Siapa yang tidak tahu akan perbalahan di antara dua bakal calon Timbalan Presiden PKR ini? Kedua mereka bermusuh sejak Khalid Ibrahim dipilih menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 yang lalu.
Apabila dia
masih kekal sebagai MB, Azmin mula rasa tercabar dan tanpa segan silu
melancarkan perang dingin. Ekorang perang sesama mereka, Khalid
bertindak menganggu jawatan Azmin Ali yang ketika itu merupakan Ahli
Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.Apa yang
berlaku apabila Azmin diganggu? Maka meroyanlah dia dan segala isi perut
rahsia Khalid terbongkar satu persatu. Khalid juga mengorak langkah
dengan menyusun strategi untuk terus membenam Azmin.
Tiba waktu Lee
Chin Cheh 'dibayar' untuk meletakkan jawatan daripada kerusi ADUN N25
Kajang. Khalid dipilih sebagai pengarah pilihanraya PRK bagi PKR walhal
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa merupakan Timbalan Presiden PKR
tidak diberikan apa-apa posisi. Dalam
pertembungan antara dua ekor biawak belaan Anwar ini, Anwar wujudkan
boneka kesayangannya untuk menjadi 'heroin' dalam drama perebutan kuasa
yang tiada hentinya. Namun begitu Kak Wan sebenarnya akan mengeruhkan
lagi keadaan.
Umum tahu Kak
Wan memang tidak suka dengan Azmin. Sejarah 'Shamsidar' masih bermain di
fikiran Kak Wan. Azmin juga punya dendam kesumat buat Kak Wan apabila
Khalid yang menjadi proksi Kak Wan di Selangor semakin menjadi-jadi
tocangnya.
Dalam masa yang
sama berita Kak Wan akan menggantikan Khalid sepertimana sepatutnya
Anwar akan menjadi MB Selangor jika dia menang di Kajang, telah tersebar
meluas dari dalam PKR sendiri. Bisik-bisik
antara mereka telah membimbangkan Khalid Ibrahim manakala beberapa ADUN
DAP yang melihat hanya Khalid sebagai patung mereka akan hilang jika Kak
Wan menang. Bagi PAS pula mereka sudah mula berang apabila merasakan
PRK Kajang ini disengajakan dan tidak dilakukan secara musyawarrah.
Kini Kak Wan
dalam keadaan 'struggle' untuk menang apabila Azmin mula 'mencucuk'
jentera untuk tidak berkempen bersungguh-sungguh dan berkemungkinan
telah menyebarkan tentang kesongsangan keluarga Anwar Ibrahim.
Khalid pula
'menyekat' dana yang diperuntukkan demi menjaga kedudukan empuknya. Kak
Wan sebenarnya telah tersilap langkah apabila menerima arahan dari suami
peliwatnya. Kini PKR bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru dalam
PKR. Siapa yang kalah dan siapa yang akan menang? Ini
mencerminkan sikap mereka yang bertanding bukan untuk membantu dan
membela rakyat tetapi hanya mahu kan kuasa dan jawatan. PRK Kajang
merupakan Move PKR untuk lebih berpecah. Tak percaya?
Cuba lihat mana Azmin, Khalid dan Kak Wan bila berkempen? Tengok riak
muka mereka? Lenggok badan sesama mereka juga dapat dilihat dengan jelas
betapa tegangnya hubungan mereka.
Ini nak undi Kak Wan?
No comments:
Post a Comment