
Walaupun kelihatan seperti perkara ini dirancang sepenuhnya oleh PKR melalui Rafizi Ramli , Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution dan juga yang pastinya Azmin, kehadiran Liew Chin Tong, pakar strategi Guan Eng dan juga Lim Kit Siang seperti mengiakan desas desus bahawa Anwar bergerak atas restu Lim Guan Eng dan juga DAP. Kenyataan yang harus diambil kira adalah Anwar ‘ulu parang’ DAP hanya kerana dia Melayu dan sekiranya Anwar Ibrahim adalah calon Menteri Besar Selangor yang baru, nasib Selangor akan sama seperti Perak sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar di sana. Nama saja Menteri Besar Melayu, hakikatnya mereka berada di bawah telunjuk DAP.
DAP tidak dapat melakukan yang sedemikian dengan Khalid Ibrahim kerana Khalid punya pendirian sendiri dan mereka tidak dapat menggunakan pengaruh Anwar ke atas Khalid kerana Khalid adalah ‘orang’ Wan Azizah. Jadi boneka yang paling sesuai untuk Selangor adalah Anwar Ibrahim sendiri. Keterdesakan PKR untuk kekal di Kajang seterusnya Selangor juga menyaksikan jeneral perang Anwar, Azmin Ali sanggup untuk berdiri bersama Lim Guan Eng walau ramai yang tahu bahawa mereka berdua tidak sebulu. Inilah yang dinamakan ‘pengorbanan’ yang sanggup dilakukan oleh Azmin demi memastikan kelangsungan hidup PKR di Selangor. Kenyataannya, sokongan DAP terhadap pencalonan Anwar Ibrahim di Kajang adalah serampang dua mata bagi DAP kerana dengan Anwar, mereka akan terus mendapat sokongan dari orang Cina dan juga dari orang Melayu yang menyokong PKR. DAP tahu dengan memanipulasi sokongan kuat orang Melayu terhadap PKR akan membolehkan mereka menjadi watak utama dalam Pakatan Rakyat dan orang-orang Melayu ini akan sanggup mengangkat Anwar Ibrahim tanpa mengambil kira siapa ‘tuan’ mereka sebenarnya.
Natijahnya , siapa `ulu parang' dan siapa yang menjadi pemegangnya..
No comments:
Post a Comment