Tuesday, 12 March 2013

APA BEZA PAGAR BURUK DAN PAGAR BESI



Episod 1: KHALID, PAGAR BURUK.......

Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!
Bilamana Mej Khalid mengkritik organisai pasukan keselamatan, dia umpama PAGAR BURUK yang memagari sawah bendang seluas mata memandang. Keadaannya pagar yang buruk lagi teruk akan membuatkan empunya sawah tentunya berfikir untuk mencari masa yang sesuai mencabut dan meruntuhkannya mengantikan yang baru. Pagar buruk umpama Khalid tidak akan lagi berguna dan hanya sesuai dihumban ke dalam telaga buta agar tidak mendatangkan kecederaan kepada orang pulak. Begitulah bidalan pagar buruk dan Mej Khalid yang celupar bodoh umpama mencari belanag di atas tikar!. Khalid yang memiliki tiga FB berlainan cukup licik akhirnya meminta maaf setelah nasi menjadi bubur. Bayangkanlah kalau Si A menampar Si B dengan kuat sehingga mukanya mengalami kecederaan, selepas 5 minit Si A menyedari kesalahannya,  dia meminta maaf! Adakah Si B dengan mudah memaafkan dan melupakannya seumur hayat!

Episod 2: PEJUANG, PAGAR BESI............

Bilamana 10 anggota pasukan keselamatan gugur dalam mempertahankan tanahairnya dari penceroboh di Lahad Datu sewajarnya dianggkat sebagai pejuang tulin yang sanggup mempertahankan agama, bangsa dan negara walauapa jua keadaan. Mereka ibarat PAGAR BESI kepada pesawah yang menjamin sawahnya menghasilkan pulangan lumayan yang akan memberi kemakmuran,  kesejahteraan hidup kepadanya dan keluarga buat sekian lama. Pagar besi akan terus kukuh dan tidak akan goyah demi memikul tanggungjawabnya menjaga sawah dari sebarang bencana asalkan dapat membahagiakan tuannya.

No comments:

Post a Comment