Monday 19 November 2012


MURTAD

Rujukan dari Qanun Jinayah Syar`iyah: FASAL 6. MURTAD (dipetik dari sumber)

a. Perkara 90: Orang yang dianggap murtad.

1) Seseorang Islam tidak dianggap melakukan kesalahan murtad, kecuali dengan adanya dua perkara berikut: i) Keluar dari agama Islam (meninggalkan agama Islam), iaitu mereka tidak mempercayai lagi kebenaran agama Islam, samada melalui iktikad (kepercayaan), atau melalui perbuatan, atau melalui perkataan sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 85 perenggan (a) (b) dan (c).
ii) Mereka mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan atau mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran, dan mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang dikeluarkan itu membawa kekufuran dan murtad.
2) Sesiapa yang melakukan suatu perbuatan atau mengeluarkan sesuatu perkataan yang membawa kepada kekufuran, dan ia tidak tahu maksud perbuatan dan perkataannya itu tidak boleh dihukumkan kafir dan murtad, dan tidak boleh pula dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang diperuntukan
3) Untuk menghukumkan seseorang Islam itu menjadi murtad bukan hanya dengan melakukan perbuatan-perbuatan, atau mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa kepada kekufuran sahaja tetapi mestilah juga disertai dengan niat di hati untuk menjadi kafir.

Perkara 91: Hukuman yang dikenakan ke atas orang yang murtad.
1) Seseorang Islam yang telah murtad (keluar dari agama Islam) wajib dibunuh tanpa perbezaan, samada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra: "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari. Sabulus Salam:3/265)
2) Mereka yang telah sabit kesalahan murtad dalam mahkamah sebelum dihukum bunuh hendaklah disuruh bertaubat dan diberi tempoh kepada mereka itu untuk bertaubat dalam masa tiga hari. Jika mereka enggan bertaubat, maka mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukum bunuh ke atasnya. Peraturan ini adalah merujuk teguran Saidina Umar terhadap Abu Musa al-Asy`ari kerana membunuh seorang yang murtad tanpa diminta bertaubat lebih dahulu. Katanya: "Kenapakah kamu tidak mengurungnya dalam rumah selama tiga hari, dan kamu beri makan roti kepadanya tiap-tiap hari mudah-mudahan ia bertaubat. Kemudian Saidina Umar berkata: Ya Allah! sesungguhnya aku tidak hadir (ketika pembunuhan itu) dan aku tidak menyuruh bunuh dan aku tidak redha pembunuhan itu dilakukan." (Riwayat Malik dalam Muwatto`, Syafi`e dan Baihaqi.)
3) Peraturan syara` yang dikuatkuasakan dalam mahkamah bahwa seseorang yang telah sabit kesalahan murtad sebelum mereka dihukum bunuh disuruh bertaubat adalah merujuk hadith Nabi saw yang diriwayatkan daripada Jabir ra mengenai kes seorang perempuan bernama Ummi Marwan telah murtad. Kes ini telah disampaikan kepada Nabi saw, lalu baginda memerintahkan supaya perempuan itu bertaubat. Jika ia enggan bertaubat maka ia bolehlah dibunuh.

Tuesday 13 November 2012




IZZAH PANCAR ISI HATI MAHU LENYAPKAN ISLAM DEMI POLITIK PKR

Izzah ....."Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata,” 

Ibarat sudah terang lagi tersuluh,  itulah sahsiah diri Izzah dan PKR bilamana merujuk kenyataan di atas. Izzah terang-terang mahu menghancurkan akidah orang Melayu dan syiar Islam di Malaysia hanya kerana dahagakan kuasa dan pengaruh politik songsangnya yang kian diambang kehancuran.

Bilamana masyarakat bangkit membantah, Izzah dan penyokong-penyokongnya mula berdolak berdalih mempertahankan kenyataannya dengan mempersoalkan perkataan  bangsa Melayu dan Islam dalam
Perlembagaan Negara sedangkan semua memahami kandungan kenyataan secara jelas dan terang. Malahan penyokong tegar PKR, Wfauzdin blogspot pula menganggapnya sebagai isu yang cukup remeh dan tidak perlu dipolemikkan!.

Kehadirannya di dalam forum itupun sudah cukup jelas betapa  langkahnya telah disusun mahu mengadai Islam di sebuah gereja bagi memenuhi tuntutan dan kepentingan orang bukan Islam. Tepukan gemuruh dari hadirin dan ahli panel bukan Islam membuatkannya bongkak kerana diangkat sebagai pemimpin yang berani `bersuara' mengenai Islam' di gereja  serta takbur kerana mencabar firman ILLAHI walaupun dia tidak mempunyai keupayaan memahami ayat Al-Quraan tersebut. 

Apapun, hati Izzah kini sudah membusuk terhadap Islam dan orang Melayu. Tidak siapa dapat menyangkal lagi bahawa PKR adalah parti berbentuk `kedai besar atau mall' yang menjual apa sahaja asalkan mendapat sambutan pembeli. Dari sekecil-kecil keperluan rumah seperti jarum hinggalah maruah dan agama bebas dijaja dan dibeli asalkan mendapat keuntungan besar. 

Lebih penting Perlembagaan Negara pasti terhapus jika PKR memerintah kerana Izzah tidak mahu Orang Melayu menganut Islam secara automatik. Orang Melayu bebas memilih agama.










Sunday 4 November 2012


PENGHINAAN YANG KETERLALUAN!!!!!


Isu HUDUD kian menjadi gempar seolah-olah hari kiamat esok. Tapi apa pun, ahli politik kini lebih selesa mebicarakan hal agama kerana ia diguna untuk memenangi undi masyarakat khususnya kalangan Melayu. Jadi, walaupun mungkin mereka (orang Islam) mengetahui tidak akan memasuki syurga, tetapi dengannya mereka boleh menang kerusi dan membolot jutaan wang ringgit.

Apapun, yang pelik dan menghairankan di Malaysia ni pemimpin bukan Islam begitu rancak mempersoalkan HUDUD!.  Bukan kerana mereka buta HUDUD tetapi kerana kejangkalan umat Islam di Malaysia sendiri yang memberi peluang untuk mereka mempersoalkan HUDUD. Terakhirnya ketua sami pulak yang bangkit menyanggah HUDUD di Malaysia. Siapa dia sami ini. Kalaulah umat Islam Malaysia pula mempertikaikan betapa mudahnya pembinaan kuil haram di Malaysia malah tak mengira tempat contohnya, tepi longkang, ladang kelapa sawit, bawah pokok besar, tepi jalan termasuk dalam kem tentera (semua tahu orang India dalam tentera berapa kerat sahaja) serta  kenapa perlu lembu dijadikan Tuhan mereka, mereka akan `mengamuk' sakan seolah-olah negara ini negeri asal mereka.

Sepatutnya mereka ini sedarlah, umat Islam tidak akan berdiam dan terus memberi ruang yang lebih untuk mereka mempertikai agama suci dan agama rasmi negara ini SECARA KETERLALUAN DAN TAK MENASABAH. Mereka sepatutnya menghormati apa yang telah ada dan jangan sekali-kali melampau batasan. Mereka harus tahu yang mereka tidak boleh berbuat sesuka hati mereka macam mereka membina kuil mereka.

Umat Islam tanpa mengira kefahaman sepatutnya menjadikan tindakan sami ini sebagai satu penamat dari segala perbuatan memperlekeh agama suci ini. Apa lagi yang ditunggu, jangan kita terus leka sehingga satu hari nanti yang tinggal hanyalah LAM (lambat). Sekiranya penghinaan ini terus menerus dilakukan ditakuti nanti `bom jangka' tak lagi dapat dikawal.