Thursday 25 February 2016

Lagi Penipuan Projek Impian Sarawak DAP Didedahkan!!




Satu lagi pendedahan penipuan projek Impian Sarawak anjuran DAP didedahkan apabila tapak tanah projek air paip graviti tersebut disahkan adalah satu projek sementara dan sia-sia.

Menurut ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, kawasan tapak tanah tersebut telah diluluskan oleh kerajaan untuk projek bekalan air bersih dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saluran paip air bersih tersebut akan dibina oleh JKR pada tapak yang sama secara PERCUMA tanpa memerlukan pembayaran dari penduduk setempat.

http://3.bp.blogspot.com/-7i4P7ge7S5M/VBs0aDvwEDI/AAAAAAAAFB0/uVtZdIbj9kQ/s1600/Dato%2BHenry%2BSum%2BAgong.jpg
Dato Henry Sum Agong: MP Lawas

Berbanding dengan projek Impian Sarawak itu, penduduk kampung dipaksa membayar duit penyertaan sebanyak RM250 untuk setiap peserta dan yuran RM30 sebulan kononnya untuk tujuan penyelanggaraan paip. Nampaknya DAP sekali lagi berniat untuk mengaut keuntungan dari projek ini yang kononnya dipromosi secara besar-besaran untuk membantu rakyat.


Sebelum ini DAP juga pernah menipu orang pedalaman di kawasan Sri Aman berkaitan skim bantuan anak pokok sawit; juga menerusi projek Impian Sarawak. Penduduk kampung diumpan dengan bantuan anak pokok sawit bernikai RM1,000 tetapi terpaksa membayar semula sebanyak RM4,000 pada tahun kedua.

DAP juga didapati tidak mengutamakan kebersihan air dan risiko penduduk kerana tidak pernah merujuk Jabatan Kesihatan untuk projek paip air graviti tersebut.


Semakin terbukti DAP menggunakan alasan projek paip air graviti di kawasan Lawas untuk tujuan mengaut keuntungan dan menjatuhkan Baru Bian sebagai ADUN di kawasan tersebut.