Wednesday 19 March 2014

SAMPAI BILA PAS JADI PAK LAWAK JE..




Meskipun PAS berkongsi kemenangan yang sama banyak dengan DAP dengan memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun layanan terhadap parti itu dibuat secara tidak adil dalam soal pembahagian jawatan dalam PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) jelas memperlihatkan PAS sekadar `PAK LAWAK je di Selangor'. Rata-rata pemimpin PAS dan penyokongnya dah sedar dan mula mencatur masa depannya sendiri selepas ini. Mereka katanya “Ini tidak adil….,” kata laman sosial pro ulama, ‘Kami Bersama Ulama Muda Haraki‘ dengan merujuk kepada satu poster tentang pembahagian jawatan tersebut.
Dalam poster itu tertulis satu persoalan; “Kenapa PAS mendapat kerusi yang terendah dalam PBT, sedangkan kerusi DUN, PAS lebih tinggi dari PKR ??.” Poster itu turut membandingkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi parti kompenan Pakatan Rakyat (PR) dengan jumlah ahli PBT yang dilantik bagi tahun 2014-2015. PAS yang menang 15 kerusi DUN, hanya dilantik 65 ahli PBT, berbanding dengan PKR yang menang 14 kerusi DUN, ahli PBT yang dilantik adalah seramai 78 orang. Manakala, DAP yang juga menang 15 kerusi DUN, mendapat habuan terbanyak, apabila 83 ahli dilantik dalam PBT.
 
Namun nak salahkan 100%  PKR dan DAP tak boleh juga kerana  pemimpin PAS di selangor sentiasa mahu menyembunyikan segala kelemahan yang ada. Pemimpin PAS Selangor tidak punyai kewibawaan dan nyata lemah. Ini boleh dilihat dalam pelbagai isu di selangor sendiri, isu murtad , rumah urut yang bertambah dllnya semuanya tidak mampu disanggah....oleh itu persoalannya boleh atau mampukan PAS Selangor memperjuangkan agenda Islam di negeri itu!!!Sampai bila mahu jadi Pak Lawak sahaja!!!!

No comments:

Post a Comment