PKR dan Pakatan Rakyat sudah mula terasa bahang. Kalau sebelum ini mereka begitu yakin kemenangan akan berpihak kepada PKR menerusi mana-mana calon mereka, tetapi nampaknya kali ini, menerusi perkembangan terbaru pesawat MH370 dan laporan-laporan negatif yang mengaitkan antara juruterbang pesawat malang itu dengan Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Rakyat sudah mula menggunakan taktik kotor untuk menang.
PRK DUN Kajang diwujudkan semata-mata untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara. Mengikut perancangan PKR, PRK itu akan diadakan sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman terhadap Anwar Ibrahim. Dari awal lagi PKR sudah menjangkakan, Mahkamah Rayuan akan menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.
Justeru, berdasarkan pengakuan Rafizi Ramli kononnya dia yang mencetuskan idea 'KAJANG MOVE', kaitan dengan kehilangan pesawat MH370 semakin jelas. PKR dan Anwar Ibrahim jelas panik dan terpaksa mencipta Pilihanraya Kecil untuk menyelamatkan diri. Malangnya, SPR telah menetapkan tarikh jauh di hadapan berbanding keputusan Mahkamah Rayuan. Anwar Ibrahim dan PKR cuba mencetuskan provokasi dengan melanggar peraturan pilihanraya dengan harapan, dia akan ditangkap dan mereka boleh mencetuskan isu baru.
SPR tidak ambil sebarang tindakan. Anwar kecewa dan mula mempertikaikan keputusan Mahkamah, hakim, SPR bahkan Kerajaan Malaysia. Namun apabila MH370 dilaporkan hilang, Anwar Ibrahim yang lantang bercakap apa-apa sahaja secara tiba-tiba mendiamkan diri. Spekulasi semuanya menjurus kepada Anwar Ibrahim dalam kes kehilangan pesawat ini terutama sekali selepas media mendedahkan hubungan akrab juruterbang itu dengan PKR dan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.
Di Kajang, kempen PRK masih berterusan sekalipun PKR sedang bergejolak dan berbalah sesama sendiri. Wan Azizah terpaksa mempamerkan kebangangannya dengan melakukan beberapa kesilapan besar terutama sekali dalam usahanya untuk mengaitkan RAJA BOMOH VVIP, Ibrahim Mat Zain dengan UMNO-BN. Sokongan pengundi Melayu kepada PKR kelihatan sangat muram. PKR tahu, mereka perlu berbuat sesuatu untuk mendapatkan undi-undi Melayu yang semakin menjauh.
Satu gerakan menggertak dan mengugut telah dilakukan oleh macai-macai PKR. Ugutan bahawa Pakatan Rakyat akan merobohkan lebih banyak gerai-gerai dan kedai-kedai orang Melayu sekiranya Melayu tidak mengundi PKR dalam PRK DUN Kajang kali ini sedang dikempenkan secara meluas dan secara lebih peribadi. Manakala di kalangan orang Cina pula, tentera-tentera upahan DAP, menggunakan taktik komunis untuk menggertak, menakut-nakutkan dan mengancam pengundi-pengundi Cina yang juga jelas menunjukkan perubahan sikap dan kecenderungan yang besar.
Beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu dan Cina kini menjadi tumpuan tentera-tentera Pakatan Rakyat terutama sekali dari DAP dan PKR untuk melakukan ugutan dan kempen menakut-nakutkan, sama seperti yang dilakukan oleh Min Yuen dari Parti Komunis Malaya lebih kurang enam dekad lalu.
No comments:
Post a Comment