Tuesday 29 April 2014

BILA BATANG HIDUNG SENDIRI, RAFIZI MENGAMUK??


Gambar di atas ialah gambar yang disebarkan oleh beberapa orang Blogger UMNO yang mendakwa ianya adalah rakaman gambar keadaan di tempat pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai.

Dimana disini penyandang bagi jawatan Ketua Cabang yang ada ialah Pengarah Strategi PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Beliau dan penyokongnya dilaporkan memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat bila melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.


Penjelasan dari Rafizi Ramli diperlukan dalam hal ini kerana gambar di atas telah turut dipetik dan disebarkan oleh Khairy Jamaluddin dilaman Twitter..


Ada pihak kata gambar-gambar kat atas tu ialah gambar-gambar lama (Pemilihan 2010) dulu.. sejauh masa sahihnya belum pasti lagi..

Tapi berita kat bawah ni berita baru..

Provokasi calon punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam

Kuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang,” katanya kepada BH.

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat ~ Berita Harian

Monday 28 April 2014

MESYUARAT SULIT PAS: TETAP LAKSANA HUDUD WALAU DIHALANG DAP, TIDAK TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO 4/25/2014 |


Dalam satu pertemuan sulit dengan Jawatankuasa Penerangan PAS seluruh negara, Pengarah Jawatankuasa Penerangan Negeri-Negeri (JPN) seluruh negara bersama S/U dan AJK JPN seluruh negara yang diadakan di sebuah resort di Negeri Sembilan minggu lalu, beberapa keputusan penting dalam pertemuan itu telah diputuskan dan dirumuskan oleh Dr. Hatta Ramli dan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai Pengarah Strategik PAS Pusat. 

Berkenaan dengan isu Hudud dua ketetapan telah diputuskan seperti di bawah:- 
Pertama, PAS sebenarnya tidak mengharapkan undi kaum Cina terutama bila melihatkan isu pelaksanaan Hukum Hudud yang ditentang oleh pemimpin DAP.
Kedua, PAS tetap akan laksana Hudud dan tidak tahu samada akan bergabung dengan UMNO. Walau bagaimanapun, jika UMNO sanggup terima cadangan untuk melaksanakan Hudud, PAS bersedia untuk berbincang.
Bersambung esok ... Dr. Dzulkifley turut mengumumkan peruntukan dari PAS sebanyak RM300,000 kepada setiap ADUN dan RM500,000 kepada setiap Parlimen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perang saraf. 

Juga esok, begitu juga PAS tidak ada kepercayaan dan tiada harapan kepada PAS Sabah dan PAS Sarawak.

`CINA DAP' AKAN KALAH TEROK PRU14 JIKA LAKSANA HUDUD: KATA LIM KIT SIANG


Lim Kit Siang mengakui bahawa Pakatan Rakyat khususnya Cina DAP akan kalah dengan lebih lebih besar, jika PAS berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri Kelantan. Selepas kerajaan PAS Terengganu memperkenalkan enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) pada tahun 2001, parti itu mengalami kekalahan teruk pada kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum 2004.
“Selepas enakmen diluluskan pada tahun 2001, PAS dan PKR hanya mendapat satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN pada tahun 2004.
“Pada tahun 2008, manifesto PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud, namun ia tidak menambahkan undi kepada PAS dan PKR.
“Bukankah ia tanda pengundi di Terengganu lebih mementingkan isu lain berbanding perlaksanaan undang-undang itu?” soal Kit Siang, dilaporkan Roketkini.
Kit Siang berkata jika hudud dilaksanakan, ia tidak mampu menarik lebih ramai pengundi Melayu menyokong PR, sebaliknya dalam masa sama kehilangan lebih besar pengundi bukan Melayu.
“Kalau pun kita menjangka sokongan Melayu kepada Pakatan akan meningkat satu peratus, kesan hilangnya sokongan orang bukan-Melayu jauh lebih besar.”
Buktinya, apabila kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan hudud pada tahun 1996, pengundi bukan Melayu menolak DAP yang bergabung dengan PAS membentuk Barisan Alternatif pada Pilihanraya Umum 1999.
Hal itu dapat dilihat dalam PRU pada tahun 1999, apabila BN dalam kempennya menggunakan strategi “undi Barisan Alternatif (BA) bermakna setuju dengan pelaksanaan negara Islam,” menyebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu-menolak BA, terutama DAP
“Hal itu dapat dilihat dalam PRU pada tahun 1999, apabila BN dalam kempennya menggunakan strategi “undi Barisan Alternatif (BA) bermakna setuju dengan pelaksanaan negara Islam,” menyebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu-menolak BA, terutama DAP.”
Kit Siang berkata jika isu itu dibangkitkan pada PRU 13, bukan sahaja BN akan kembali memperoleh majoriti dua per tiga, malah berkemungkinan mentadbir semula Selangor dan kembali menjadikan Johor sebagai ‘deposit tetap’ mereka.
“Malah pada PRU lalu, PAS dan PKR mendapat empat daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu tanpa kempen hudud. Tiadanya hudud dalam manifesto di negeri itu tidak menyebabkan PAS hilang apa-apa sokongan di sana".

ANWAR TERSANGAT-SANGAT KECEWA, TERLALU KECEWA |


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tersangat-sangat kecewa, terlalu amat-amat kecewa apabila Barack Obama tidak mahu menemuinya dalam kunjungan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia hari ini.
“Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar,” laporMalaysiakini mengulas artikel Ketua pembangkang itu yang disiarkan di akhbar Washington Post hari ini.
Dalam artikel kepada Washington Post itu, Anwar telah menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja, tetapi mesti kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.
“Dengan kecenderungan keperluan kepada semua kaum, Pakatan Rakyat menginginkan satu masyarakat majmuk di mana Islam sederhana wujud bersama secara harmoni dengan agama lain yang kebebasan asas termaktub di bawah perlembagaan persekutuan.
“Ia akan menjadi jauh dari politik jahat parti pemerintah, yang menonjolkan kepada dunia Barat muka kesederhanaan dalam hubungan agama dan bangsa sambil mengejar dasar yang mengumpan bangsa dan hasutan kebencian agama – penyalahgunaan didokumenkan secara meluas oleh kumpulan termasuk Suaram dan Human Rights Watch.
“Dengan media cetak dan elektronik di bawah kawalan penuh rejim tersebut, khabar angin tersebar mengenai pengambilalihan kerajaan berlaku oleh orang Kristian, ancaman keganasan yang dilemparkan terhadap orang bukan Islam, Al-Kitab disita dan uskup diheret oleh polis untuk soal siasat. Ucapan saya untuk jemaah dalam satu gereja Katolik pada Ahad telah dikutuk sebagai tindakan murtad, “kata Anwar kepada Washington Post.
Anwar juga turut mempromosi di laman peribadinya, anwaribrahimblog.com, satu artikel bertajuk “President Obama Must Address Malaysia’s Human Rights Record.”
Artikel yang ditulis Amnesty International AS itu menyenaraikan rekod hak asasi manusia di Malaysia, salah satunya berkaitan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim.

SIAPA TIPU SIAPA: DAP TERKEJUT DAKWAAN HAJI HADI PR SETUJU HUDUD


DAP tidak pernah bersetuju dengan langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan, sebelum atau selepas Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada tahun 2008. Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng terkejutnya dengan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud. LKS berkata ...ini adalah pertama kali saya dengar DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan oleh PAS. Pimpinan tertinggi DAP, sama ada Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh tidak akan bersetuju kerana ia kononnya bertentangan dengan perlembangan.  LKS mendakwa Abdul Hadi telah melakukan kesilapan dan mengeluarkan kenyataan yang salah apabila  Abdul Hadi dilaporkan berkata Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan niat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Lim berkata PR terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Kadilan Rakyat dan ia beroperasi berdasarkan konsep kesepakatan daripada ketiga-tiga parti itu.

Ini jelas menujukkan bahawa sebelum kesepakatan ini terjadi `ada muslihat' antara mereka yang pasti adalah DAP dan PKR mahupun PAS kerana undi Cina!!!!

Monday 14 April 2014

INILAH AKIBATNYA BILA ISLAM DIPERALAT UNTUK SOKONG CINA DAP!!


Aku hanya mampu menggelengkan kepala bila lihat Pas makin tertekan di pijak PKR dan DAP dalam hasrat Pas membawa usul  Hudud ke Parlimen. Malah aku bertambah malu bila lihat Pas masih kekal bersama Pakatan Rakyat yang menolak keras pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan. 
DAP sudah mengarahkan kesemua 38 Ahli Parlimennya menentang Hudud dan sekarang mereka telah mendapatkan 50 Ahli Parlimen untuk menolak pelaksanaan Hudud !!! Besungguh-sungguh DAP nampaknya menentang pelaksanaan ini. 
Kerajaan Pas Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

Sebelum ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Apa lagi yang Pas mahu tunggu , mereka sudah dihina dan tidak dihormati sebagai antara Parti Terbesar dalam Pakatan , tapi apa yang mereka lakukan selalunya tumbang di tangan DAP dan PKR. Tidak malu dan tidak ada maruahkah Pas sekarang. 

Aku pasti jika Arwah Ust Fadhil Noor masih ada sedah tentunya Pas tidak jadi sebegini, akibat tertalu mahu kuasa politik akhirnya Pas sendiri tersungkur di tangan sahabatnya dalam Pakatan Rakyat bukan dari Barisan Nasional !!

Thursday 3 April 2014

Anwar Terancam Dengan Perpecahan PKR


.


Keghairahan Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan keengganan Khalid Ibrahim untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor di lihat menjadi ancaman kepada Anwar dalam perjalanannya menuju ke penjara akibat kesalahan meliwat  Mohd Saiful Bukhari.
Barangkali itulah yang sedang menyesakkan nafas Anwar Ibrahim ketika ini memandangkan segala perancangan untuk tahun 2014 di lihat serba tidak menjadi.
Mungkin bagi sesetengah pihak melihat kejayaan PKR memenangi PRK Kajang sebagai satu lagi kejayaan Anwar bersama konco-konconya dalam dunia politik tanahair.Namun kisah sebenarnya tidak seperti mana yang di zahirkan.Anwar ternyata semakin runsing dengan segala perubahan politik dalaman yang ketika ini melanda parti songsang milik anak beranaknya.
PKR pada ketika ini punya masalah besar malah kepincangan dalaman yang semakin membusuk itu sedang di tutup oleh barisan pimpinan PKR sendiri agar reputasi Anwar Ibrahim tidak tercalar.
Kejayaan Wan Azizah di bumi Kajang baru-baru ini tidak memberikan sebarang impak besar kepada kerajaan mahupun UMNO memandangkan kerusi tersebut sebelum ini sememangnya di miliki oleh PKR.
Dalam masa yang sama insiden MH370 berlaku pada ketika Anwar baru mula mahu meniup gelombang rakyat Kajang dan sudah semestinya kem PKR sedikit kecewa memandangkan kebanyakkan rakyat Malaysia lebih memberikan tumpuan kepada isu MH370.
Anwar seperti mana yang di kenali banyak pihak merupakan seorang manusia yang hidup dengan politik.Tanpa politik kemungkinan nama Anwar akan terus tenggelam di telan saki baki usia yang semakin meningkat.Beliau tahu tanpa sebarang spekulasi atau cerita-cerita panas , pembangkang dan Anwar Ibrahim tidak mampu bangkit sebagai hero.
Maka untuk memastikan survivalnya selepas ini Anwar perlukan satu perancangan teliti memandangkan beliau kemungkinan akan hilang dari dunia politik untuk satu tempoh yang panjang.
Kedudukan Azmin Ali yang kini di lihat agak berbeza daripada sebelumnya menimbulkan sedikit keraguan kepada Anwar walaupun ramai mengetahui Azmin merupakan antara anak emas Anwar.Azmin Ali satu nama besar dalam kem PKR dan beliau di lihat punya jaringan yang agak besar di peringkat akar umbi PKR berbanding lain-lain pemimpin.
Kemelut dalaman melibatkan kem Azmin dan Khalid juga menyebabkan Azmin pernah menongkah arus dengan beberapa kenyataannya yang di lihat tidak pro PKR.Beliau kini di label sebagai seorang pemimpin yang punya sifat rakus politik apabila di lihat punya impian untuk pergi lebih jauh dalam politik.
Anwar sudah melihat perkara ini dan beliau tahu sekiranya sesuatu tidak di lakukan Azmin Ali sudah pasti akan menawarkan dirinya untuk bertanding Presiden PKR.Untuk itu Anwar perlu mencalonkan dirinya , selain daripada satu mesyuarat penting dalam kelambu di antara beliau dan Wan Azizah untuk memastikan Wan Azizah juga turut bertanding jawatan tersebut.
Dengan cara itu maka Azmin tidak akan berani melangkah lebih jauh memandangkan Anwar serta Azizah merupakan calon bagi jawatan tertinggi parti.Azmin bukan bodoh beliau tahu jika di teruskan niat bertanding menentang tuhannya sendiri sudah tentu ahli di peringkat akar umbi akan lebih memilih Anwar atau Azizah dan karier politiknya akan mati.
Azmin perlu memastikan tali hayatnya kekal memandangkan persaingan utamanya kini adalah Khalid Ibrahim yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Namun banyak pihak percaya Azmin tidak punya banyak masalah untuk menewaskan pencabar lain termasuklah Khalid Ibrahim.
Namun Azmin perlu ingat dalam politik segalanya mungkin berlaku , dan Anwar kini memerlukan seseorang yang boleh di percayai dan mampu meneruskan perjuangan serta membela beliau sewaktu meringkuk dalam penjara.
Tempoh masa 5 tahun bermakna Anwar tidak akan terlibat dalam mana-mana pentas politik waima memegang jawatan dalam parti dan sudah semestinya dalam jangkaan waktu itu Anwar juga akan terlepas PRU ke 14.Sekiranya di ambil kira semua kemungkinan ini bermakna Anwar akan hilang dari pentas politik hampir 10 tahun sebelum mampu bertanding semula.
Untuk itu tidak mustahil kem Azizah akan membuat percaturan politik yang membolehkan Khalid Ibrahim di angkat sebagai Timbalan Presiden seterusnya mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika itu berlaku maka karier politik Azmin Ali bakal tercalar.
Kenapa perlunya Anwar menyusun gerakan sebegini ? 
Jika Anwar menang sebagai Presiden parti dan Azmin menang Timbalan Presiden dan kemudian Anwar di sabitkan bersalah dan di tahan , adakah Azmin sebagai pemangku jawatan mampu untuk terus menjaga kebajikan Anwar dan PKR seperti mana yang boleh di lakukan oleh Wan Azizah dahulu ?
Ada juga pendapat menyatakan Anwar akan menarik diri daripada bertanding menentang Wan Azizah dengan memberikan kemenagan percuma kepada isterinya.Kemenangan itu akan lebih memberikan kelebihan buat Anwar walau apa jua yang berlaku kerana Wan Azizah sudah pun membuktikan kesetiannya kepada Anwar sebelum ini.
Dengan percaturan membawa masuk Khalid Ibrahim sebagai sebahagian daripada team Wan Azizah sudah tentu perancangan untuk terus mengekalkan Anwar sebagai ketua umum akan lebih mudah seterusnya menjadikan Anwar terus punya peranan dalam parti.
Anwar sebenarnya sudah pun memberikan petunjuk akan kebimbangannya berdasarkan permintaannya kepada Nik Aziz supaya mendoakan agar beliau di berikan kesejahteraan dan kekuatan untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Secara simboliknya Anwar tahu karier politiknya sudah hampir ke penghujung dan kerana itu Wan Azizah amat-amat di perlukan bagi mengimbangi kerakusan pimpinan muda dalam PKR yang kini sedang meningkat naik.