengundi berdaftar semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu
84% dari pengundi berdaftar dan layak mengundi semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu

Selepas pilihanraya pertama bagi memilih wakil wakil ke Majlis Mesyuarat Perundangan pada 1955, Parti Perikatan yang memennangi 51 dari 52 kerusi dipertandingkan diundang menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Presiden UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri. Dalam perundingan dengan Britain bagi mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya sebagai negara berdaulat, isu  kerakyatan mereka yang ‘tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini timbul.

Tunku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima terus 980,00 Bukan Melayu yang diiktiraf sebagai `tidak berkerakyataan' sebagai warganegara dan diberi taraf hak sebagai rakyat. Persekutuan Tanah Melayu. Tiada proses untuk mengkaji permohonan setiap mereka ini dan saringan dibuat menurut undang undang yang berkuat kuasa ketika itu iaitu sebagaimana dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Ini bermakna samada mereka memenuhi syarat sebagai layak untuk memohon dan ditimbangkan untuk menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu itu tidak berlaku.

Golongan ‘Tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini bukan sahaja mendapat kerakyatan, mereka juga secara automatiknya mendapat kuasa memerintah melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Sebelum datang penjajah, tanahair ini diperintah oleh Raja Raja Melayu. Secara tidak langsung, hak kerakyatan memberikan gologan Bukan Melayu kuasa yang dahulunya hak mutlak Raja Raja Melayu.

Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO dan Pesuruhjaya British
Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO (mewakili rakyat baginda Tuanku) dan Pesuruhjaya British

Desakan Presiden UMNO V itu ada meritnya kerana warga Malaysia hari ini, terutama dikalangan Bukan Melayu yang lewat ini membangkitkan begitu banyak isu isu sensitif mengenai orang Melayu walaupun diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perlu sedar asal usul mereka sebenar ada yang tidak layak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu semasa Kemerdekaan dicapai.
Walaupun kerakyatan yang diberikan secara enbloc itu tidak praktikal untuk ditarik semula, setidak tidaknya anak cucu mereka yang menikmati kehidupan dalam keadaan aman, makmur, sejahtera dan dibukan pintu peluang sepanjang hampir enam puluh tahun ini dengan hak sepenuhnya sebagai warganegara sedar semua ini datang kerana ehsan Raja Raja dan orang Melayu.

Golongan Bukan Melayu yang mejadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja ada hak penuh, mereka bebas mengekalkan identiti, budaya, bahasa dan adat resam mereka, disamping bebas untuk melakukan apa apa aktiviti ekonomi termasuk berniaga dan mengumpulkan harta. Ada antara pula mereka mendapat kemudahan memohon tanah dari kerajaan dan mendapat pengecualian cukai tertentu apabila menjalankan perniagaan.

Adalah amat tidak sopan untuk mereka yang suatu masa dahulu menumpang sebagai immigran ekonomi, kini berusaha sistematik dalam pelabagai cara dan keadaan untuk melakukan provokasi, menghina, menyakitkan perasaan, dan menyingkirkan ‘tuan rumah’ yang telah pun menunjukan murah hari, toleransi dan kesediaan berkongsi tanahair mereka tanpa sebarang pra-syarat, apatah lagi meminta apa apa.
Sejarah telah membuktikan sikap kompromi dan toleransi orang Melayu merupakan asas terpenting negara ini lahir ditanahair nusantara ini.

Monday 28 September 2015

SEJARAH AKAN BERULANG... 13 MAY 1969?


Pesanan Kata-kata Almarhum  Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dalam  bukunya "13 Mei, Sebelum dan Selepas"….untuk renungan Anak Bangsa…!!!!
13 May 1969 :“Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan kepada orang Melayu dalam masa berkempen bahawa orang Melayu sendirilah yang boleh Menjahanamkan Kaumnya (1). Pakatan yang dibuat antara DAP + GERAKAN + PAS telah mendatangkan kemenangan kepada parti-parti  Bukan Melayu dengan memperoleh Kekuatan Politik yang mereka belum pernah kecapi pada masa yang lepas.
Kekalahan kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak sekali-kali mendatangkan keuntungan kepada orang Melayu dalam PAS. Mungkin mereka gembira dengan kekalahan PERIKATAN di kawasan-kawasan tersebut, tetapi kejadian ini terus berlaku, Apakah harapan kita untuk masa hadapan?”

9 July 2011 : Dan Aku Pewaris Wasiat Ulangi dan meng Sahih kan akan Kata-kata Tunku dan Sejarah Pahit pasti akan berulang lagi akibat gabungan DAP + PAS + PKR dan perbuatan  Penjahanam Kaum Melayu (1)


Sejarah Peristiwa 13 May 1969

Diberitakan Orang Melayu dan Cina saling berbunuhan. Orang yg sedang menonton wayang dibakar hidup2, rumah-rumah dibakar, kereta yg lalu lalang ditahan dan diheret keluar org didalamnya dibunuh dan dibakar keretanya dan juga cerita Parang Terbang......wallahwaalam

13 May 1969
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. MasyarakatCina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
1) Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.

2) Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 May 1969.
3) Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 May. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .

4) Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
5) PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf Bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

6) Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang .

Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
7) Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
9) Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Isu Bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
10) Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail .

11) Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 May 1970.
12) Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.
Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.
13) Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.
Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu".
14) Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan .

15) Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 May 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 May ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.
16) Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

Tuesday 15 September 2015

Orang Vietnam Pun Benci Dengan Orang Cina.


Jika di Malaysia keresahan orang Melayu terhadap tindak tanduk orang cina yang telah menjadi warga negara melalui amalan "quid pro quo"  sentiasa tidak henti dan berpanjangan kerana kaum yang mendapat kewarganegaraan secara jus soley ini ada sahaja kehendak dan kemahuan nya yang agak melampaui batas.

Matlamat mereka lebih berjaya apabila ada antara kaum melayu pula yang sanggup menjadi  barua kepada kehendak mereka kerana mahu menumpang undi dari kaum cina ini.

Akibat kehendak yang pelbagai dan non-stop ini maka ujud lah ungkapan popular  "Apa lagi orang cina mahu?" Kerana setelah macam macam kehendak mereka telah di layan mereka tidak membalas nya dengan kebaikan malah menambah kan tuntutan dan provokasi.

Jika masalah dengan orang cina ini kita sangka hanya ujud di Malaysia, maka ianya satu anggapan yang tersilap kerana baru baru ini kebencian terhadap orang cina sampai kemuncak nya disebuah negara rantau Asean ia itu Vietnam.



"Unrest" dan kekacauan yang berskala besar telah tercetus di negara ini dengan melibat banyak nyawa. Walaupun ada nyawa warga negara Vietnam terbabit , namun nyawa warga cina paling ramai terkorban. Sehingga waktu di tulis ini seramai 21 orang telah terkorban. Di wilayah Ha Thin sahaja 6 warga Vietnam dan 15 warga cina maut dalam pergaduhan ini.





Jika hendak dikata kan orang Vietnam ini membenci warga cina dari negara cina ianya amat tersasar, kerana warga cina dari semua negara termasuk Hong Kong, Taiwan dan juga negara kita Malaysia turut jadi sasaran. Kilang kilang dan perniagaan milik warga cina dari negara kita juga turut di serang, Pendek kata apa sahaja berbau cina akan di serang. Vietnam kini kawasan tidak selamat bagi kaum cina tidak kira dari negara mana pun asal nya. Hanoi dan bandar Ho  Chi Minh juga bergolak dimana ribuan penduduk Vietnam keluar ke jalan raya menunjukan kemarahan mereka kepada orang berbangsa cina. Kawasan perindustrian Binh Duong juga turut dilanda amokan rakyat Vietnam terhadap orang Cina, malah boleh dikatakan kawasan paling teruk terjejas akibat ratusan kilang yang disyaki milik orang cina dibakar. Boleh dikata kan industri di Vietnam sudah hampir lumpuh. warga cina selain lari mengikuti penerbangan, ratusan juga turut lari ikut  laluan darat melintasi sempadan.

Jika kita sangka kemarahan hanya berlaku didarat, ini ada lah meleset , nun di lautan juga turut dilimpahi kebencian oleh Vietnam kepada negara cina.

Kita boleh rujuk laporan Al Jazeera -"A standoff between Chinese and Vietnamese ships near the Paracel Islands, as Beijing controversially relocated a deep-water oil rig into territory also claimed by Hanoi, had already heightened tensions this week as the annual Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) summit convened on Sunday."



Maka sah lah kebencian terhadap  negara cina dan warga cina telah turut melimpah sehingga ke laut. Orang cina di Malaysia seharus nya  sedar dengan kelakuan mereka yang agresif dan melampaui batas, cuma mereka bernasib baik sehingga kini ada antara warga melayu yang turut menyokong mereka. Kerana pada tahun 1969, ketika tercetus nya peristiwa 13 Mei ada lah akibat sikap kurang ajar warga cina kepada penduduk asal negara ini dan ketika itu belum ada pihak melayu yang membela orang cina seperti apa yang terjadi sekarang ini. Malah di Indonesia juga turut terjadi peristiwa yang mengorbankan ramai nyawa warga cina kerana rakyat tempatan tidak berpuas hati dengan rakyat etnik cina.




Kita boleh merujuk pada laporan ini -
UNREST IN INDONESIA: THE CHINESE; The Target Of Violence In a Time Of Wrath By MARK LANDLER Published: May 16, 1998
They huddled in hotel lobbies, trying to book plane reservations. They stood on street corners, pleading with taxi drivers to take them to the airport. Those who could not flee cowered in their shops, peering out of corrugated metal barriers at a city that had turned on them once again. For the ethnic Chinese, Jakarta has become deadly ground. Bagi warga cina, Jakarta ada lah kawasan maut untuk mereka. Orang cina harus sedar, siapa mereka. Ketika Pengerusi ISMA mengata kan bahawa orang cina ada lah penceroboh, ia mendatang kan kemarahan orang cina, namun apa yang dikata kan nya ada lah berdasar kan fakta.

Jika orang cina tidak melampaui batas dan masih menghormati  kontrek sosial dan tidak menguna kan badut dari kaum melayu mewakili kehendak mereka tentu negara akan berada dalam keadaan aman dan damai, jika tidak, tentu ia menjemput tindak balas dari kaum melayu. Biar lah peristiwa yang sedang berlaku di Vietnam menjadi pengajaran kepada warga cina, apabla ia berlaku orang tidak lagi mengecam orang cina dari negara mana, sebalik nya siapa sahaja berwajah cina pasti akan menjadi mangsa serangan. Kini lihat sahaja pada asal nya orang cina dari negara cina yang dianggap musuh , tetapi semua orang cina baik dari Singapura, Taiwan, Hong Kong dan kini Malaysia tetap akan di serang.