Saturday, 15 March 2014

CALON INTEGRITI & KREDIBILITI vs CALON PARACUT & RATU AIR MATA


  


Berikut adalah antara fakta berkaitan calon Barisan Nasional (BN) bagi N25 DUN Kajang. Jika dilihat, Chew Mei Fun adalah seorang pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan integriti. Pemimpin sebeginilah yang kita perlukan dalam memastikan pentadbiran sebuah negeri sentiasa berada dalam keadaan yang tersusun dan telus. Bukannya menyorokkan kelemahan diri dengan menghina pihak lain dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.




Ini dibuktikan melalui tindakan beliau melepaskan jawatan dalam parti apabila Chua Soi Lek dilantik menjadi Presiden. SebagaI seorang wanita yang berkeluarga, Chew Mei Fun amat mementingkan institusi kekeluargaan dan tidak dapat menerima pemimpin yang mempunyai masalah moral. Beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri; suatu kedudukan yang amat tinggi dalam parti dan masyarakat.  




Sebelum ini Chew Mei Fun adalah Ahli Parlimen untuk 2 penggal. Melihat bakat dan kebolehan beliau, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di dalam kabinet Barisan Nasional. Selain itu, beliau merupakan seorang pemimpin yang "clean" tanpa sebarang isu sama ada isu moral, skandal, korupsi, nepotisma dan sebagainya.

Ramai berharap warga Kajang dapat menilai sebaik mungkin kedua-dua calon PRK N25 Kajang dan seterusnya memilih calon yang benar-benar jujur utk berkhidmat untuk rakyat.  

Janganlah memilih calon yang bertanding hanya kerana disuruh oleh si suami. Dan jangan pula menggunakan air mata berderai-derai untuk menagih simpati rakyat dengan cerita-cerita penglipur lara dan fitnah semata-mata. 

Rakyat tak suka diperbodohkan, mereka adalah masyarakat bermaruah dan perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi ataupun sang suami.

No comments:

Post a Comment