Tifo selalu sinonim dengan penyokong setia meluahkan rasa cinta dan jiwa pada pasukan ataupun individu. Selalunya tifo besar dihasilkan wajah,pasukan dan yang tak dijangka boleh dihasilkan.Bagaimana tifo dihasilkan? Ia terhasil dengan melukis dan cat secara berkumpulan, ini secara langsung jiwa dan cinta diluahkan. Dan menjadi kepuasan apabila terhasil dan dipertontonkan oleh orang ramai.
Maka dengan ini
tifo wajah Datin Paduka Chew Mei Fun terhasil. Atas rasa teruja,jiwa
dan cinta, sekumpulan remaja telah mengambil masa 2 hari untuk
mengahasilkan tifo wajah beliau. Segala kudrat penat lelah dilupakan
janji tifo itu berjaya dan satu kepuasan untuk Calon N.25 PRK KAJANG.
Penulis amat
mengagumi sokongan yang diberikan oleh sekumpulan remaja daripada Kajang
yang membuat tifo ini. Ini bukti bahawa harapan mereka teramat besar
kepada calon Barisan Nasional untuk membawa perubahan kepada rakyat
Kajang. Tifo ini juga
sebenarnya memberi tamparan hebat kepada calon air mata PKR, Kak Wan
yang dilihat tidak menjadi pilihan baik pengundi cina mahupun pengundi
melayu. Kali ini mereka akan beri amaran kepada PKR.
Siapa yang akan
percaya kepada PKR yang letak jawatan secara tiba-tiba kemudian nak
bagi PKR semula? Ingat pilihanraya ini hanya satu mainan? Boleh
suka-suka letak jawatan? Ini bezanya antara mereka yang bertanding untuk
rakyat ataupun untuk diri sendiri. Apapun tahniah
kepada kumpulan remaja tersebut. Anda beri gambaran yang bagus kepada
rakyat Kajang yang lain. Harapan akan menjadi kenyataan jika sentiasa
berusaha dan berdoa. Kak Wan dah boleh tarik diri sebenarnya.
Demi Integriti dan Kredibiliti!
No comments:
Post a Comment