Sunday, 30 March 2014
BILA SYAITOON BERCAKAP....???
Kedua-dua mahluk ini tak sedar mereka dulunya menumpang, kini dah mula tunjuk belang nak gigit tuan tanah yg mereka dulu merayu , melutut minta belas kasihan.....Ahli Majlis Perbandaran MPSP dan Naib Ketua Pemuda DAP Satees Muniandy , Penolong Khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , menyeru orang ramai supaya berhenti berdoa dan mula cari pasal ??
Thursday, 27 March 2014
SAH: LANGKAH KAJANG MUNGKIN AKAN BERUBAH - PRESIDEN PKR
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata
pelan 'Langkah Kajang' yang dikatakan misi menggantikan Tan Sri Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor mungkin akan melalui beberapa
'perubahan'. Azizah berkata tumpuannya buat masa ini adalah menggalas tugas sebagai
ADUN Kajang yang baharu dan enggan mengulas lanjut spekulasi bahawa
beliau akan di calonkan untuk menggantikan Khalid.
Sebaik sahaja bekas wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan
jawatannya secara mengejut 27 Januari lalu, PKR menamakan Ketua Umumnya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK)
DUN Kajang. Serentak itu, PKR melancarkan misi Langkah Kajang bagi menamakan Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.Namun misi itu tergendala apabila Anwar hilang kelayakan bertanding
selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah atas tuduhan meliwat
bekas pembantunya, aiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Anwar kemudiannya menamakan Azizah sebagai penggantinya dan matlamat Langkah Kajang mula dipersoalkan.
"Tukar menteri besar sebahagian dari 'Langkah Kajang', tapi itu semasa
(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi calon. Mungkin akan ada beberapa
perubahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi, di sini,
hari ini. Namun tidak menolak kemungkinan `dia' tetap akan menjadi penganti MB sekarang.
"Saya tak berapa fikir jawatan yang saya ada. Pagi ini saya datang
sebagai ADUN Kajang. Saya tak mahu buat spekualasi. Sukar untuk saya
sepkulasikan isu ini," katanya. Azizah pada 23 Mac lalu memenangi PRK Kajang apabila mengalahkan calon
BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. Biarpun kalah, Chew berjaya mengurangkan majoriti Azizah berbanding pilihan raya sebelumnya yang mencatat 6,824 undi. Azizah dalam pada itu berkata beliau buat masa ini akan menjadi kan DUN
Kajang sebagai keutamaan dan belum memutuskan samaada mahu
mempertahankan kerusi Presiden PKR atau tidak. "Saya akan fokus Kajang buat masa ini," ujarnya. Bagaimanapun, beliau akan mempertahankan kerusi itu jika Anwar tidak dibenarkan bertanding.
"Kalau Anwar tidak dibenarkan bertanding Presiden, saya akan
pertahankan kerusi itu, tapi saya akan tanya ahli sama ada mereka
setuju," jelasnya. Reaksi Azizah itu jelas memperlihatkan beliau sekali lagi mahu memberi laluan kepada suaminya itu untuk kesekian kalinya. Pada 2008, Azizah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk
memberi laluan kepada Anwar selepas suaminya itu dibebaskan dari
penjara. Anwar pada 1999 dihukum penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan ABu Bakar. Beliau bagaimanapun dibebaskan pada tahun 2004, apabila Mahkamah
Persekutuan mengugurkan kes itu kerana pihak pendakwa raya gagal
mengemukakan bukti kukuh.
PRK dijangka akan mengadakan proses pimilihan parti pada Mei depan.
Anwar sebelum ini membayangkan beliau akan bertanding jawatan presiden
parti memandangkan 'Azizah ingin bersara dan meluangkan masa dengan
cucunya di rumah'.
Tuesday, 25 March 2014
PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN
PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya:
1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.
2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.
3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.
4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?
5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.
6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang?
7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.
Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.
Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian #prayforMH370 dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.
Sunday, 23 March 2014
Kangkung" buktikan orang Melayu PR itu bodoh ??
"Kangkung" satu lagi agenda dari pihak DAP untuk memperlekehkan YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Kerana "kangkung" itu lah juga orang Melayu sendiri bertindak memperlekehkan sesama bangsa. "Kangkung" satu fenomena baru yang di cetuskan oleh DAP.
Saya melihat gelagat gelagat pihak pihak Pakatan Rakyat yang memperlekehkan YAB PM Dato Sri Najib Tun Razak sejak beliau memberikan contoh tentang penurunan harga barangan semasa. "Kangkung" dijadikan contoh dan pihak pihak Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan Najib Razak terus memperlekehkan usaha beliau dalam menjelaskan kepada rakyat bahawa setiap isu kenaikkan harga barangan bukan semuanya terletak dan diputuskan oleh kerajaan sebaliknya para peniaga, pemborong yang selalunya memainkan harga pasaran.
Saya tidak mahu mengulas mengenai harga barangan ataupun "Kangkung" tetapi saya mahu bercakap mengenai apa yang saya ketahui dan juga apa yang saya lihat keadaan hari ini yang mana kaum Chauvinist DAP menjadikan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai alat propaganda mereka untuk melemahkan moral bangsa Melayu itu sendiri.
Ini yang berlaku hari ini yang kita dapat lihat ramai sudah orang orang Melayu menjadi pak turut kepada Chauvinist DAP dengan memperlekehkan pemimpin Melayu daripada UMNO. Mungkin kita merasakan ianya adalah pekara baru bahawa Chauvinist DAP mempergunakan Melayu padahal hakikat yang sebenar propaganda ini sudah lama diamalkan oleh Chauvinist DAP.
Sewaktu zaman Komunis mengganas di Tanah Melayu, pihak pasukan keselamatan terutama Polis dilabelkan "Anjing Kerajaan". Ianya berterusan dan rata rata Chauvinist DAP memberikan ludah kepada pihak Polis. Ini hakikat sebenar yang berlaku pada waktu itu kerana pihak Polis merupakan musuh utama Komunis dalam menggagalkan usaha mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara komunis.
Hari ini Polis tidak lagi digelarkan sebagai "Anjing Kerajaan" sebaliknya mereka Cauvinist DAP menambah gelaran tersebut dengan menjadikannya "Polis Anjing UMNO". Nama UMNO digunakan oleh Chauvinist semenjak DAP ditubuhkan agar dapat menghasut bangsa Melayu melihat Polis itu adalah budak suruhan UMNO. Modus propaganda mereka ini sebenarnya telah berjaya hari ini apabila sentimen Melayu menghina Polis sudah kerap berlaku. Malah jika ada Chauvinist Cina yang menghina pihak Polis, penyokong Melayu Chauvinist mempertahankan penghinaan tersebut dan turut sama memperlekehkan pihak Polis.
Lihat sahaja sekarang ini apabila Chauvinist DAP menghina pemimpin Melayu terutama YAB Najib Razak. Yang menjadi tukang sorak adalah Melayu yang lupa bahawa Chauvinist DAP telah mempergunakan mereka untuk menghina pemimpin sendiri. Ini lah realiti hari ini yang mana orang Melayu lupa bahawa DAP adalah satu serpihan Komunis yang akan kekal sampai bila bila mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
YAB Najib Razak adalah bangsa Melayu, beliau membawa mesej kepada dunia bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang bukan dari dunia kelas ke tiga. Najib Razak pemimpin negara yang memberikan gambaran jelas kepada seluruh dunia bahawa orang Melayu boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara. Mana mana negara lain tidak ada pemimpin yang berbangsa Melayu selain dari Malaysia, Brunei dan juga negara serumpun Indonesia.
Melayu hari ini bodoh sejarah.......
Thursday, 20 March 2014
PRKKAJANG !!! DRAMA TERBARU #ANWARIBRAHIM DAN #WANAZIZAH DAN #M370 DIDEDAHKAN !!!
PRK Kajang kini terpahat dalam sejarah sebagai bukti sikap tidak
bertanggungjawab
PR dan sikap pentingkan diri Anwar Ibrahim yang kronik.Permainan politik
Anwar nampaknya tidak punya had dan tidak mengira tempat.Anwar
telah mempermainkan sistem demokrasi yang kononnya
diperjuangkannya.Anwar
juga telah mempermainkan rakyat Kajang yang memberi kepercayaan kepada
partinya
dengan menyuruh ADUN yang lama meletak jawatan tanpa sebab.Kini,kerusi
tersebut
cuba digantikan dengan isterinya,Wan Azizah,pastinya sebagai proksi
dirinya.Mungkin kerana itu,PRK Kajang dihadapi dalam keadaan ‘dingin’
sekali.Rata-rata,ceramah PR tidak mendapat sambutan sehangat
biasa.Rakyat seolah-olah letih dan
kurang berminat dengan PRK yang sebenarnya tidak perlu sama
sekali.Rakyat juga
mungkin terkilan dengan pembaziran yang berlaku akibat PRK
ini.Kehilangan MH370 juga merupakan faktor utama di mana PRK Kajang
menjadi
dingin.Jelas,rakyat Malaysia rata-ratanya jauh lebih matang dan tidak
berminat
dengan permainan politik yang keterlaluan apatah lagi yang sengaja
diada-
adakan.
Tumpuan rakyat adalah pada pencarian MH370 serta nasib penumpang,krew
dan keluarga mereka. Ini adalah isu besar yang sebenar,kerana ia
melibatkan nyawa
manusia.Tumpuan negara asing kepada Malaysia juga menjadi topik utama di
kalangan
rakyat.Rata-rata rakyat merasa gusar dan tidak mampu mengelak prasangka
terhadap
agenda tersembunyi negara asing di sebalik bantuan yang dihulurkan.Hanya
beberapa kerat sahaja di kalangan rakyat yang berminat dengan politik
berbanding isu besar lain.Mereka ini merupakan penyokong tegar Pakatan
Rakyat
yang melihat segala-galanya dari segi politik sempit yang berlegar di
sekitar Ketua
Umum mereka sahaja.Kononnya,semua yang berlaku ada kena mengena dengan
Anwar,malah bencana jerebu juga adalah akibat dari ‘daulat’
Anwar.Pun begitu, mereka ini hanya berdegar-degar di alam maya.Di dalam
kempen-kempen di Kajang,termasuk ceramah Wan Azizah sendiri, tidak
begitu mendapat sambutan.Acara karnival yang diadakan khas untuk
berkempen juga
tidak mampu menarik begitu ramai orang.Kalau ada pun, ia hanya
dimeriahkan oleh
orang dari luar Kajang, yang bukan merupakan pengundi di situ.Kebanyakan
mereka
adalah kumpulan kerahan dari PAS dan sedikit dari PKR.secara dasarnya,PR
dan BN dilihat sama-sama yakin mampu menarik undi kaum
Cina. Walaubagaimanapun, kita melihat kaum Cina turut memandang sinis
dengan
tujuan sebenar PRK ini diadakan.
Hakikat bahawa ia dijadikan pentas untuk Anwar
beraksi dalam menghadapi rayuan kes liwat, membuatkan ramai dari kaum Cina
merasa ‘terganggu’.Nampaknya, Anwar kemungkinan telah membuat
kesilapan yang besar dalam
mengatur strategi melalui PRK Kajang.Tidak mustahil PRK yang dijangka
dapat
menyambung ‘nyawa’nya, bakal menamatkan terus riwayat politiknya.Anwar
mungkin boleh merancang dengan sebegitu teliti, tetapi takdir jua yang
menentukan.Takdirnya,Anwar telah kalah dalam rayuan kes
liwatnya.Takdirnya,MH370 hilang dalam Anwar sedang membuat persediaan
untuk ‘naik ke pentas’ meraih
simpati. Takdirnya, Anwar masih jauh dari menjadi Perdana Menteri
tetapi mungkin
menjadi banduan sekali lagi.Takdirnya,kempen Wan Azizah tidak lagi mampu
menarik simpati.Suasana di Malaysia kini muram,terutama rakyat Selangor
dan Kajang sendiri
khasnya.Bukan kerana memikirkan nasib Anwar,tetapi memikirkan masalah
air,denggi,pencemaran udara dan kehilangan MH370.Semua yang berlaku ini
cukup
menginsafkan. Rakyat kini sudah tidak ada masa untuk simpati pada Wan
Azizah atau
Anwar Ibrahim.Rakyat kini perlu simpati pada diri sendiri.
Apapun, kempen PRK Kajang tetap diteruskan dalam keadaan sedingin
ais,biarpun
cuaca begitu panas membahang dan kelam berjerebu.
KANTOI!: PENDEDAHAN RAKYAT PEDALAMAN DITIPU PROGRAM 'IMPIAN SARAWAK' DAP
Portal Sarawak Online telah mendedahkan ‘Laporan
Penghantaran Anak Pokok Sawit dan Baja PERCUMA’ kepada pekebun kecil di kawasan
pedalaman di Sarawak.[DI SINI]. Ini adalah kerana Projek DAP “Impian Sarawak” kononnya sekali
lagi membuka mata rakyat Sarawak apabila baru-baru ini DAP telah memberi
bantuan anak pokok sawit kepada rakyat di kawasan pedalaman Sarawak. Sebanyak
100 anak pokok sawit telah disampaikan oleh DAP kepada Pekebun-Pekebun Kecil
Tanah NCR Sarawak bertempat di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang.
Namun apa yang pelik
di sini ialah ini bukanlah satu bentuk bantuan yang ikhlas dari DAP dimana pemohon
tersebut diminta membayar pinjaman selama 20 tahun dengan perlu membayar 10
peratus daripada hasil jualan selepas 2
tahun. Sudah pastinya dengan menghebohkan program ini, akan menimbulkan
persepsi kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa DAP seumpama ‘malaikat’ yang
sangat baik hati membantu pekebun kecil di kawasan pedalaman. Adakah ini
merupakan bantuan ataupun sebenarnya penganiayaan kepada pekebun-pekebun kecil
di Sarawak?
Jika kita buat sedikit pengiraan, 1 pokok akan menghasilkan lebih
kurang 200kg setahun; ini bermakna 100 pokok akan menghasilkan lebih kurang
20000kg atau 20 tan setahun. Jika harga 1 tan (ambil kadar yang paling rendah)
ialah RM300 per tan, maka hasil untuk 100 pokok penerima bantuan DAP ini nanti
ialah RM30000 setahun. Maka dari jumlah tersebut, RM3000 (10%) hendaklah diberi
kepada DAP. Bagi pinjam RM1000; mesti bayar balik dengan ‘bunga’ RM3000 (300%) ??! . Jelas dan nyata ini lebih kepada
konsep ‘Ah Long’ bertopengkan ‘malaikat’!. Selain terpaksa menanggung hutang selama 20
tahun untuk membayar semula harga anak pokok sawit (RM1000), para pekebun kecil
yang suka sangat nak menyokong DAP ini akan menanggung sendiri kos-kos lain
seperti kos meluas serta pembersihan tanah, kos baja dan kos-kos
penyelenggaraan kebun yang lain.
Bantuan anak pokok sawit kepada pekebun kecil setakat bulan Febuari 2013 |
Mari kita dedahkan apa yang sebenarnya telah dinikmati oleh
para pekebun kecil khasnya untuk tanaman kelapa sawit di Sarawak sejak tahun 2
tahun yang lepas. Sejak 2011, bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap
hektar yang diusahakan di bawah Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK)
dan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK); had bantuan maksimum bagi
setiap pemohon adalah 5 hektar. Bantuan RM7,000.00 itu disalurkan kepada mereka
yang layak untuk membiayai kos pembersihan, penyediaan kebun dan anak benih
berkualiti yang akan dibekalkan oleh MPOB. Sebagai tambahan, para pekebun kecil juga diberi bantuan melalui
skim Bantuan Penyelenggaraan Kebun (BPK) sebanyak RM500 sebulan selama 24 bulan
kepada mereka yang lulus bantuan Skim TSSPK; ini bermakna pekebun kecil
menerima tambahan bantuan sebanyak RM12,000 untuk baja. Selain itu, kerajaan
juga membantu pekebun kecil menanam
semula pokok sawit tua yang melebihi umur 25 tahun dengan anak benih berkualiti
yang berupaya menghasilkan Buah Tandan Segar (BTS) yang tinggi. Untuk
pengetahuan umum, setakat tahun 2011 Negeri Sarawak mempunyai 10,417 pekebun
kecil berdaftar dengan MPOB dengan keluasan 58,800 hektar.
Fakta yang sahih; Barisan Nasional tidak pernah meminta
walau 1 sen pun dari hasil pemberian kepada pemohon-pemohon tersebut.
Anda nilai sendiri dari apa yang telah anda baca;
perbezaan diantara kesempatan konsep ‘lintah darat’ yang diamal oleh DAP dan
keikhlasan Barisan Nasional dalam membantu rakyat di kawasan pedalaman. DAP
dilihat semakin menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menipu rakyat di
kawasan pedalaman. Kononnya ingin membantu; tetapi niat sebenar mereka jauh
lebih tersirat memandang rendah terhadap pengetahuan rakyat di kawasan
pedalaman.
Wednesday, 19 March 2014
Dalang perpecahan umat Islam di Kajang DIDEDAHKAN! #PRKKajang
Di
PDM Kantan Permai, seorang individu yang dikenali sebagai Dollah Tek,
telah dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap
fenomena perpecahan umat Islam di Kajang khususnya. Dikenali ramai
sebagai seorang
yang sangat angkuh, sombong dan tidak bercampur dengan masyarakat,
tidak ramai yang menyedari hakikat bahawa beliaulah yang menjadi pencatur politik pakatan di Hulu Langat.
Semuanya bermula apabila beliau mengambil
kesempatan daripada isu pemecatan Anwar Ibrahim tahun 1998 untuk
menghidupkan pengaruh pembangkang di Hulu Langat yang sedia layu ketika
itu. Beliaulah yang bertanggung jawab menghasut ramai ahli pengasas UMNO
di Kajang untuk keluar parti dan menyertai pakatan pembangkang ketika
itu. Sehinggakan pernah satu ketika, UMNO Jenaris sendiri hampir lumpuh
kerana semua pengasasnya keluar parti.
Beliaulah
punca masyarakat berpecah-belah di Hulu Langat. Jika negara ada Abang
Non sebagai Dajjal penghancur ummah, maka Kajang ada Dollah Tek sebagai
ranting Dajjal. Yang peliknya, walaupun
tiada seorang menyukai Dollah Tek (termasuklah ahli parti pakatan
pambangkang sendiri), namun mereka terpaksa juga mengikut kerana
pengaruhnya dalam pakatan pembangkang di Hulu Langat
Ini
adalah kerana beliau juga dipercayai orang yang menentukan hidup nasib
dan masa depan karier politik ahli parlimen Hulu Langat kini. Percaya
atau tidak, itulah hakikatnya. Seorang genius Nuklear yang telurnya
digenggam oleh boneka Anwar Ibrahim.
Maka
tidak peliklah, jika secara tiba-tiba, MP Hulu Langat ini boleh berubah
fikiran dalam tempoh 24 jam menjadi penentang Lynas pula!
Dollah
Tek juga berjaya mengkayakan dirinya hanya dalam tempoh tidak sampai
LIMA tahun pakatan pembangkang menguasai Selangor! Beliau dilihat
semakin kaya dan mewah dan mampu untuk mereformasi kediaman
sendiri dari jenis sederhana kepada yang mewah dengan bantuan kelulusan
segera dari rakan-rakan ahli majlis pakatan pembangkang.
Lagi
pun rumah beliau memang disediakan sebagai hub program fitnah dan
'istana hinggap' para pemimpin pakatan pembangkang, ketika mana seorang
pun jiran-jirannya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah
mewahnya!
Sudah
tentu anda tertanya bagaimana ini semua boleh berlaku? Mudah sahaja
sifirnya, Dollah Tek ini menguasai pembahagian projek kepada kroni
pakatan pembangkang di seluruh Hulu Langat dengan cara memegang 5-6 lesen kelas F menggunakan nama penduduk tempatan bagi tujuan untuk mengaut semua projek PBT!
Titik
perpecahan masyarakat semakin memburuk apabila lantikan ajk surau telah
dijalankan secara tidak telus kerana kaedah pemilihan adalah ditentukan
oleh Dollah Tek dan konco-konconya. Mereka telah mengatur untuk
mengadakan mesyuarat pemilihan bagi memastikan semua pengikutnya dapat
menguasai rumah ibadat tersebut secara politik.
Musibahnya,
semua program keagamaan, projek dan hala tuju rumah Allah kini
tertakluk kepada ehsan konco-konco Dollah Tek. Dan ini telah
mengakibatkan ramai jemaah
dan orang yang warak yang mahu ke surau untuk tujuan ibadah
semata-mata, dipaksa mengikuti program politik pakatan pembangkang, dan
mulai menjauhi rumah ibadat tersebut.
Tahukah
anda, Surau Jenaris, surau yang dikuasai oleh konco-konco Dollah Tek
ini juga, merupakan antara TOP 5 rumah ibadat di Selangor yang dikenal
pasti oleh MAIS sebagai paling teruk berpolitik?!!
Adakah
ini bentuk NEGERI BERKEBAJIKAN yang pakatan pembangkang maksudkan?!!
Kembalikanlah hak untuk beribadat secara khusyuk kepada masyarakat
setempat. There's more to LIFE than politics.
SAMPAI BILA PAS JADI PAK LAWAK JE..
Meskipun PAS berkongsi kemenangan yang sama banyak dengan DAP dengan
memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun layanan
terhadap parti itu dibuat secara tidak adil dalam soal pembahagian
jawatan dalam PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) jelas memperlihatkan PAS sekadar `PAK LAWAK je di Selangor'. Rata-rata pemimpin PAS dan penyokongnya dah sedar dan mula mencatur masa depannya sendiri selepas ini. Mereka katanya “Ini tidak adil….,” kata laman sosial pro ulama, ‘Kami Bersama Ulama
Muda Haraki‘ dengan merujuk kepada satu poster tentang pembahagian
jawatan tersebut.
Dalam poster itu tertulis satu persoalan; “Kenapa PAS mendapat kerusi
yang terendah dalam PBT, sedangkan kerusi DUN, PAS lebih tinggi dari PKR
??.” Poster itu turut membandingkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi parti
kompenan Pakatan Rakyat (PR) dengan jumlah ahli PBT yang dilantik bagi
tahun 2014-2015. PAS yang menang 15 kerusi DUN, hanya dilantik 65 ahli PBT, berbanding
dengan PKR yang menang 14 kerusi DUN, ahli PBT yang dilantik adalah
seramai 78 orang. Manakala, DAP yang juga menang 15 kerusi DUN, mendapat habuan terbanyak, apabila 83 ahli dilantik dalam PBT.
Namun nak salahkan 100% PKR dan DAP tak boleh juga kerana pemimpin PAS di selangor sentiasa mahu menyembunyikan segala kelemahan yang ada. Pemimpin PAS Selangor tidak punyai kewibawaan dan nyata lemah. Ini boleh dilihat dalam pelbagai isu di selangor sendiri, isu murtad , rumah urut yang bertambah dllnya semuanya tidak mampu disanggah....oleh itu persoalannya boleh atau mampukan PAS Selangor memperjuangkan agenda Islam di negeri itu!!!Sampai bila mahu jadi Pak Lawak sahaja!!!!
ANWAR DEDAH PILOT #MH370 MENANGIS DENGAR KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN, BIARPUN DIA KATA TAK KENAL KAPTEN ZAHARIE.
Tak lama lepas tu Anwar buat kenyataan pulak bahawa dia kenal dan jumpa pilot tu hanya sebagai aktivis PKR.. Dan Anwar tak berapa kenal rapat pilot tu walaupun dia ada hubungan keluarga dengan beliau.
Tapi semalam dalam satu ceramah di Kajang, Anwar mengaku didepan orang ramai bahawa juruterbang MH370 tu menangis apabila dengar keputusan Mahkamah Rayuan yang jatuhkan hukuman bersalah kes liwat Anwar.. Korang nampak tak spin gampang yang cuba Anwar buat? Mula-mula mengaku tak kenal..., lepas tu mengaku pulak kenal sikit-sikit..., dan tak mustahil last sekali Anwar akan kantoi macam kes Saiful dulu.. Masa awal kes liwat Anwar dan Saiful dulu..., Anwar mati-mati tak mengaku kenal Saiful.. Bila semakin banyak bukti dikeluarkan, Anwar mengaku pulak hanya kenal Saiful sebagai majikan dan pekerja..
Dan bila bukti terang-terang dah ada termasuklah keterangan dari beberapa saksi.., Anwar terus upah Karpal Singh untuk lawan di Mahkamah.. Korang ingat lagi tak apa yang Karpal kata dalam kes liwat Anwar tu..? Karpal kata perbuatan liwat diantara Anwar dan Saiful hanyalah suka sama suka tanpa sebarang paksaan... Kantoi beb!!! So..., apakah mungkin perkara yang sama jugak yang akan jadi didalam kes Anwar dan juga Pilot MH370 ni...? Korang teliti dulu video ceramah Anwar semalam di Kajang.. Anwar dah makin terdesak beb sampai sanggup mengaku dialah paling bijak di Malaysia...
Sunday, 16 March 2014
Sejarah 'Beri Laluan' Mampu Majukan Kajang? - Rakyat - TolakAnwarIbrahimSekeluarga TAIS
Siapa sangka Anwar Ibrahim akan dijatuhkan hukuman di saat pencalonan PRK? Ada cerita sebenarnya mengapa Anwar pilih Wan Azizah sebagai proksinya bertanding PRK Kajang.
Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai calon DUN Kajang selepas Mahkamah Rayuan mensabitkan kesalahan liwat ke atas pembantu peribadinya dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Seperti yang dijangka awal, Anwar tidak bertanding di Kajang walaupun heboh tentang kononnya dia mahu jadi Menteri Besar Selangor kerana Anwar Ibrahim sendiri sedar bahawa dia memang akan tersadai di perut penjara.
Sudah dijangkakan juga bahawa Anwar Ibrahim akan memilih anggota keluarga menggantikan tempatnya sebagai calon DUN Kajang. Anwar memang mahu memastikan ahli keluarganya mempunyai tempat di Selangor atau mana-mana kerusi kerana politik adalah cara untuk hidup mewah dan mendapat sanjungan. Apatah lagi, dengan ahli keluarganya di dalam politik negara, namanya terus relevan dan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia akan tercapai suatu hari nanti.
Sepatutnya selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan didapati bersalah, satu gelombang besar berlaku yang menyebabkan Putrajaya terancam dan Najib Abdul Razak terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana tekanan rakyat yang sedang kemarahan.
Malangnya, segala tohmahan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya tidak mampu mempengaruhi rakyat Malaysia. Lebih ramai yang memilih untuk memberikan perhatian kepada kehilangan MH370 pesawat MAS yang membawa penumpang seramai 273 orang dan 12 anak kapal yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 6:30 pagi hari Sabtu 8 Mac 2014.
Ternyata insiden berkenaan telah meruntuhkan sama sekali ego dan cakap-cakap besar Pakatan Rakyat, khususnya PKR. Pengalihan perhatian rakyat Malaysia, jelas tidak dijangkakan sama sekali. Pada ketika PKR mengharapkan Anwar Ibrahim akan kekal menjadi ikon yang menarik publisiti, ternyata terlalu ramai yang sudah terlalu meluat dengan gelagat-gelagat yang ditunjukkan oleh Ketua Umum PKR itu.
Pengumuman bahawa isterinya, Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya sebagai calon PKR di DUN Kajang, juga kurang memberangsangkan. Masih tiada sebarang ulasan-ulasan menarik dari pecacai PKR sendiri yang kebanyakannya cuba meraih perhatian daripada minat orang ramai terhadap misteri kehilangan MH370.
Ramai yang mula memperkatakan tentang calon PKR itu. Anwar Ibrahim nampaknya cuba mengulangi semula sejarah 1999. Dari tahun 1999 sehingga 2004, Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2005. Manakala anak perempuannya Nurul Izzah pula menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dari tahun 2008 sehingga sekarang. Pada PRU-13 yang lalu, salah seorang anak perempuannya, Nurul Hana telah heboh-heboh diperkatakan akan dicalonkan di Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, tetnangan daripada para pengundi PKR sendiri, membuatkan nama Nurul Hana 'dihilangkan'.
Justeru tidak mustahil, Wan Azizah sebenarnya hanya digunakan untuk waktu yang singkat atau sekurang-kurangnya untuk selama lima tahun sebelum dia dipaksa meletak jawatan dan Anwar menggantikannya sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 di Permatang Pauh.
Di Kajang, Wan Azizah akan kembali menggunakan khidmat skrip tahun 1999 dan air matanya sebagai senjata untuk meraih simpati. Segala cerita-cerita yang berkisar tentang kesengsaraannya sebagai seorang ibu dan isteri yang ditinggalkan oleh suaminya yang dipenjarakan oleh Kerajaan seperti kisah Amilah dalam Keluarga Gerilya karya penulis sosialis marxist Indonesia terkenal, Pramoedya Ananta Toer.
Kesian kepada Wan Azizah. Tidak ada kebolehan pada dirinya kecuali mengalirkan air mata dan meminta kasihan belas. Simpati dan empati mampu untuk majukan Kajang?
Saturday, 15 March 2014
MH370, ANWAR IBRAHIM-WAN AZIZAH DAN KEKALUTAN PAKATAN RAKYAT!
Sudah dijangkakan juga bahawa Anwar Ibrahim akan memilih anggota keluarga menggantikan tempatnya sebagai calon DUN Kajang. Anwar memang mahu memastikan ahli keluarganya mempunyai tempat di Selangor atau mana-mana kerusi kerana politik adalah cara untuk hidup mewah dan mendapat sanjungan. Apatah lagi, dengan ahli keluarganya di dalam politik negara, namanya terus relevan dan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia akan tercapai suatu hari nanti.
Sepatutnya selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan didapati bersalah, satu gelombang besar berlaku yang menyebabkan Putrajaya terancam dan Najib Abdul Razak terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana tekanan rakyat yang sedang kemarahan. Malangnya, segala tohmahan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya tidak mampu mempengaruhi rakyat Malaysia. Lebih ramai yang memilih untuk memberikan perhatian kepada kehilangan MH370 pesawat MAS yang membawa penumpang seramai 273 orang dan 12 anak kapal yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 6:30 pagi hari Sabtu 8 Mac 2014.
Ternyata insiden berkenaan telah meruntuhkan sama sekali ego dan cakap-cakap besar Pakatan Rakyat, khususnya PKR. Pengalihan perhatian rakyat Malaysia, jelas tidak dijangkakan sama sekali. Pada ketika PKR mengharapkan Anwar Ibrahim akan kekal menjadi ikon yang menarik publisiti, ternyata terlalu ramai yang sudah terlalu meluat dengan gelagat-gelagat yang ditunjukkan oleh Ketua Umum PKR itu.
Pengumuman bahawa isterinya, Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya sebagai calon PKR di DUN Kajang, juga kurang memberangsangkan. Masih tiada sebarang ulasan-ulasan menarik dari pecacai PKR sendiri yang kebanyakannya cuba meraih perhatian daripada minat orang ramai terhadap misteri kehilangan MH370. Ramai yang mula memperkatakan tentang calon PKR itu. Anwar Ibrahim nampaknya cuba mengulangi semula sejarah 1999. Dari tahun 1999 sehingga 2004, Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2005. Manakala anak perempuannya Nurul Izzah pula menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dari tahun 2008 sehingga sekarang. Pada PRU-13 yang lalu, salah seorang anak perempuannya, Nurul Hana telah heboh-heboh diperkatakan akan dicalonkan di Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, tetnangan daripada para pengundi PKR sendiri, membuatkan nama Nurul Hana 'dihilangkan'.
Justeru tidak mustahil, Wan Azizah sebenarnya hanya digunakan untuk waktu yang singkat atau sekurang-kurangnya untuk selama lima tahun sebelum dia dipaksa meletak jawatan dan Anwar menggantikannya sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 di Permatang Pauh. Di Kajang, Wan Azizah akan kembali menggunakan khidmat skrip tahun 1999 dan air matanya sebagai senjata untuk meraih simpati. Segala cerita-cerita yang berkisar tentang kesengsaraannya sebagai seorang ibu dan isteri yang ditinggalkan oleh suaminya yang dipenjarakan oleh Kerajaan seperti kisah Amilah dalam Keluarga Gerilya karya penulis sosialis marxist Indonesia terkenal, Pramoedya Ananta Toer. Kesian kepada Wan Azizah. Tidak ada kebolehan pada dirinya kecuali mengalirkan air mata dan meminta kasihan belas.
Pertarungan 3 Segi - PKR menuju Kehancuran Kerana PRK Kajang!
Siapa yang tidak tahu akan perbalahan di antara dua bakal calon Timbalan Presiden PKR ini? Kedua mereka bermusuh sejak Khalid Ibrahim dipilih menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 yang lalu.
Apabila dia
masih kekal sebagai MB, Azmin mula rasa tercabar dan tanpa segan silu
melancarkan perang dingin. Ekorang perang sesama mereka, Khalid
bertindak menganggu jawatan Azmin Ali yang ketika itu merupakan Ahli
Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.Apa yang
berlaku apabila Azmin diganggu? Maka meroyanlah dia dan segala isi perut
rahsia Khalid terbongkar satu persatu. Khalid juga mengorak langkah
dengan menyusun strategi untuk terus membenam Azmin.
Tiba waktu Lee
Chin Cheh 'dibayar' untuk meletakkan jawatan daripada kerusi ADUN N25
Kajang. Khalid dipilih sebagai pengarah pilihanraya PRK bagi PKR walhal
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa merupakan Timbalan Presiden PKR
tidak diberikan apa-apa posisi. Dalam
pertembungan antara dua ekor biawak belaan Anwar ini, Anwar wujudkan
boneka kesayangannya untuk menjadi 'heroin' dalam drama perebutan kuasa
yang tiada hentinya. Namun begitu Kak Wan sebenarnya akan mengeruhkan
lagi keadaan.
Umum tahu Kak
Wan memang tidak suka dengan Azmin. Sejarah 'Shamsidar' masih bermain di
fikiran Kak Wan. Azmin juga punya dendam kesumat buat Kak Wan apabila
Khalid yang menjadi proksi Kak Wan di Selangor semakin menjadi-jadi
tocangnya.
Dalam masa yang
sama berita Kak Wan akan menggantikan Khalid sepertimana sepatutnya
Anwar akan menjadi MB Selangor jika dia menang di Kajang, telah tersebar
meluas dari dalam PKR sendiri. Bisik-bisik
antara mereka telah membimbangkan Khalid Ibrahim manakala beberapa ADUN
DAP yang melihat hanya Khalid sebagai patung mereka akan hilang jika Kak
Wan menang. Bagi PAS pula mereka sudah mula berang apabila merasakan
PRK Kajang ini disengajakan dan tidak dilakukan secara musyawarrah.
Kini Kak Wan
dalam keadaan 'struggle' untuk menang apabila Azmin mula 'mencucuk'
jentera untuk tidak berkempen bersungguh-sungguh dan berkemungkinan
telah menyebarkan tentang kesongsangan keluarga Anwar Ibrahim.
Khalid pula
'menyekat' dana yang diperuntukkan demi menjaga kedudukan empuknya. Kak
Wan sebenarnya telah tersilap langkah apabila menerima arahan dari suami
peliwatnya. Kini PKR bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru dalam
PKR. Siapa yang kalah dan siapa yang akan menang? Ini
mencerminkan sikap mereka yang bertanding bukan untuk membantu dan
membela rakyat tetapi hanya mahu kan kuasa dan jawatan. PRK Kajang
merupakan Move PKR untuk lebih berpecah. Tak percaya?
Cuba lihat mana Azmin, Khalid dan Kak Wan bila berkempen? Tengok riak
muka mereka? Lenggok badan sesama mereka juga dapat dilihat dengan jelas
betapa tegangnya hubungan mereka.
Ini nak undi Kak Wan?
ISHAM RAIS TIDAK AKAN MINTA MAAF KEPADA AZMIN ALI!!!
Hishamuddin Rais yang pernah melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap di bawah ISA, pernah dipenjarakan di beberapa buah negara, termasuklah di India, malah ketika dia ke sebuah negara Eropah Timur kerana menyangkakan, pemikiran Marxistnya akan menyelamatkannya bahkan dia didewa-dewa, dia juga dimasukkan ke penjara kerana masuk ke negara tersebut secara haram.
Walaupun terkenal sebagai pemimpin pelajar pada tahun 1974 dan pernah mengadakan demonstrasi di hadapan Lincoln Institute menentang Amerika Syarikat, Hishamuddin Rais tidak pernah menamatkan pelajarannya. Di England atau lebih tepat lagi di Brixton, Hishamuddin Rais adalah seorang gelandangan dan hippies yang kerjanya meminta sedekah sambil menjual ganja. Dia pulang ke Malaysia pada tahun 1995 ketika Tun Dr. Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri untuk dipangku oleh Anwar Ibrahim selama dua bulan.
Remaja Sokong Mei Fun Gantung Tifo Di Kajang! Kak Wan Goyang!
Tifo selalu sinonim dengan penyokong setia meluahkan rasa cinta dan jiwa pada pasukan ataupun individu. Selalunya tifo besar dihasilkan wajah,pasukan dan yang tak dijangka boleh dihasilkan.Bagaimana tifo dihasilkan? Ia terhasil dengan melukis dan cat secara berkumpulan, ini secara langsung jiwa dan cinta diluahkan. Dan menjadi kepuasan apabila terhasil dan dipertontonkan oleh orang ramai.
Maka dengan ini
tifo wajah Datin Paduka Chew Mei Fun terhasil. Atas rasa teruja,jiwa
dan cinta, sekumpulan remaja telah mengambil masa 2 hari untuk
mengahasilkan tifo wajah beliau. Segala kudrat penat lelah dilupakan
janji tifo itu berjaya dan satu kepuasan untuk Calon N.25 PRK KAJANG.
Penulis amat
mengagumi sokongan yang diberikan oleh sekumpulan remaja daripada Kajang
yang membuat tifo ini. Ini bukti bahawa harapan mereka teramat besar
kepada calon Barisan Nasional untuk membawa perubahan kepada rakyat
Kajang. Tifo ini juga
sebenarnya memberi tamparan hebat kepada calon air mata PKR, Kak Wan
yang dilihat tidak menjadi pilihan baik pengundi cina mahupun pengundi
melayu. Kali ini mereka akan beri amaran kepada PKR.
Siapa yang akan
percaya kepada PKR yang letak jawatan secara tiba-tiba kemudian nak
bagi PKR semula? Ingat pilihanraya ini hanya satu mainan? Boleh
suka-suka letak jawatan? Ini bezanya antara mereka yang bertanding untuk
rakyat ataupun untuk diri sendiri. Apapun tahniah
kepada kumpulan remaja tersebut. Anda beri gambaran yang bagus kepada
rakyat Kajang yang lain. Harapan akan menjadi kenyataan jika sentiasa
berusaha dan berdoa. Kak Wan dah boleh tarik diri sebenarnya.
Demi Integriti dan Kredibiliti!
Jentera PAS Selangor Sahkan Mereka Tak Ambil Tahu Perihal Kajang?
Kini kempen
untuk calon bagi PKR sudah bertukar tangan. Dari seorang peliwat
dipindahkan kepada pelakon simpati dan air mata. Namun dalam pada
pertukaran ini berlaku, mengikut sumber dalaman Pakatan Selangor
didapati PAS Selangor masih lahi berdiri teguh dengan prinsip mereka
lebih-lebih lagiJentera Pemuda PAS Selangor.
Dahulu Anwar
ada sebut seperti tidak kisah sekiranya PAS tidak mahu bantu kerana dia
yakin pengundi cina akan memberi undi padanya namun dia ternyata silap
apabila Wan Azizah yang menjadi calon, orang lebih memilih Chew Mei Fun. Kini PKR dalam
keadaan terdesak. Gelombang kini lebih terarah kepada calon Barisan
Nasional. Wan Azizah yang dilihat hanya boneka proksi Anwar gagal
mendapat perhatian orang-orang cina di Kajang.
Kini mereka
desperado dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu. Mereka cuba pujuk
PAS Selangor untuk bantu tapi yang hadir tolong cuma PAS Johor yang ta
tahu apa selain menjilat Anwar dan keluarga dibawah seliaan Salahuddin
Ayub. Kini Wan Azizah
cuba pujuk lagi. Gagal! Kerana Haji Hadi disaman oleh orang PKR. Kini
jentera PAS boleh dikira dengan jari. Malahan ada orang PAS yang telah
berjanji sesama mereka untuk mengundi Mei Fun kerana PKR tak boleh
pakai.
Orang dalam
Pakatan dah mula bersuara. Kini tinggal pengundi Kajang non partisan
untuk buat keputusan. Mahukan wakil rakyat atau wakil suami? Anda undi
anda dapat.
Pimpinan PKR Selangor sANGAT Kecewa Dengan Jentera PKR Kajang
Di sebalik cakap besar dan hebat PKR, rupa-rupanya kepimpinan PKR Selangor SANGAT tidak senang hati dan resah dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam kempen PRK DUN Kajang. Syed Shahir Syed Mohamud, salah seorang anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Senator meluahkan kekecewanya ketika dalam satu perjumpaan dengan beberapa orang pemimpin PKR Selangor.
Dalam pertemuan tersebut, Syed Shahir meluahkan kekecewaan dan tidak berpuas hati dengan jentera PKR dalam PRK ini terutama sekali di kawasan-kawasan pengundi Melayu. Menurutnya lagi, tiada sebarang kerjasama antara PDM yang dikuasai oleh Team Azmin dan Khalid. Jentera Team Azmin lebih menumpukan kepada kempen pemilihan parti dan LANGSUNG TIDAK BERKEMPEN untuk Wan Azizah dan PKR untuk PRK DUN Kajang.
Berbeza pula dengan jentera PKR India yang kelihatan bersungguh-sungguh kempen di kawasan pengundi India. Jentera DAP juga dilihat banyak membantu strategi yang diguna oleh jentera PKR/DAP iaitu tumpukan kepada kuil-kuil serta kunjungan ke rumah-rumah sami Hindu. Taktik tersebut dilihat sangat berjaya. Sesuatu yang pasti ialah PKR yang hadir dalam PRK ini membawa dua misi iaitu PRK dan pemilihan parti. Sikap terlalu yakin akan menang membuatkan mereka memilih untuk mengutamakan lobi untuk jawatan dalam parti berbanding kemenangan Wan Azizah.
Syed Shahir turut mendedahkan bagaimana BGU PKR telah cuba untuk meminggirkan semua pemimpin PKR yang dianggap sebagai pro-Khalid termasuklah dirinya terutama sekali SMS yang dihantar oleh jentera BGU kepada PDM Team Azmin iaitu menggunakan KEPALA TAJUK, 'SINGKIR KHALID SEMUA SELESAI' sebelum diikuti oleh arahan dan aktiviti yang diadakan. Culaan turut menunjukkan peratusan pengundi Melayu menyokong PKR adalah di bawah 50%, India 70% dan Cina 70%.
Sekalipun jentera PAS Wilayah Persekutuan dilihat membantu tetapi PAS lebih menumpukan bagi Parlimen Hulu Langat, bukan untuk berkempen bagi kemenangan Wan Azizah sebaliknya untuk mengemaskinikan data dalam sistem semakan daftar pemilih (SSDP) sebagai persediaan awal menghadapi PRU-14.
Nampaknya PKR juga tidak begitu yakin dengan Wan Azizah apatah lagi selepas Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, membuatkan para pemimpin PKR mengukuhkan kedudukan masing-masing bagi merebut tempat yang dikosongkan oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Ini adalah penggal terakhir Wan Azizah sebagai Presiden PKR apabila PKR memutuskan bahawa Presiden PKR hanya boleh dijawat untuk tempoh dua penggal sahaja.
PKR dan PAKATAN RAKYAT Makin Terdesak, Ugut Robohkan Kedai Peniaga Melayu Kalau Tak Undi Pakatan!
PKR dan Pakatan Rakyat sudah mula terasa bahang. Kalau sebelum ini mereka begitu yakin kemenangan akan berpihak kepada PKR menerusi mana-mana calon mereka, tetapi nampaknya kali ini, menerusi perkembangan terbaru pesawat MH370 dan laporan-laporan negatif yang mengaitkan antara juruterbang pesawat malang itu dengan Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Rakyat sudah mula menggunakan taktik kotor untuk menang.
PRK DUN Kajang diwujudkan semata-mata untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara. Mengikut perancangan PKR, PRK itu akan diadakan sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman terhadap Anwar Ibrahim. Dari awal lagi PKR sudah menjangkakan, Mahkamah Rayuan akan menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.
Justeru, berdasarkan pengakuan Rafizi Ramli kononnya dia yang mencetuskan idea 'KAJANG MOVE', kaitan dengan kehilangan pesawat MH370 semakin jelas. PKR dan Anwar Ibrahim jelas panik dan terpaksa mencipta Pilihanraya Kecil untuk menyelamatkan diri. Malangnya, SPR telah menetapkan tarikh jauh di hadapan berbanding keputusan Mahkamah Rayuan. Anwar Ibrahim dan PKR cuba mencetuskan provokasi dengan melanggar peraturan pilihanraya dengan harapan, dia akan ditangkap dan mereka boleh mencetuskan isu baru.
SPR tidak ambil sebarang tindakan. Anwar kecewa dan mula mempertikaikan keputusan Mahkamah, hakim, SPR bahkan Kerajaan Malaysia. Namun apabila MH370 dilaporkan hilang, Anwar Ibrahim yang lantang bercakap apa-apa sahaja secara tiba-tiba mendiamkan diri. Spekulasi semuanya menjurus kepada Anwar Ibrahim dalam kes kehilangan pesawat ini terutama sekali selepas media mendedahkan hubungan akrab juruterbang itu dengan PKR dan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.
Di Kajang, kempen PRK masih berterusan sekalipun PKR sedang bergejolak dan berbalah sesama sendiri. Wan Azizah terpaksa mempamerkan kebangangannya dengan melakukan beberapa kesilapan besar terutama sekali dalam usahanya untuk mengaitkan RAJA BOMOH VVIP, Ibrahim Mat Zain dengan UMNO-BN. Sokongan pengundi Melayu kepada PKR kelihatan sangat muram. PKR tahu, mereka perlu berbuat sesuatu untuk mendapatkan undi-undi Melayu yang semakin menjauh.
Satu gerakan menggertak dan mengugut telah dilakukan oleh macai-macai PKR. Ugutan bahawa Pakatan Rakyat akan merobohkan lebih banyak gerai-gerai dan kedai-kedai orang Melayu sekiranya Melayu tidak mengundi PKR dalam PRK DUN Kajang kali ini sedang dikempenkan secara meluas dan secara lebih peribadi. Manakala di kalangan orang Cina pula, tentera-tentera upahan DAP, menggunakan taktik komunis untuk menggertak, menakut-nakutkan dan mengancam pengundi-pengundi Cina yang juga jelas menunjukkan perubahan sikap dan kecenderungan yang besar.
Beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu dan Cina kini menjadi tumpuan tentera-tentera Pakatan Rakyat terutama sekali dari DAP dan PKR untuk melakukan ugutan dan kempen menakut-nakutkan, sama seperti yang dilakukan oleh Min Yuen dari Parti Komunis Malaya lebih kurang enam dekad lalu.
GEMPAR! Media Barat Dedahkan Kaitan Pilot MH370 Dengan PRKKajang
Bangkai gajah manakan dapat ditutup dengan nyiru. Sebelum ini penyokong Pakatan Rakyat mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan tuduhan bahawa ianya konspirasi Kerajaan untuk menutup kes Anwar. Kali ini media barat mendedahkan sebaliknya.
Apa pula kata penyokong pembangkang selepas ini?
CALON INTEGRITI & KREDIBILITI vs CALON PARACUT & RATU AIR MATA
Berikut
adalah antara fakta berkaitan calon Barisan Nasional (BN) bagi N25 DUN
Kajang. Jika dilihat, Chew Mei Fun adalah seorang pemimpin yang
mempunyai kredibiliti dan integriti. Pemimpin sebeginilah yang kita
perlukan dalam memastikan pentadbiran sebuah negeri sentiasa berada
dalam keadaan yang tersusun dan telus. Bukannya menyorokkan kelemahan
diri dengan menghina pihak lain dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Ini
dibuktikan melalui tindakan beliau melepaskan jawatan dalam parti
apabila Chua Soi Lek dilantik menjadi Presiden. SebagaI seorang wanita
yang berkeluarga, Chew Mei Fun amat mementingkan institusi kekeluargaan
dan tidak dapat menerima pemimpin yang mempunyai masalah moral. Beliau
sanggup meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA dan Timbalan
Menteri; suatu kedudukan yang amat tinggi dalam parti dan masyarakat.
Sebelum
ini Chew Mei Fun adalah Ahli Parlimen untuk 2 penggal. Melihat bakat
dan kebolehan beliau, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di
dalam kabinet Barisan Nasional. Selain itu, beliau merupakan seorang
pemimpin yang "clean" tanpa sebarang isu sama ada isu moral, skandal, korupsi, nepotisma dan sebagainya.
Ramai
berharap warga Kajang dapat menilai sebaik mungkin kedua-dua calon PRK
N25 Kajang dan seterusnya memilih calon yang benar-benar jujur utk
berkhidmat untuk rakyat.
Janganlah
memilih calon yang bertanding hanya kerana disuruh oleh si suami. Dan
jangan pula menggunakan air mata berderai-derai untuk menagih simpati
rakyat dengan cerita-cerita penglipur lara dan fitnah semata-mata.
Rakyat
tak suka diperbodohkan, mereka adalah masyarakat bermaruah dan perlu
diutamakan berbanding kepentingan peribadi ataupun sang suami.
PRESIDEN TAK HADIR, KEPUTUSAN DALAM PASAR!!!....
Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berang dengan tuduhan
yang mengatakan dirinya hanya dijadikan BONEKA di dalam parti itu. Namun
ketika di wawancara oleh portal pro-pembangkang Malaysia Insider
baru-baru ini, dia seolah-olah mengakui tidak MEMANGNYA TIADA mempunyai peranan di dalam
parti yang diterajuinya itu.
Menjawab soalan berhubung keputusan untuk memilih dirinya sebagai calon
bagi menggantikan suaminya, Azizah yang juga dikenali sebagai pelakon
‘air mata’ menjawab, `saya tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat tersebut...biarpun dia Presiden!!!Malah dia turut menegaskan, ketika keputusan untuk melantiknya sebagai
calon di PRK Kajang di maklumkan kepadanya dia merasakan terpanggil
untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan itu.
“SAYA TIADA DALAM MESYUARAT KETIKA ITU... Apabila keputusannya tersebut dimaklumkan kepada saya, adalah `TERPAKS' memikul tanggungjawab saya memenuhinya” katanya. Atau dalam bahasa mudah, Azizah sebenarnya mengakui sebagai Presiden dia tidak hadir dalam mesyuarat penting yang sepatutnya diputuskan oleh seorang presiden parti. Persoalannya ialah, di manakah peranan dan kuasa Azizah sebagai presiden? Sedangkan mesyuarat pemilihan calon yang akan dipilih mewakili parti bukanlah satu keputusan yang kecil.Inilah akibatnya kalau parti anak beranak, buat keputusan seolah-olah dalam pasar je!!!
“SAYA TIADA DALAM MESYUARAT KETIKA ITU... Apabila keputusannya tersebut dimaklumkan kepada saya, adalah `TERPAKS' memikul tanggungjawab saya memenuhinya” katanya. Atau dalam bahasa mudah, Azizah sebenarnya mengakui sebagai Presiden dia tidak hadir dalam mesyuarat penting yang sepatutnya diputuskan oleh seorang presiden parti. Persoalannya ialah, di manakah peranan dan kuasa Azizah sebagai presiden? Sedangkan mesyuarat pemilihan calon yang akan dipilih mewakili parti bukanlah satu keputusan yang kecil.Inilah akibatnya kalau parti anak beranak, buat keputusan seolah-olah dalam pasar je!!!
Friday, 14 March 2014
Lupakan MH370, Mati Tetap Mati, Anwar Lebih Penting
Pakatan Rakyat menggesa seluruh rakyat Malaysia dan media-media yang
dikawal kerajaan agar berhenti memberi ulasan tentang kehilangan pesawat
MAS MH 370 yang masih tidak dijumpai sehingga sekarang. Menurut sumber Pakatan Rakyat yang rapat dengan Jabatan Penerbangan Awam
(DCA), mereka 99% yakin bahawa pesawat itu sudah terhempas dan semua
orang di dalamnya sudah mati, maka itu tidak ada apa yang perlu nak
diceritakan lagi.
Biarlah keluarga-keluarga yang terlibat sahaja menanggung kesedihan tersebut, kita rakyat tak perlu ambil tahu. Nanti bila pampasan insuran yang lumayan masuk, apa kesedihan pun hilang ditiup angin.
Kita yang kononnya bersungguh-sungguh sedih pasal kejadian itu dapat apa? Habuk pun takda.Sememangnya, kalau rakyat Malaysia perlu membuang masa bersedih dan
terlalu memberi perhatian kepada kematian beberapa orang, maka jawabnya
hari-harilah kita perlu bersedih kerana hari-hari ada orang mati.
Tak masuk akal bukan?
Walhal, di depan ini ada perkara yang lebih penting iaitu kezaliman yang
dilakukan kerajaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, lanjutan dari
sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara selama 5 tahun yang
dijatuhkan terhadap beliau pada Jumaat lepas.Hukuman itu telah menjejaskan keluarganya sekali lagi dalam tempoh 10
tahun. Tangisan Datin Seri Wan Azizah Ismail dalam konvensyen Pakatan
Rakyat semalam menjadi bukti kepada kenyataan tersebut.
Sepatutnya itu (kezaliman ke atas Anwar)
yang lebih diutamakan, bukan kisah pesawat terhempas dan cebisan-cebisan
mayat manusia yang mungkin sudah habis dimakan ikan!!
Aku sendiri pun nyaris terpedaya semalam dengan menjadi antara terawal
menyiarkan update tentang nahas berkenaan, nasib baik Sekretariat Media
Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bahawa kemalangan tersebut adalah
cubaan untuk mengalihkan isu rakyat dari kezaliman yang dilakukan ke
atas Anwar.Maka itu aku tidak meneruskan artikel berkenaan walaupun maklumat dari pelbagai sumber mencurah masuk.Pakatan Rakyat berpandangan, kesan kezaliman yang dilakukan pentadbiran
Najib Tun Razak adalah begitu besar sekali kepada seluruh rakyat
Malaysia.
Anwar, pemimpin pilihan rakyat (berdasarkan undi popular), akan dihumban
ke dalam penjara selama bertahun-tahun hanya kerana terlibat dalam
hubungan seks yang dibuktikan di Mahkamah berlaku secara suka sama suka.Bandingkan dengan kemalangan kapal terbang terbabit, mana yang lebih utama? Sudah tentulah kes Anwar.Rakyat perlu lupakan soal kemalangan MH370 ini dan memberi keutamaan
kepada perjuangan lebih utama - membebaskan Anwar dari penjara.
Beberapa himpunan besar akan diadakan petang ini sehingga beberapa
bulan akan datang oleh Pakatan Rakyat.Dari buang masa menunggu maklumat depan TV, lebih baik turun berdemo, ada juga faedahnya.
SUDAH 6 PURNAMA BUKTI PAS DIPERKUDAKAN DI SELANGOR
Tun Dr Mahadhir sudah berulang kali beri pandangan sejujurnya, tetapi pemimpin PAS masih juga memekakkan telinga dan seolah-olah menerima ketentuan PKR dan DAP untuk masa depannya di Selangor. Rakyat Selangor yang beragama Islam,sepatutnya sedar parti PAS tidak lagi se gah yang dibanyangkan, partinya sekadar`patung' dan pemimpinnya pulak menjadi `pak turut' kepada PKR dan DAP ...apa tidaknya lihat di bawah......Selama mana PAS mahu jadi `kuda' kepada PKR dan DAP?. Benar kata TUN...
Subscribe to:
Posts (Atom)