Monday 25 February 2013

Manifesto mahu patuk rakyat!!!

Semalam, Pakatan Rakyat sudah keluarkan manifesto  bagi menghadapi PRU13, sesuatu yang  tidak langsung mengejutan sesiapa! Manifesto baru tetapi  tidak akan membawa sebarang HARAPAN BARU  kepada seluruh rakyat, tidak lebih sekadar tawaran-tawaran kosong bagi meraih sokongan dan keyakinan pengundi dalam PRU13. 

Bagi pemimpin pembangkang, paling mudah bagi mereka mengeluarkan manifesto tetapi  bila sampai masanya janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan madu, bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.  Sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.  

Selepas 5 tahun memerintah di negeri-negeri yang ditawannya,  pembangkang tidak langsung dapat membela kebajikan rakyat khususnya orang Melayu  malah akidah umat Islam dipergadaikan sewenang-wenangnya. Bagi pembangkang, inilah masanya melacurkan apa sahaja bagi menuju Putrajaya! Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja, beri bulan, bintang dan matahari. Yang pasti,  rakyat tidak akan terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat. Apakah rakyat rela dipatuk `ULAR' ciptaan pembangkang bagi kali kedua di lubang yang sama!





Sunday 24 February 2013

Gambar Yang Perlu Dihayati......

Bergambar bersama pembela komunis Malaya, Mat Sabun.....

Gambar Warisan Barisan Penyanggak, Pembelit dan Penipu (BPPP) bersama pembela komunis Malaya yang harus dikenali oleh semua warga dan bekas tentera malah rakyat! Barisan ciptaan Pakatan Rakyat yang rela berkorban apa sahaja biarpun akidah asalkan dapat imbuhan peribadi. Golongan ini dibutakan dan telah dicairkan oleh PR

BPPP akan digerakan ke serata pelusuk menjadi `jurucakap rasmi' kononnya mahu pembela kebajikan warga dan bekas tentera, walaupun semua tahu sebutir beras pun Anwar, Mat Sabun, Rafizi dan kumpulannya tidak terdetik dihatinya menghulurkan, apatah lagi sebidang tanah dan rumah!

PR jelas tidak lagi dapat menyembunyikan gelodak rasa takut amat sangat terhadap kesungguhan kerajaan membela nasib dan kebajikan warga dan bekas tentera secara berterusan yang tidak tidak memihak kepada PR dan BPPP -- tindakan BPPP tidak lebih daripada sampah sarap! Bukan saja, PR bagaikan cacing kepanasan dan tidak betah duduk diam.


Wednesday 20 February 2013

TUAN HAJI `PAKAI' BENDERA DAP..


Tidaklah menjadi kehairanan kalau orang Islam `pakai' bendera PAS ke atau UMNO ke.

Perhimpunan KL112 atau Samsidar sebaliknya pula berlaku, orang Melayu dan `haji' mengantung bendera DAP di lehernya yang menandakan kebanggaan dan menyokong DAP.

Kenapa ini terjadi: orang Melayu terus `dibutakan dan ditulikan' oleh pemimpin PR khususnya pemimpin Ulama PAS dan Anwar Ibrahim walaupun pelbagai isu melanda umat Islam dan Melayu. Benarkah kenyataan Dr Mahathir `Melayu Mudah Lupa'!.

Tidakah mereka ketahui DAPlah MUSUH dalam selimut!. Umat Islam Malaysia sepatutnya menyedari bahawa DAP dalang segala isu dibelakang 


Isu mengantung bendera dileher oleh orang Islam mungkin `dilihat' ringan dan tak akan membawa apa-apa kesan kepada mereka. Walaupun TGNA telah mengubah kenyataannya mengenai larangan bagi pengunaan Kalimah ALLAH dalam Bible, ia tetap dilihat sekadar cuba `mententeramkan penyokongnya' sedangkan Presidennya hilang entah kemana dan terus `menutup mulut'. Kakikatnya, DAP berjaya mengucarkacirkan Melayu hanya kerana Kalimah ALLAH dan hampir memesongkan `Ulama Pewaris Nabi' agar menyesatkan umat Islam.

Sebelum ini pun, pelbagai kaedah seperti larangan laungan azan di Pulau Pinang hampir disekat kerana dikatakan `menganggu tidor' kalangan warga DAP  di waktu subuh, mengaggihkan daging korban di kalangan orang Islam,  memberi ceramah di masjid atas alasan memberi derma, mahu membuang tulisan jawi dan sebagainya masih ada Melayu yang mengantungkan bendera di lehernya!


Jika pempertikaikan mengenai Melayu rela mengadai maruahnya kerana DAP, ianya tidak menjadi soal besar kepada penyokong tegar PR asalkan mereka berjaya menonjolkan sikap `kemarahan dan kebencian' terhadap  kaum Melayu dan pemimpin Melayu (UMNO). Yang untung adalah DAP keana berjaya melakukannya tanpa `dilihat kelibat' LGE, KS dan DAP sendiri. Kalaulah pemilihan CEC pun, hanya Zairil, Melayu seseorang sahaja  yang `berjaya' meletakkan dirinya dalam kelompok CEC setelah melalui jalan ranjau yang berbelit, manipulasi dalaman dan `bantuan LGE', tetap ada kalangan Melayu menjanjungi perjuangan DAP.


menyebut sahaja sejarah hitam, 13 Mei, ramaitak ramai yg bersetuju mungkin ramai yg terus sebagai menghargai `jasa' dan pengorbanan DAP terhadap bangsa Melayu dan Islam.







 

KERABAT - KALAH SORAK KALAH SEMUANYA


Dengarnya KERABAT di bawah pimpinan Mohd Nazari Mokhtar (Bekas tentera Lt Kol) mahu buat himpunan kebangkitan tentera!  Himpunan yang dikatakan akan disertai oleh Hj Hadi Awang, Mat Sabun dan ramai lagi `pejuang' Kalimah ALLAH kepada bukan Islam.

Teringat lagi, himpunan sama telah diadakan di Serdang Okt 2011. Melihat persiapannya bagaikan nak rak, ribuan dibelanjakan tapi yang hadir sekadar 100-150 orang, stadium lengang, begitu pun Anwar mengetahui, tidak mahu dimalukan, diperangkap kerana sambutan yang sangat dingin. Hadirin dijanjikan pelbagai habuan namun setelah hampir setahun, janji tetap janji hampeh, penipu at a highest degree! Apapun, Nazari tidak pernah sedar bahawa kalangan majoriti bekas tentera telah muak, meloya dengan tindak tanduknya. Nazari sedaya upaya meracuni pemikiran dan  menipu bekas tentera dan keluarga bagi mencapai impian diri dalam politik iaitu `kerusi pencalonan' dalam PRU 13.





PANGLIMA NI MELALUT!

Penulis terpanggil untuk membuat semakan terhadap kenyataan bekas Panglima dalam ATM, Datuk Abdul Gaffir bin Abdul Hamid  dari beberapa sumber yang sahih mengenai keadaan ketika dia berkhidmat dalam Angkatan Tentera. Kenyataannya merujuk zaman ATM berada sekitar tahun 70an sehingga awal tahun 2002 apabila beliau menamatkan perkhidmatannya. Beliau pernah berkhidmat di pasukan Askar Melayu di beberapa unit termasuk Johor, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka dan seterusnya apabila menjawat Panglima dia bertugas di Kuala Lumpur. Panglima ini pernah mengetuai kontijen di Namibia dalam misi keamanan di bawah panji-panji PBB.



Dakwanya mengenai kedaifan dan masalah yang dihadapi oleh warga tentera adalah `bias' dan dilihat cuba mengambil kesempatan untuk `menutup' segala pengiktirafan dan keistimewaan  yang dikecapi oleh warga tentera malah bekas tentera. Dia rela melontar tomahan dan penghinaan kepada warga tentera dan bekas tentera hanya kerana mahu `berpaut' di dahan baru.

Lebih menghairankan, kenapa Panglima terdahulu darinya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkhidmatan yang mereka lalui malah seawal tahun 60an yang dilihat serba kekurangan. 
 Panglse ! Sebaliknya . `penghijrahannya' mahu dan kemudahan yang sedia i diterima kebaikan  bersandarkan  kepada luahan hati yang mempunyai niat tidak baik be niat warga ATM tinggal di bangunan peninggalan British,  beli kasut Siam, parang yang tumpul, askar pakai tuala di Namibia, kereta ambulan dan bilik air yang kecil, terdedah salahguna dan rasuah akibat pembelain peralatan dari `direct nego' dan kurang bijak dalam pembelian peralatan persenjataan adalah sesuatu yang dilihat dari beberapa sudut.


Malah dia juga menyatakan dia GAGAL menangani masalah itu walaupun

Malah diakhir `ucapannya' dengan angkuh dia mengesa agar membuat semakan kepada Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausaha untuk menentukan sejauh mana kebenaran kenyataannya.

Tuesday 19 February 2013

MARI BANGKIT....PAHLAWAN MELAYU!!







 OBOR PERJUANGAN

WAHAI PAHLAWAN MELAYU, 
PERTAHAN TAHAH AIR MU
BANGSAMU
AGAMAMU
BANGKITLAH, 
GENDANG TELAH BERBUNYI...
LAUNGKAN
JUANG! JUANG! JUANG! 
TANAH PUSAKA DIREMPUH
DIRATAH PENGKHIANAT
DICEMAR SERAKAH ...........
MASA SUDAH TIADA
AYUH......
SIMBAH MERAH 
KIBARKAN BENDERA
JANGAN BERPUTIH MATA
HANCURKAN PENGKHIANAT DIBUMI PUSAKA MU






Monday 18 February 2013

HIMPUNAN TIPU BEKAS TENTERA..


KERABAT MAHU ADAKAH  PERHMPUNAN TIPU BEKAS TENTERA!

Yg bakal hadir adalah bekas jeneral yang di jerat oleh Mat Sabu. pihak penganjur akan sediakan semua termasuk makanan dan minuman. Sumbangan sejumlah RM150 akan diberi kepada setiap yang hadir hanya perlu bawa bil air/api.

Jangan lepaskan peluang keemasan..

GEMPAR! PR GADAI TANAH DATO KERAMAT




GEMPAR... Pembangkang kerajaan negeri Selangor  mengadaikan tanah Melayu di Dato Keramat, Kuala Lumpur kepada Singapura yang bermatlamatkan menghakis hak dan memecahkan dominasi orang Melayu di kawasan yang sekian lama dipertahankan oleh kerajaan memerintah.  Tindakan pembangkang di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim benar-benar rakus dan tidak lagi mengambil peduli terhadap bangsa Melayu/Islam apabila memberikan hak kepada Syarikat Datum Jelatik @ MBS Singapore membina kondominium mewah yang berharga serendah USD 304,067 hingga USD2,955,230 di kawasan Dato' Keramat. Apakah orang Melayu masih boleh mengharap dan meletakkan kepercayaan kepada Pembangkang khususnya PKR membela nasib orang Melayu di Malaysia! Percayalah, inilah hakikatnya bila beri undi kepada Pembangkang, segala-galanya, akidah, maruah dan tanah hak kaum Melayu habis digadai bagi memuaskan gelora nafsunya. Pembangkang benar-benar mahu menjadikan bangsa Melayu merempat di tanahairnya sendiri..........

SAHIH, BEKAS JENERAL DIPERANGKAP MAT SABU


Memalukan......

Ini adalah keratan kenyataan yang mengesahkan bekas jeneral telah masuk jerat pembangkang. Kepala segala `hantu projek' itu adalah Mat Sabu... 

`Bukan lah satu perkara yang mudah nak cuci 'kepala otak' bekas-bekas anggota tentera kita. Tahu kah anda semua yang kerja-kerja mencuci 'kepala otak' mereka ini telah di pertanggungjawabkan kepada abang Mat Sabu kita? Dan tahu kah juga anda bahawa selepas satu tahun lebih sahaja baru lah mereka-mereka telah menetapkan fikiran untuk menyokong Anwar dan Pakatan Rakyat........DOLLAH YANGKEE.

Cukup memalukan.......tidakkah bekas jeneral ini terfikir khususnya Dato Gaffir dan Dato Najmi sedar telah diperdaya `hantu' yang mempertahankan komunis, PKM!. Bekas jeneral  `cair' dek air liur busuk Mat Sabu yang mahukan mereka `disekedudukan' bersama Anwar Ibrahim dalam ceramah-ceramah pembangkang sekali gus pendokong pendirian dan perjuangan Anwar dalam Kalimah ALLAH untuk bukan Islam, kebebasan/kesemarataan agama, LGBT, seks bebas, semuanya menjurus kepada kekufuran dan kemaksiatan. 

Lepas ini, kita sama sama lihat siapakah bekas jeneral yang bakal muncul dijerat HANTU PEMBANGKANG...
 




Sunday 17 February 2013

ADAKAH ANDA TAHU SIAPA KERABAT!



K E R A B A T  MEMBAWA MAKSUD....
Khas kepada Lt Kol (B) Nazari Mohtar...

K =  KELUMPUK MANUSIA DURJANA, KECEWA, PUTUS ASA DAN JIWA KACAU

=  ELAK KELEMAHAN DIRI TERBONGKAR, MEREKA MASUK PEMBANGKANG, MAHU TUTUP  SEGALA-GALA,  NAMUN RAKYAT/BEKAS TENTERA TAHU KERABAT 
HANYALAH  TALI BARUT PEMBANGKANG

=  REALITINYA MAHU PERDAYA, TIPU RAKYAT DAN JERAT WARGA/BEKAS TENTERA.

=  ANDAI MASUK KERABAT KONON KEBAJIKAN DIJAGA TETAPI HINGGA KINI PENYOKONGNYA TETAP TIDAK TERBELA, TERHINA DAN TERUS MEMINTA-MINTA

=  BAGAI JENTALU DIPOKOK SENA, MENGHARAPKAN PEMBANGKANG UNTUK MENYAMBUNG TALIAN HAYAT, TIDAK PERNAH BERUSAHA.  

=  APAPUN, YANG `KENYANG MENGUNUNG' ADALAH PEMIMPINYA.

=  TERUS TERTEKAN, HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU....   

BEKAS PANGLIMA TENTERA `TAKBIRKAN' ANWAR




Malam Sabtu, 16 Feb, malam penuh kekufuran dan kesyirikan yang pernah didengari oleh rakyat apabila Dato' Hadi Khatab (Bekas Panglima TUDM) `mentakbirkan syaitan HAFFAF '!

Apakah umat Islam boleh menerima perbuatan itu sedangkan Hadi Khatab tahu Anwar Ibrahimlah yang tetap dengan pendiriannya mengadai akidah Kalimah ALLAH untuk bukan Islam, menyokong kebebasan seks,  melakukan maksiat zina bersama pelacur seks. Yang paling pedihnya, Jeneral Dato Najmi yang mengelar dirinya `Khalifah' keluar dengan `ceramah agamanya' melaungkan mahu memperbetulkan akidah bekas tentera sedangkan dia bersekongkol dan bermaufakat `mentakbirkan syaitan HAFFAF'.  Apakah mereka khususnya Dato Najmi dan Dato Gafir benar-benar berjuang kerana agama dan ALLAH.

Bekas jeneral ini hanya mahu memungkarkan akidah rakyat dan bekas tentera apakah perlu diberi sokongan dan kepercayaan. Mereka menyertai pembangkang sekadar mahu melepaskan geram dan dendam terhadap kerajaan dan rakyat bagi mengalihkan kesalahan dan dosa mereka lakukan selama ini. Mereka menjadi jeneral dipertanggungjawabkan dengan tugas membela nasib warga tentera tetapi mereka tidak melakukannya. Mereka hanya mahu mengayakan `pangkat' di bahu ke hulu ke hilir kononnya`panglima bersih dan bertanggungjawab!

Merekalah `panglima' kepada syaitan HAFFAF. Auzubillah.

Wednesday 13 February 2013

BETAPA TINGGI PAS, TINGGI LAGI DAP


Gambar yang diperoleh dari blog PAS
Betapa tingginya bendera PAS, maka tinggi lagilah darjat DAP. Begitulah pandangan dan penerimaan ahli dan penyokong PAS,  walaupun pelbagai usaha DAP secara terang-terangan mengerakkan gerakkan memecahkan umat Melayu dan menghancurkan syair Islam. Tindakan sebuah blog yang memaparkan gambar ini secara sedar adalah bertujuan menyakinkan ahli dan penyokong DAP bahawa PAS sentiasa memberi dokongan dan sokongan jitu terhadap apa sahaja tindakan pemimpin DAP asalkan mereka sama-sama mencapai matlamat sama iaitu: Hancurkan Kekuasan Melayu di muka buminya sendiri.

Benarlah, PAS bukannya parti mempejuangkan agama Islam dan umat Melayu, PAS hanyalah sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa politik, punyai pemimpin yang  lemah dan penasihat yang salah. Lantaran gambar ini menjadi bukti jelas bagi semua umat Melayu/Islam di negara ini.


Tuesday 12 February 2013

SURAT TERBUKA UNTUK DATO NAJMI Hj AHMAD (BEKAS PENGARAH KAGAT)




Kiriman dari warga tentera yang diterima melalui email)

KHAS UNTUK DATO' NAJMI

Dari isi hati kami, warga tentera

Kami,  anggota tentera cukup mengenali Dato' semasa dalam perkhidmatan ATM. Dato dianggap seorang pejuang Islam yang menjadi ikon bagi seluruh anggota tentera yang sentiasa menampilkan seorang pemimpin yang telus, bertaqwa, bersih,  dan bertanggungjawab. Saya dan rakan dalam ATM amat  terkejut dan hairan seolah-olah tidak mempercayai  berita `penyertaan' Dato  dalam politik dan ada kalangan kami yang masih  terpingga-pingga bagaimana orang yang dahulunya diberi kepercayaan oleh warga tentera kerana sikap dan kepribadian kini mahu bersama dengan manusia yang bergelar `ANWAR'.

Adakah tindakan Dato ini wajar memandangkan Dato cukup masak dengan `politik Anwar' yang amat menjijikan dan penuh kekotoran. Malah sikap dan kepribadian Dato kalau dibandingkan dengan Anwar bagaikan  langit dan bumi, jauh dan tidak akan sebanding langsung. Kalau Dato yang sentiasa memperjuangkan Islam, pembangunan spritual, menyanggah arus budaya kufar, menyemai nilai-nilai murni, menajam cinta terhadap sunnah, tetapi Anwar disebaliknya pejuang kebebasan seks, menyokong Kalimah ALLAH untuk digunakan dalam Bible versi Melayu, sukakan demonstrasi, kawan rapat zionis dan pelbagai lagi yang sememangnya menyanggah budaya dan sunnah Nabi serta kesucian Islam!

Apakah Dato sudah melupai segala pesanan Dato kepada kami! Dato sentiasa memperingatkan kami agar  sentiasa  berada dilandasan yang benar mengikut ajaran Islam, tidak mendekati, dipengaruhi dengan ajaran dan amalan yang bercanggah dengan Islam, tidak mudah dinodai oleh gelombang ketaksuban kuasa dan kelonjak metarial kemewahan!  Tetapi kini Dato telah merapati malah  menyokong segala tindak tanduk Anwar yang semua tahu amat rapat dengan segala kemaksiatan yang sangat dibenci ALLAH. Rela bersekongkol dengan Menteri Pulau Pinang, dan Karpal Singh walaupun mereka berdua amat membencikan Islam dan umatnya. 

Dato'  

Kalau Dato benar-benar TELAH terpengaruh dengan dakyah Anwar, Dato' hanya pandai `bercakap dan memberi pesan semasa berkhidmat dahulu' sedangkan selepas berkhidmat segala ajaran dan pesanan sendiri ingkari.   Inikah `wajah' ulama yang digelar pengarah KAGAT suatu ketika dulu yang perlu diberi pengormatan dan pujiuan. Tidak keterlaluan kalau digambarkan seolah-olah tindakan Dato ini umpama seorang ulama mengislamkan seseorang bukan Islam akhirnya dia menjadi murtad! A'UZUBILLAH

Dato'

Apapun,  kami bukanlah  menyeru agar Dato menyertai mana-mana parti pun. Yang penting Dato seharusnya mengekalkan imej  ulama Dato yang bersih dan bencikan kepada kemaksiatan, kekufuran dan ketaksuban. Penyertaan Dato dalam PR hanya mengundang keburukan dan kebencian kami yang sebelum ini meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap peganggan dan dan keyakinan mengenai Islam. Jangan gadaikan nilai diri dan maruah dan kepribadian Dato hanya kerana terpedaya tipu helah Anwar. Risikonya amat merugikan semua.    

Akhirnya, kami mendoakan semuga ALLAH menunjukkan  `jalan yang benar' bukannya jalan yang salah lagi dimurkaiNya. Ingatlah kawan yang sebenar bukannya Anwar kerana Anwar  membuat umat Islam berpecah, bersengketa dan   bertelagah semasa sendiri demi politiknya yang kotor. berepeganglah kepada perjuangan  kesucian Islam bukannya parti yang mahu menghancurkan akidah Islam dan kesuciannya.

Terima kasih, kerana membaca. wassalammualaikum warahmatullah. 

Tuesday 5 February 2013

PKR dan PAS TERPAKSA KITAR BEKAS PANGLIMA MELAYU CUBA RAIH SOKONGAN TENTERA



Terdesak untuk mendapat sokongan warga tentera, PAS dan PKR terpaksa menjerat Jeneral-Jeneral berbangsa Melayu yang digelar `figura-figura hebat' bermasalah untuk menyertai parti mereka.  Yang jelas ada kolobrasi antara kedua-dua parti ini membahagikan personaliti bagi mengelak persaingan sesama sendiri. PAS dan PKR berhajat mahu menjadikan mereka `hulu kapak' mempengaruhi sokongan warga dan bekas tentera sekaligus menebas kerajaan memerintah.  Mereka diberi jawatan hebat seperti Panglima Jihad, Penasihat Keselamatan dan berbagai lagi jawatan yang tidak pernah didengar sebelum ini. Paling menyedihkan, mereka `bertukar kulit' agar dilihat berimej bersih, alim dan terhormat dan paling lucu, figura-figura ini akan mengalunkan perkataan yang cukup sinomim dengan partinya  seperti rasuah, penyelewengan seakan-akan telah menjiwai hati naluri pemimpin mereka sepenuhnya.

Pada usia muda, kudrat dan tenaga dihabiskan bersama Angkatan Tentera Malaysia berikar memperjuangkan dan menegakkan kesucian agama, kesejahteraan bangsa dan kedaulatan negara, tetapi kini bertukar sekelip mata menjadi penentang kepada warga dan bekas tentera serta kerajaan ketika usia di hujung senja. Figura-figura dipimpin ke hulu ke hilir oleh `Tok Guru dan Mentornya' dalam ceramah-ceramah menghentam ATM' sedangkan tindakan ini hanya memaparkan dan mengesahkan kelemahan dan kegagalan mereka ketika mereka mempunyai kuasa.  Mereka menyalahkan ATM semata-mata mahu mengalih isu dan mengelapkan mata masyarakat sedangkan dialah puncanya segala-galanya. Mereka sekadar memanaskan kerusi dan  sebenar-sebenar penghianat kepada warga dan bekas tentera. Bila diberi pangkat dan jawatan, mereka mengkhianati tanggungjawab, membelakangi kepentingan warga tentera, pentingkan diri dan bongkak.

Figura-figura ini tidak pernah belajar dari sejarah, mereka tidak menyedari bahawa kudrat mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan kembali berkeliaran meminta-meminta dan menjadi sampah sarap yang tidak dipedulikan lagi.

Sunday 3 February 2013

POPULARITI ANWAR NAIK MERUDUM


Akhbar ini memang tepat bila menyiarkan berita tentang `bosnya' yang bertajuk `Kajian: Populariti Anwar Naik ..bersebab..

Akhbar ini mendakwa akhbar tempatan tidak akan menyiarkan gambar sebegini rupa..walhal Zakir Ali lupa bahawa bosnya sering muncul di dada akhbar-akhbar tempatan cumanya tidaklah memaparkan `lagak' sebegitu kerana akhbar berkenaan hanya melaporkan fakta dan kebenaran. Zakir Ali dilihat cuba menyogok pembaca agar `melihat' bosnya dengan imej baik, bersih dan sentiasa riang, sedangkan semua tahu Zakir sedaya upaya cuba `membaikpulihkan imej' bosnya yang terus malap, tengelam dan terbenam.
Pengunjung bertambah, populariti  naik mendadak! 
Langkah terdesak Zakir hanya mengundang bahana umpama `makan tuan' sendiri kerana masyarakat tidak mudah tertipu dan tetap tidak melupakan pelbagai imej buruk, kotor dan menjijikan bosnya. Adakah dengan `menutup tubuh' bosnya dengan pakaian blazer akan mengelapkan mata segala gejala buruk bosnya!

Zakir hanya mahu meyakinkan bahawa populariti bosnya bertambah sejak `adegan bosnya' terbongkar kerana ramai pengunjung hendak melihat dan memerhati `aksi' bosnya dalam Youtube...

APAKAH ANDA MAHU RM150!



Khabarnya kawan-kawan di utara Semenanjung telah mendapat panggilan melalui telefon (bimbit) dari `pihak tertentu (faham-fahamlah)  menawarkan sejumlah RM150.00 sebagai `inducemant' untuk memangkah undi pada pilihan raya akan datang.

Jika anda mendapat panggilan ini, anda hanya perlu menyebutkan nama dan persetujuan anda. Duit akan diberi melalui `arragement' tertentu. Khabarnya orang Cina menjadi keutamaan SATU diikuti India dan Melayu! Pihak yang menawarkan ganjaran ini sememangnya telah ketandusan idea untuk meraih sokongan.

Duit, pada mereka tidak menjadi masalah kerana mereka mempunyai banyak modal yang mendapat bantuan `pihak luar' yang mahukan Malaysia ditadbir oleh `para barisan pemimpin syaitan' agar usahanya Islam hancur dan bangsa Melayu meremtetapi hakikatnya pihak tersebut merasakan `nilai dan maruah diri' masyarakat Malaysia ini seciput itu.... pat di negara sendiri. 

Adakah anda merasakan `maruah diri', Islam dan bangsa Melayu senilai itu!!!!