Thursday 10 November 2016

Siapakah Pengkhianat Bangsa Melayu Seakan “Othman Wok” di Malaysia

13716227_1054709144615044_3922578379323475572_n
Surah Ali ‘Imran 118 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118)
Pada ayat ini Allah memperingatkan orang-orang mukmin agar jangan bergaul rapat dengan orang-orang kafir yang telah nyata sifat-sifatnya yang buruk itu, jangan mempercayai mereka dan jangan menyerahkan urusan-urusan kaum muslimin kepada mereka. Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia. Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah Othman Wok, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.
Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran. Diantara peranan yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa itu ialah melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa  dan menaikkan kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura.  Fitnah dan hasutan ini telah menjadikan anak muda terus menolak UMNO dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.
Akhirnya, UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina PAP.
Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.
Dalam hal berkaitan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu di Malaysia, kita sedar dan telah dapat melihat bagaimana persamaaan perjuangan ini dibuat oleh Pakatan  dalam kepelbagaian usaha untuk menolak hak hak tersebut. Sikap anti-Melayu terutama menentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, serta Keistimewaan Melayu sebagai Bumiputera yang tertera dalam Perkara 153 dibangkitkan secara terbuka sejak kempen PRU 1969.
Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ditentang dan dicabar oleh parti totok Cina ditempikkan serentak sejak kempen PRU 1969 yang mencetuskan titik bermulanya krisis perkauman di negara ini. Hal ini diteruskan sehingga sekarang, apakah pemimpin Melayu yang ada didalam Pakatan sanggup membiarkan perkara ini dan bersetuju agar segalanya dihapuskan, Dimanakah Mahathir, Muyiddin, Azmin, Mat Sabu dan barisan kepimpinan PAN yang dikatakan amat nasionalis?
Seperti kata seorang penulis berbangsa Cina, Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng). Tetapi ada pemimpin Melayu Pakatan merestui perkara ini berlaku malah tidak bersuara langsung untuk menentangnya.Bukankah mereka ini Pengkhianat kepada bangsa Melayu?
Sekarang pengkhianat Melayu ini bukan sahaja  terletak pada nama Anwar dan Mat Sabu, malah banyak lagi nama nama yang terlibat dalam meranapkan Islam  dan bangsa Melayu di Malaysia sekarang dengan bersekongkol bersama anak emas PAP iaitu DAP untuk menumbangkan UMNO. Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat bukti-bukti ini. Ia sedang bermula di sini. Siri BERSIH adalah salah satu platfom untuk memulakan api sengketa dan disusuli dengan desakan “CHANGE”. Anwar dengan berani dan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa “we want change”.
Umum sedia maklum  bahawa perkataan ini asalnya dari USA semasa menceroboh negara Islam. Sejarah penaklukan  barat dengan alasan demokrasi dilakukan  terhadap Negara Islam , Mengapa masih lagi pemimpin Melayu yang ada didalam pakatan masih lagi mahu menyokong tindakan ini? Apakah ini bukan pengkhianatan kepada Islam Bangsa Melayu dan  Negara?
Pernahkah Azmin. Muhyiddin, Mahathir, dan pemimpin PAN  termasuk Anwar dan Mat Sabu yang mana mereka ini pernah bersuara mengenai ancaman terhadap  Melayu dan Islam jika keduanya perkara ini di pijak malah pada kebanyakan isu mereka bukan berkisar kepada perjuangan bangsa dan Islam. Tetapi lebih menjurus kepada hak hak peribadi dan kuasa politik. Tertubuhnya parti PAN dan Bersatu yang diketuai oleh bekas pemimpin PAS dan UMNO terus bergabung tenaga bersama DAP dan menghasut orang Melayu agar membenci UMNO  dan menolak hak hak keistimewaan orang Melayu dan  sedang bersekongkol menjadikan agama Islam sebagai liberal .
Pengkhianatan yang mereka ini lakukan adalah kerana  jawatan dan kuasa dan bukan untuk memastikan  Agama Islam dilindungi serta hak hak bangsa Melayu dipertahankan. Bagi mereka ianya hanya retorik  sahaja. Bagi mereka yang paling penting ialah kuasa dan politik. DAP telah menjalankan peranan dalam megejar impian untuk menguasai negeri pantai barat yang  menjadi matlamat Lee Kwan Yew yang mana potensi untuk menguasai segalanya ada disana. Dengan mengwujudkan “Othman Wok” yang baru dalam alaf baru didalam Bersatu , PAN dan PKR , maka segala  impian akan menjadi mudah.
“Othman Wok” di Malaysia telah banyak dilahirkan melalui parti serpihan dalam Pakatan, Parti yang diketuai oleh orang Melayu yang tidak langsung membela apa juga tuntutan yang dibuat untuk menjahanamkan  Agama Islam dan Melayu. Mereka ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Agama Islam. Sokongan pemimpin pengkhianat ini yang dilahirkan oleh DAP sebagaimana lahirnya “Othman wok” didalam PAP telah menyebabkan hancurnya Melayu dan Islam di Singapura. Kita dapat melihat bagaimana agenda yang dilancarkan DAP itu  mempunyai persamaan apa yang dilakukan oleh PAP di Singapura.
Kumpulan pengkhiant bangsa Melayu yang dilahirkan oleh DAP ini sekali gus menyokong dasar dasar Islam liberal yang mana  meletakkan Islam dan bangsa Melayu berada ditelapak kaki bangsa asing atau DAP.
Tiada satu pun sanggahan  daripada mereka ini untuk melakukan penentangan terhadap cadangan IFC, Comango serta G25 yang mana  sedang berusaha meranapkan kedaulatan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan. Bukankah ini Satu  pengkhianatan dari Melayu  yang berada didalam DAP ini? Tindakan ini merupakan satu pengkhinatan terbesar bangsa dan pemimpin Melayu yang telah dikaderkan oleh DAP. Pengkaderan dibuat dalam  bentuk psycholgi logic atas nama hak asasi serta hak hak kesamarataan yang bukan amalan di dalam Negara ini.
DAP mengambil langkah pendekatan drastik dengan membuka ruang, peluang dan tempat untuk bangsa Melayu menyertai parti DAP. Ini adalah kerana DAP sedar bahawa bangsa Melayu sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa mereka jika disogokkan dengan jawatan dan sedikit kuasa serta wang. Pendekatan inilah kunci kecairan hati Melayu. Ruang untuk meluahkan pandangan dan pendapat, Peluang untuk mengintai kerjaya, Tempat untuk mempelajari dan menunjukkan bakat kepimpinan dalam politik.
Dasarnya jelas, semuanya bebas untuk melakukan apa saja dalam DAP, kecuali mereka ini akan terus membawa dasar DAP yang mahukan Islam menjadi liberal dan Melayu bukan lagi menjadi kuasa politik di Malaysia. Hasutan dilakukan oleh berbagai pihak pemimpin Melayu didalam DAP kepada  bangsa Melayu bersama untuk membunuh sebuah parti yang  nyata memperjuangkan hak hak orang Melayu dan  menjaga kepentingan Melayu  dengan  berbagai gelaran perkauman serta melindungi DAP yang nyata amat perkauman.
Akan tetapi, di mana akhirnya Melayu akan berada satu hari nanti? Adakah kita mahu menidakkan segala apa jasa yang UMNO dulu usahakan dan perjuangkan terhadap generasi dulu?  Dimanakah Mat Sabu, Azmin, Anwar , Muhyiddin serta Mahathir yang dikatakan memperjuangkan nasib Merlayu, Islam sebelum ini. Sekarang kita sedang melihat mereka  memusnahkan orang Melayu dan meyokong kumpulan Sosialis yang berfahaman komunis.
Adakah kerana  mahu menghukum UMNO kini yang ternyata lemah dan berbarah dengan cara mengajak orang Melayu menjadi ahli DAP untuk menghapuskan UMNO kini? Sebagaimana dilakukan oleh Othman Wok terhadap UMNO di Singapura dan menghasut orang Melayu membunuh UMNO di sana.
Yang pasti, kita menyokong UMNO dan  berparti adalah untuk kekal kuasa. Kuasa apa? Kuasa politik Melayu. Itu yang penting dalam menentukan survival kelangsungan hidup kaum Melayu pada masa hadapan. Bukan dengan cara menghakiskan kuasa Melayu sedikit demi sedikit dan menambah kuasa Melayu sebanyaknya dalam DAP. Bukankah ini satu pengkhianatan dari mereka ini?
Ini lah Pengkhianatan yang sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin Melayu yang kini berada berasama DAP untuk tujuan yang sama dilakukan oleh Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura. Akhirnya bangsa Melayu Islam  dan UMNO hilang di persada politik dan menjadikan bangsa Melayu seperti pengemis.
DAP dengan agenda liciknya sedang memporak perandakan dunia Islam di Malaysia. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia. Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia yang bernama Melayu melakukan kerja bodoh dengan berdemo menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu.
Nizar Jamaluddin, selepas menjadi Menteri Besar Perak telah melakukan penghinaan terhadap Raja Melayu dengan menunaikan arahan daripada pemimpin DAP Perak yang mana mengarahkannya untuk menghalang kenderaan Raja Muda dari menghadiri Istiadat Perlantikan Menteri Besar Perak di Kuala Kangsar.
DAP sedar jika mereka melakukan bantahan ini terhadap Raja Melayu sudah pastinya orang Melayu akan bersatu menentang mereka, Jadi dengan kelicikan politik mereka menggunakan orang lain iaitu Melayu sendiri dalam melaksanakan agenda jahat mereka.
Sebagai Melayu Islam didalam sebuah negeri beraja, betapa bodoh sangatkah Nizar Jamaluddin yang menggunakan bangsa Melayu untuk melakukan penghinaan terhadap  Raja Melayu. Bukan kah ini satu penderhakaan dan pengkhianatan seorang Melayu terhadap rajanya.
Tahap tahap penghinaan yang drestui oleh Azmin, Mat Sabu, dan beberapa orang lagi didalam kepimpinan Pakatan telah melihat bagaiman DYMM YDP Agong dihina dengan kepelbagaian cara. Dari gambar sehingga gelaran gelaran yang tidak sepatutnya diucapkan kepada seorang Raja dalam sebuah Negara berdaulat.
Membiarkan perkara ini berlaku, bukan kah ini satu bentuk pengkhianatan terhadap Raja dan Negara berdaulat?
Meniupkan sentimen perseteruan sesama sendiri. Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran keagamaan. Merancakkan kehidupan bebas terutamanya melampiaskan syahwat seks dan tergilakan keseronokan.
Dikala ini dimana kah pemimpin Melayu yang bersama DAP sebelum ini melaungkan  akan membela nasib bangsa, Agama Islam dan memperjuangkan  dasar perjuangan bangsa yang dilihat cukup kuat. Ini satu pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka terhadap bangsa Melayu Islam di Malaysia.
Sebagai pemimpin sebelum ini , membangunkan Negara itu satu tanggungjawab , tidak kira dalam bentuk apa sekali pun, Tetapi membangunkan bangsa dan mengukuhkan Islam dan menolak ancaman terhadap bangsa Melayu dan Islam itu satu pengorbanan.
Membiarkan agenda merosakkan bangsa dan Islam itu satu pengkhianatan tambahan lagi bersekongkol dengan sebuah parti anti Islam yang berfahaman sosialais  itu merupakan satu pengkhianatan  yang akan menjadikan bangsa dan Islam itu ditindas akibat kerakusan kuasa dan jawatan pemimpin Melayu ini.
Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran. Ini bukan soal rasuah dan kronisme. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.
Sebuah kerajaan dan empayar Melayu nusantara yang memerintah sebelum Belanda, Portugis dan Inggeris bermaharajalela di alam Melayu Nusantara. Soal maruah bangsa, maruah Islam dan kedaulatan sesabuah Negara yang dipimpin oleh oaring Melayu.
Pada awal 70an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Tindakan tersebut mempunyai persamaan dimana isu wang zakat, Azan, Kalimah Allah  serta banyak lagi isu berkaitan dengan aqidah serta hokum halal dan haram  didalam agama Islam yang mahu dianggap sebagai perkara yang remeh dan dicadangkan agar di halalkan segalanya.
Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. Apakah kita sehingga kini masih lagi dalam keadaan begitu bodoh yang mahu menerima  pengkhianat seperti ini dalam politik kita.
Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.
Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri.
Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita. Terima Kasih Othman Wok kerana telah ‘mengadaikan’ nasib bangsa sendiri. Mirip siapakah watak Othman Wok di Malaysia? Tepuk dada tanya minda. Soalan dah terjawab

Bongkar Regim Perkauman DAP : Cubaan Melenyapkan Identiti Bangsa Melayu

Cina Kiasu ini seboleh boleh melenyapkan sejarah  sejarah yang berkaitan dengan Melayu, mereka sedaya bolehnya akan menterbalikkan fakta fakta yang mengatakan sesuatu kaum itu adalah penduduk asal di dalam negara ini, Sememangnya sifat mereka untuk menguasai segalanya agar mereka akan diiktiraf sebagai kaum yang menguasai segalanya. Membunuh sejarah sesuatu bangsa itu akan melenyapkan identiti bangsa tersebut.
Agak malang kerana politik ada bangsa Melayu yang naif tentang hal ini,  Mereka rela menjadi “barua” kepada Cina Kiasu ini untuk membunuh bangsa mereka sendiri, Sejarah 1511 telah memberikan pengjaran kepada kita, tetapi kita tidak pernah mahu ingat tentang semua itu. Kita sanggup bersekongkol dengan mereka kerana perasaan hasad dengki, dendam akibat permintaan kita tidak dapat ditunaikan, jawatan kita ditarik. Kelemahan bangsa Melayu ialah bila mana mendapat pujian, sogokan wang ringgit, maka segalanya akan terjual kepada bangsa lain.
Tidak lama dulu, Ketua wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia. “Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini.
“Yang sebenarnya..Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,”katanya kepada KiniTV.
Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan  sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah. Dzulkarnain Mohd Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) ketika ditemui baru-baru ini mendedahkan terdapat usaha terancang pihak tertentu mahu menghapuskan identiti Melayu-Islam di Malaysia.
Menurutnya Malaysia adalah bumi Melayu sebagaimana nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan ia sebahagian kepulauan Melayu Nusantra.
“Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk “Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries
Dalang disebalik rancangan menidakkan sejarah Melayu ini adalag saorang veteran Singapura yang mengatakan bahawa Melayu itu tidak wujud, ianya hanya wujud hanya bila mana politik di malaysia  berkembang.
Bagaimana Bangsa Cina meracuni pemikiran melalui kaedah Red Herring ialah  , kita akan dapat melihat di Muzium Singapura , bila mana kita melangkah masuk kedalamnya perkataan mula mula kita akan  lihat ialah Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong.
Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan bahawa rumpun Melayu merupakan penduduk asal Malaysia sejak lebih 40,000 tahun dahulu.
Hasil kajian itu sekali gus menyangkal teori migrasi yang dikemukakan oleh penyelidik dari Vienna School of Thought, Heine-Geldern pada 1930-an yang mendakwa rumpun Melayu berhijrah ke Malaysia dari Tanah Besar Utara.
“Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke sini dari Tanah Besar Utara.
“Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan menunjukkan bahawa ia adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar,” jelas UKM dalam portal beritanya. Hasil kajian itu didedahkan Ketua Penyelidik Arkeologi UKM, Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman semasa membentang kertas kerjanya bertajuk ’38 Tahun Arkeologi di UKM’ pada Seminar Penanda Aras Penyelidikan Arkeologi di Bangi yang berakhir kelmarin.
Antara lokasi yang menjadi tapak kajian adalah Pulau Kalumpang dan Beruas (Perak); Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar (Johor); Kota Melaka (Melaka); Kota Lukut (Negeri Sembilan) dan beberapa tapak di Tasik Kenyir, Terengganu. Nik Hassan Suhaimi yang juga Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA) berkata, keputusan kajian itu selari dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Tom Harrison dan isterinya pada 1958.
Tambah beliau, penyelidikan arkeologi di UKM sejak 1980-an menemui pelbagai data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu kerajaan Kedah Tua yang diperolehi dari tapak arkeologi Sungai Mas, Kedah.
“Isu penting dalam zaman kerajaan awal ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM, proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India,” katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut.
Kewujudan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau Gugusan Kepulauan Nusantara dan Golden Chersonese iaitu Semenanjung Melayu melalui penulisan sejarah seawal Kurun Pertama – Kedua.
Bahawa sebelum adanya dasar persempadanan antarabangsa, sesiapa sahaja di dalam Kepulauan Melayu (Nusantara) adalah bebas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dari satu wilayah ke satu wilayah tanpa sekatan. Ini adalah kerana hampir kesemuanya dari rumpun bangsa Melayu yang sama dan bertutur Lingua Franca yang sama iaitu Bahasa Melayu.
Bahawa beberapa kajian dengan bukti saintifik (human genome research) oleh pengkaji yang berbeza-beza pada tahun-tahun 1998-2001, 2005, 2007-2009 sehingga 2012 mendapati bahawa Penghijrahan manusia berlaku DARI SELATAN KE UTARA dan BUKAN seperti yang kita pelajari dan diberi maklum dahulu, yang kononnya Penghijrahan manusia adalah dari Utara ke Selatan.
Bukti saintifik juga membuktikan bahawa orang-orang Melayu yang berada di kawasan ini tidak pernah meninggalkan kawasan kita di sini.
Bahawa sebenarnya tiada bangsa Cina dalam dunia ini. Yang ada hanyalah etnik dan keturunan yang berbeza-beza. Kajian UKM mengatakan DNA bangsa melayu memang berasal dari tanah Melayu sejak 40,000 tahun dahulu.
DNA melayu besar pengaruhnya sampai ke Vietnam, Champa dan keseluruhan Nusantara. Bangsa orang asli pun adalah suku-sakat melayu moden (kita zaman sekarang) juga. Kadang2 kalau tengok orang Ja Hut ada rupa macam kita cuma mereka animisma. Melayu yg kita kenal sekarang
Dengan demikian melindungi Melayu dan Islam itu telah termaktub dengan jelas sekaj 1885 dan telah  diwasiatkan oleh raja raja melayu dan dikunci didalam perlembagaan yang cukup jelas  mengatakan  perlembagaan negara Malaysia, charateristic orang yang dikatakan MELAYU yang pertama mesti pandai cakap Melayu, no dua mesti ISLAM. Memang Islam dengan Melayu takkan boleh dipisahkan.

Thursday 27 October 2016

TUN M LUPA..............

Dari hari ke hari, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M.
Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.
Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".
Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.

Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu.
Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan.
Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.
Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.

Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".
Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.
Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan.
Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan.
Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset.
Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".
Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.


Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.


Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?

Thursday 25 February 2016

Lagi Penipuan Projek Impian Sarawak DAP Didedahkan!!




Satu lagi pendedahan penipuan projek Impian Sarawak anjuran DAP didedahkan apabila tapak tanah projek air paip graviti tersebut disahkan adalah satu projek sementara dan sia-sia.

Menurut ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, kawasan tapak tanah tersebut telah diluluskan oleh kerajaan untuk projek bekalan air bersih dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saluran paip air bersih tersebut akan dibina oleh JKR pada tapak yang sama secara PERCUMA tanpa memerlukan pembayaran dari penduduk setempat.

http://3.bp.blogspot.com/-7i4P7ge7S5M/VBs0aDvwEDI/AAAAAAAAFB0/uVtZdIbj9kQ/s1600/Dato%2BHenry%2BSum%2BAgong.jpg
Dato Henry Sum Agong: MP Lawas

Berbanding dengan projek Impian Sarawak itu, penduduk kampung dipaksa membayar duit penyertaan sebanyak RM250 untuk setiap peserta dan yuran RM30 sebulan kononnya untuk tujuan penyelanggaraan paip. Nampaknya DAP sekali lagi berniat untuk mengaut keuntungan dari projek ini yang kononnya dipromosi secara besar-besaran untuk membantu rakyat.


Sebelum ini DAP juga pernah menipu orang pedalaman di kawasan Sri Aman berkaitan skim bantuan anak pokok sawit; juga menerusi projek Impian Sarawak. Penduduk kampung diumpan dengan bantuan anak pokok sawit bernikai RM1,000 tetapi terpaksa membayar semula sebanyak RM4,000 pada tahun kedua.

DAP juga didapati tidak mengutamakan kebersihan air dan risiko penduduk kerana tidak pernah merujuk Jabatan Kesihatan untuk projek paip air graviti tersebut.


Semakin terbukti DAP menggunakan alasan projek paip air graviti di kawasan Lawas untuk tujuan mengaut keuntungan dan menjatuhkan Baru Bian sebagai ADUN di kawasan tersebut.