Hishamuddin Rais yang pernah melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap di bawah ISA, pernah dipenjarakan di beberapa buah negara, termasuklah di India, malah ketika dia ke sebuah negara Eropah Timur kerana menyangkakan, pemikiran Marxistnya akan menyelamatkannya bahkan dia didewa-dewa, dia juga dimasukkan ke penjara kerana masuk ke negara tersebut secara haram.
Walaupun terkenal sebagai pemimpin pelajar pada tahun 1974 dan pernah mengadakan demonstrasi di hadapan Lincoln Institute menentang Amerika Syarikat, Hishamuddin Rais tidak pernah menamatkan pelajarannya. Di England atau lebih tepat lagi di Brixton, Hishamuddin Rais adalah seorang gelandangan dan hippies yang kerjanya meminta sedekah sambil menjual ganja. Dia pulang ke Malaysia pada tahun 1995 ketika Tun Dr. Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri untuk dipangku oleh Anwar Ibrahim selama dua bulan.
No comments:
Post a Comment