Wednesday, 13 March 2013

PANASSS!!!!MEREKA SAHUT CABARAN ZAHID

Pahlawan anak beranak, bersaudara!

PANAS!!!! mereka sanggup  menyahut cabaran Menteri Pertahanan kerana tidak mahu dilabelkan sebagai pengecut!

Pasukan keselamatan tidak lagi perlu takut dan risau mengenai ancaman pihak musuh kerana pahlawan anak beranak dan bersaudara iaitu Hang Tu, Hang Pi, Hang Mai, Hang Ni,  Hang Ja dah dan Pemaisuri Hang Zie merupakan pejuang yang boleh melakukan apa sahaja termasuk membuat serangan kilat terhadap kedudukan musuh tanpa dilihat. Ikrar perjuangan mereka telah dilafaskan di hadapan penyokongnya tegarnya dalam satu perjumpaan khas tetapi tertutup untuk terlibat secara langsung dalam OP DAULAT. Cumanya mereka berpesan agar pihak berwajib menyediakan tempat tinggal di hotel agar senang mereka bermandi manda, menjamu selera dan mengelakkan dari gigitan semut dan nyamuk yang dikatakan terlalu berat untuk ditanggung. Dari sumber yang dipercayai, penerbangannya khas telah pun disediakan menggunakan kapal perang yang didatangkan dari negara BABUSYITAN.

Dalam kenyataannya, mereka menyatakan bahawa tidak semudah itu untuk menzahirkan ikrar menyahut seruan perjuangan ke Lahad Datu tetapi paling penting mereka cukup bosan dengan kerenah PM yang tidak juga mahu pengumuman tarikh pilihan raya ke13. Harapan mereka adalah untuk menamatkan segera pencerobohan tersebut agar PM dapat melaksanakan pilihan raya secepat mungkin. Benar juga.....
 




1 comment:

  1. Ini bukan atas pagar tapi sebelah pagar!!!!

    ReplyDelete