Tuesday 16 October 2012



RUMAH SOJAR - INDAH DI LUAR, BURUK DI DALAM

Kenapa perlu sojar terus menerus ditimpa malang hanya kerana kelemahan kontraktor yang tidak bertanggungjawab yang seharusnya menyediakan rumah yang selesa bagi anggota dan keluarganya. Setahu penulis, projek pembinaan perumahan tentera telah bermula sejak Dato' Sri Najib menjawab Menteri Pertahanan ketika dulu lagi. Ketika itu anggota tentera merasa terpanggil untuk mengucapkan terima kasih di atas segala daya usaha Menterinya yang bersungguh merealisaikan menyediakan rumah yang cukup bagi semua peringkat anggotanya dimana bilangan bilik yg lebih banyak, ruang yang lebih luas dan perabut yang cukup baik. Mereka tidak segan silu mempelawa keluarga dan tetamu luar untuk berziarah malah bermalam di rumah mereka.

Tetapi kini, lain pula jadinya (sumber dari Askar Setia). Tidak mustahil pendedahan ini sebagai  `tip of the iceberg' dan bolehlah dianggap rumah tentera indah di luar, buruk di dalam. Sekadar bersimpati dengan keluhan dan kesulitan yg dihadapi oleh anggota tentera yang dilihat sebagai kelompok masyarakat yang sentiasa berjuang tanpa mengira penat lelah malah sanggup mengadai nyawa untuk menentukan kesejahteraan, keamanan kita semua.

Isu berkaitan kecatatan dan kerosakan yang berlaku dalam kebanyakkan rumah RKAT bukanlah satu perkara baru dan ia sering menjadi 'buah mulut' kebanyakkan pegawai dan anggota ATM. Askar Setia turut pernah beberapa kali mendengar keluhan beberapa pegawai  dan anggota yang tinggal di RKAT KEMENTAH termasuk di Desa Tun Hussein Onn (DTHO) yang telah menyatakan kekesalan mereka kerana tinggal dalam rumah 'seperti tidak siap' ekoran siling yang runtuh, paip bocor yang menyebabkan limpahan najis 'orang atas' dan pelbagai kes lagi sedangkan kuarters berkenaan merupakan kuarters baru!

Pemberian kemudahan kuarters RKAT boleh saya klasifikasikan sebagai 'satu rahmat' kepada pegawai dan anggota ATM namun, pihak KEMENTAH seharusnya memastikan rumah-rumah berkenaan utuh dan selamat untuk didiami. 

Friday 12 October 2012



TG AZIZ PERLUKAN LIM KIT SIANG DAN KARPAL!

SUDAH TERANG LAGI BERSPORTLIGHT dan tidak ada siapa yang mati terkejut kerana pengakuan Mursyidul AM PAS, TG Nik Aziz. Kalau tanya biawak dan gajah pun mereka tak akan terkejut beruk!. Tindakkanya, ianya sekadar memperbaharui ikrar sebagai jaminan kepada DAP bahawa beliau akan terus menyokong dan mendokong DAP dalam semua urusan melibatkan negeri, negara mahupun yang mengaitkan isu keagamaan Islam sekalipun. 

Tidak timbul persoalan siapa yang memerlukan siapa, hakikatnya PAS bertindak demikian kerana menyedari sokongannya orang Melayu/Islam terus menerus terhakis berikutan pelbagai masalah serta tindakan PAS  yang menimbulkan kebencian dan penolakkan rakyat kepada mereka. Sebelum-sebelum ini pun, dalam semua keadaan PAS tidak lagi dilihat mahu memperjuangkan agenda Melayu dan syiar Islam. PAS menjadi `Pak Angguk' kepada DAP,  cukup patuh dan tidak sesekali membantah, malah sanggup menjilat dan mencium kaki seorang wakil rakyat DAP di negeri Kedah. Di Selangor dan Pulau Pinang yang mempunyai seorang wakil rakyat PAS diterajang dengan hinanya. Bukan itu saja, umat Islam di negeri itu sedang diratah-ratah sang singa, DAP sedangkan PAS lena tidur di kandangnya.

Malah belum di kira lagi, isu murtad berhubung serbuan ke atas gereja haram, penjualan arak di Selangor, ahli politik DAP melafaz ayat al-Quran secara tunggang langgang dan menerima sorakan PAS, isu BERSIH dan isu air Selangor (di mana kerajaan negeri merancang menyerahkan projek urus air kepada syarikat Singapura atas nasihat DAP) yang terang-terang mempergunakan PAS, perempuan DAP yang tidak suci melakukan korban, berucap dalam masjid dan banyak lagi yang cukup sarat untuk dinyatakan hanya  gara-gara menukar haluannya kepada DAP dan Negara Kebajikan!!!!.

Apa pun, hakikatnya PAS lebih mempercayai DAP daripada PKR dalam pakatan pembangkang. Di manakah harga diri TG Nik Aziz yang kini lebih mempercayai Lim Kit Sing, Karpal Singh!. Persoalannya, apakah benar Malaysia kini telah menghampiri menjadi negara Republik?. Sekadar mengulangi ucapan pemimpin DAP (melalui pendedahan Dokumen Sulit Mohamed Razali Abd Rahman, bekas Setiausaha Org DAP) yang berbunyi: `we (DAP) must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian". 

Masyarakat umum seharusnya menyedari dengan penuh  yakin bahawa PAS TIDAK LAGI RELEVAN bagi penduduk Malaysia khususnya orang Melayu baik di bandar, kampong, desa atau  yang berada di pulau-pulau sekalipun. PAS telah beralih arah, berubah dan jaminan orang Melayu untuk terus berkuasa dan syiar Islam terus berkembang HANYA AKAN TINGGAL KENANGAN.  

Thursday 11 October 2012

PKR PERTAHANKAN SIAPA


Sekali lagi ingin penulis mengupas artikel Sjn Wan Fauzdin (Bersara) bertajuk US NASHA "ADA TAK MENAMBAH, TIADA TAK MENGURANG" TAPI LEBIH BAIK TIADA. Menariknya hanyalah unggapan, tapi yg peliknya org sebaik itupun dianggap tak berfaedah kepada parti. Siapa PR mahukan! Mat Sabu@Mat Jenin, Azmin Blowjob, Elizabeth Wong dan banyak lagi…!!!.Apakah PR sudah tidak dapat membezakan antara kaca dan intan!. PR yg diomok-omokkan memperjuangkan syiar Islam, ketelusan, kebijaksanaan, BERSIH sewajarnya mempertahankan Ust Nasha yg cukup hebat dan signifikan masa kini di mana org Melayu bagaikan retak menunggu belah. Apakah PKR dan PAS gusar atau lebih selesa  membela pemimpinnya yg nyata penuh dgn palitan kejahatan, kemaksiatan dan kekotoran!.
Lebih menghairankan kenapakah PKR begitu beria-ia dalam soal ini, seakan-akan wujud kolobrasi licik bagi mempertahankan kepentingan PR!.Semua mengetahui Ust Nasha menjadi mangsa muslihat politik PR secara sistematik, bermula, kalah mengejut  mempertahankan jawatannya sebagai Timb Presiden gara-gara komplot Anwaranis, kini didesak bertubi-tubi  bagaikan mahu dipancung  kerana  kesalahan melakukan zina dgn isteri orang?.Saya cukup hairan kenapa perlu PR mengamalkan double standard dan selektif dalam hal ini. Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan Ust Nasha akhirnya dia dikhianati oleh rakannya sendiri. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti kepada orang Melayu apabila PR berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu dan Islam semakin menjadi-jadi dgn sokongan PAS dan PKR. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu dalam PR khususnya Anwar yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP.
Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu. Sepatutnya org Melayu/Islam lebih berpadu dan kuat kerana Al-Quran dan Hadis, tetapi kerana politik kotor dan menjijikan, Melayu berlutut kepada pemimpin yg membelakangi ALLAH dan Islam.  Teramat dukacitalah jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik dan usaha untuk mendapat kekuasaan, berbanding untuk menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri. Anak-anak dan cucu kita juga yg bakal menerima padah dari perlakuan kita yg mengutamakan duniawi.

KESIMPULANNYA, LEBIH AFDAL UNGGAPAN ITU DIBACA SEBAGAI:

"PKR: ADA LANGSUNG TAK MEMBERI MAANFAT, TIADA LAGI  AMAN DAN BAHAGIA ORANG MELAYU DAN ISLAM".
Khas utk Sdraku, diharapkan dapat menyentuh denyut nadi dan rohmu…………..
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)