.
Portal Sarawak Online telah mendedahkan ‘Laporan
Penghantaran Anak Pokok Sawit dan Baja PERCUMA’ kepada pekebun kecil di kawasan
pedalaman di Sarawak.[DI SINI]. Ini adalah kerana Projek DAP “Impian Sarawak” kononnya sekali
lagi membuka mata rakyat Sarawak apabila baru-baru ini DAP telah memberi
bantuan anak pokok sawit kepada rakyat di kawasan pedalaman Sarawak. Sebanyak
100 anak pokok sawit telah disampaikan oleh DAP kepada Pekebun-Pekebun Kecil
Tanah NCR Sarawak bertempat di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang.
Namun apa yang pelik
di sini ialah ini bukanlah satu bentuk bantuan yang ikhlas dari DAP dimana pemohon
tersebut diminta membayar pinjaman selama 20 tahun dengan perlu membayar 10
peratus daripada hasil jualan selepas 2
tahun. Sudah pastinya dengan menghebohkan program ini, akan menimbulkan
persepsi kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa DAP seumpama ‘malaikat’ yang
sangat baik hati membantu pekebun kecil di kawasan pedalaman. Adakah ini
merupakan bantuan ataupun sebenarnya penganiayaan kepada pekebun-pekebun kecil
di Sarawak?
Jika kita buat sedikit pengiraan, 1 pokok akan menghasilkan lebih
kurang 200kg setahun; ini bermakna 100 pokok akan menghasilkan lebih kurang
20000kg atau 20 tan setahun. Jika harga 1 tan (ambil kadar yang paling rendah)
ialah RM300 per tan, maka hasil untuk 100 pokok penerima bantuan DAP ini nanti
ialah RM30000 setahun. Maka dari jumlah tersebut, RM3000 (10%) hendaklah diberi
kepada DAP. Bagi pinjam RM1000; mesti bayar balik dengan ‘bunga’ RM3000 (300%) ??! . Jelas dan nyata ini lebih kepada
konsep ‘Ah Long’ bertopengkan ‘malaikat’!. Selain terpaksa menanggung hutang selama 20
tahun untuk membayar semula harga anak pokok sawit (RM1000), para pekebun kecil
yang suka sangat nak menyokong DAP ini akan menanggung sendiri kos-kos lain
seperti kos meluas serta pembersihan tanah, kos baja dan kos-kos
penyelenggaraan kebun yang lain.
Bantuan anak pokok sawit kepada pekebun kecil setakat bulan Febuari 2013 |
Mari kita dedahkan apa yang sebenarnya telah dinikmati oleh
para pekebun kecil khasnya untuk tanaman kelapa sawit di Sarawak sejak tahun 2
tahun yang lepas. Sejak 2011, bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap
hektar yang diusahakan di bawah Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK)
dan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK); had bantuan maksimum bagi
setiap pemohon adalah 5 hektar. Bantuan RM7,000.00 itu disalurkan kepada mereka
yang layak untuk membiayai kos pembersihan, penyediaan kebun dan anak benih
berkualiti yang akan dibekalkan oleh MPOB. Sebagai tambahan, para pekebun kecil juga diberi bantuan melalui
skim Bantuan Penyelenggaraan Kebun (BPK) sebanyak RM500 sebulan selama 24 bulan
kepada mereka yang lulus bantuan Skim TSSPK; ini bermakna pekebun kecil
menerima tambahan bantuan sebanyak RM12,000 untuk baja. Selain itu, kerajaan
juga membantu pekebun kecil menanam
semula pokok sawit tua yang melebihi umur 25 tahun dengan anak benih berkualiti
yang berupaya menghasilkan Buah Tandan Segar (BTS) yang tinggi. Untuk
pengetahuan umum, setakat tahun 2011 Negeri Sarawak mempunyai 10,417 pekebun
kecil berdaftar dengan MPOB dengan keluasan 58,800 hektar.
Fakta yang sahih; Barisan Nasional tidak pernah meminta
walau 1 sen pun dari hasil pemberian kepada pemohon-pemohon tersebut.
Anda nilai sendiri dari apa yang telah anda baca;
perbezaan diantara kesempatan konsep ‘lintah darat’ yang diamal oleh DAP dan
keikhlasan Barisan Nasional dalam membantu rakyat di kawasan pedalaman. DAP
dilihat semakin menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menipu rakyat di
kawasan pedalaman. Kononnya ingin membantu; tetapi niat sebenar mereka jauh
lebih tersirat memandang rendah terhadap pengetahuan rakyat di kawasan
pedalaman.
No comments:
Post a Comment