Thursday, 27 March 2014

SAH: LANGKAH KAJANG MUNGKIN AKAN BERUBAH - PRESIDEN PKR


 
Post Pic
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelan 'Langkah Kajang' yang dikatakan misi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor mungkin akan melalui beberapa 'perubahan'. Azizah berkata tumpuannya buat masa ini adalah menggalas tugas sebagai ADUN Kajang yang baharu dan enggan mengulas lanjut spekulasi bahawa beliau akan di calonkan untuk menggantikan Khalid.
 
Sebaik sahaja bekas wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya secara mengejut 27 Januari lalu, PKR menamakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang. Serentak itu, PKR melancarkan misi Langkah Kajang bagi menamakan Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.Namun misi itu tergendala apabila Anwar hilang kelayakan bertanding selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, aiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Anwar kemudiannya menamakan Azizah sebagai penggantinya dan matlamat Langkah Kajang mula dipersoalkan.
 
"Tukar menteri besar sebahagian dari 'Langkah Kajang', tapi itu semasa (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi calon. Mungkin akan ada beberapa perubahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi, di sini, hari ini. Namun tidak menolak kemungkinan `dia' tetap akan menjadi penganti MB sekarang.
 
"Saya tak berapa fikir jawatan yang saya ada. Pagi ini saya datang sebagai ADUN Kajang. Saya tak mahu buat spekualasi. Sukar untuk saya sepkulasikan isu ini," katanya. Azizah pada 23 Mac lalu memenangi PRK Kajang apabila mengalahkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. Biarpun kalah, Chew berjaya mengurangkan majoriti Azizah berbanding pilihan raya sebelumnya yang mencatat 6,824 undi. Azizah dalam pada itu berkata beliau buat masa ini akan menjadi kan DUN Kajang sebagai keutamaan dan belum memutuskan samaada mahu mempertahankan kerusi Presiden PKR atau tidak. "Saya akan fokus Kajang buat masa ini," ujarnya. Bagaimanapun, beliau akan mempertahankan kerusi itu jika Anwar tidak dibenarkan bertanding.
 
"Kalau Anwar tidak dibenarkan bertanding Presiden, saya akan pertahankan kerusi itu, tapi saya akan tanya ahli sama ada mereka setuju," jelasnya. Reaksi Azizah itu jelas memperlihatkan beliau sekali lagi mahu memberi laluan kepada suaminya itu untuk kesekian kalinya. Pada 2008, Azizah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar selepas suaminya itu dibebaskan dari penjara. Anwar pada 1999 dihukum penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan ABu Bakar. Beliau bagaimanapun dibebaskan pada tahun 2004, apabila Mahkamah Persekutuan mengugurkan kes itu kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh.
 
PRK dijangka akan mengadakan proses pimilihan parti pada Mei depan. Anwar sebelum ini membayangkan beliau akan bertanding jawatan presiden parti memandangkan 'Azizah ingin bersara dan meluangkan masa dengan cucunya di rumah'.
 

No comments:

Post a Comment