
Pakatan pembangkang kini telah mencanangkan calon ke atas
Johor. Ramai "giants" pembangkang akan pindah kawasan dan bertanding di
Johor pada PRU 13 kelak - Sallehuddin Ayub, Kit Siang, bekas jeneral Hashim Hussien dan Ghafir Abd Hamid dsb. Strategi
tersebut bakal mengundang padah sekali gus pembangkang akan kalah teruk
di Johor. Negeri Johor kekal sebagai kawasan tradisi BN terutama UMNO -
bumi kelahirannya! Pembangkang bagaikan 'menang sorak, kampung tergadai'-
landasan himpunan jalanan pilihan mereka untuk merampas kuasa kerajaan
pimpinan BN. AWAS....!!! BN bakal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang,
Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan malah tiada masalah besar
untuk mengekalkan kerajaan di Perak dan negeri-negeri lain di bawah
pemerintahannya kini. Rakyat sudah lama sedar bahawa mereka telah
melakukan kesilapan besar untuk memilih pembangkang pada PRU 12 yang
lalu. Rakyat tidak sanggup lagi ditipu, dibohongi dan mengulangi
kesilapan lalu. Menjelang PRU 13, pelbagai janji baru ditaburkan oleh
pembangkang ibarat 'menanam tebu di bibir' sedangkan janji lama kepada
rakyat masih banyak yang belum ditunaikan. Senjata PAS menggunakan
landasan agama bagi meraih undi semakin tumpul, PKR diselubungi pelbagai
masalah dalaman dan kepimpinan malah sanggup memilih `perwira penyanggak' yang telah kalah dalam perang, manakala DAP masih tebal dengan amalan
'rasis'- tidak mempedulikan nasib masa depan Melayu dan Islam. PAS di
Kelantan dan Kedah semakin celaru dan ketidaktentuan. PKR di Selangor
bagaikan pohon kering....menanti waktu untuk menyembah bumi. DAP di
Pulau Pinang semakin menindas orang Melayu dan dibiarkan melarat.
Pakatan pembangkang ibarat "jasad tanpa roh' malah jasadnya pula berbau
busuk seperti bangkai - busuk kerana tingkahlaku dan sikap pemimpinnya
yang rakus dengan mengamalkan prinsip 'kepentingan peribadi mengatasi
segalanya'. Rakyat dan pengundi dijadikan mangsa kerakusan mereka -
rakyat diperalatkan dan dibohongi mereka 'hidup-hidup'. Pada PRU 13
nanti, rakyat pasti menghukum pakatan pembangkang bagi melepaskan dendam
mereka. Jika dendam ini tidak terbalas, rakyat tidak dapat
tidur.......pakatan pembangkang bakal menerima hukuman dan padah sekali
gus bakal kalah teruk pada PRU 13. Prestasi BN dijangka lebih baik
daripada PRU 11 (2004). BN menepati janji dalam memenuhi keperluan
denyut nadi rakyat!!!
No comments:
Post a Comment