Monday, 11 March 2013

JACK PALANCE NAMPAK PKR!


` JACK PALANCE', Jeneral politik PKR!', itulah kenyataan Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar memperkenalkan Jen (B) Hashim Hussein,  bekas Jeneral yang pernah menjawat PTD, mengetuai pasukan Malaysian Batalion  ke Bosnia Herzergovina dan kemudiannya  sebagai  High Commissioner di Pakistan.

Itu cerita dulu, tapi kini dia telah beralih arah, Jack `terjun bulat-bulat' ke arena politik PKR setelah  merasakan jalan terbaik melunaskan dendam terhadap ATM dan kerajaan.

Sepertimana bekas 4 Jeneral bermasalah, Jack menyertai PKR kerana rasa tidak puas hatinya terhadap `layanan' ATM dan kerajaan terhadapnya khususnya impiannya jawatan PAT yang tidak kunjung tiba ketika dalam perkhidmatan. Jack seorang opportunis, ketika di  Bosnia, dia hanya sibuk menghabiskan masa menulis `buku-buku dogeng, antaranya - Malaysian Tiger'  daripada menyelami dan memberi perhatian terhadap anggotanya di lapangan. Bukunya sarat dengan perkataan  I, and as a grandfather......yang tidak lebih sekadar `masuk bakul angkat sendiri'. Hidupnya, siang malam bercenggang mata mahu menyiapkan buku-buku mengenai `kehebatan' dirinya sahaja! Kerana kelabu asapnya bekas Jeneral ini, dia cuba membohongi rakyat dengan kenyataan yang tidak boleh diterima langsung. Jack bertindak menyamakan versi insiden Lahad Datu dengan kejadian Sauk yang berlaku pada 2 Jul 2009!  Walhal semua tahu, insiden Sauk nyata dilakukan oleh ketaksufan segerombolan 15 orang rakyat MALAYSIA penganut ajaran sesat Al-Ma'unah `menakluki' Bukit Jenalik selepas melakukan rompakan senjata ke atas kem Grik berbanding 150-200 penceroboh asing dari FILIPINA yang mahu menyerang Sabah secara kekerasan. Apapun, Jack adalah manusia yang ibarat melepaskan anjing tersepit. Dia banyak melakukan kesalahan dan dosa anggotanya dan perkhidmatannya ketika dulu,  tetapi ATM tetap memberi kedudukan yang tinggi. Malah,  Jack gagal menoleh ke belakang mengimbas kehidupannya yang kini  dikecapinya hasil keprihatinan ATM dan kerajaan.

Mungkin ada kewajarannya, segala pingat dan penghormatan yang diterima ketika dalam perkhidmatan dahulu ditarik balik!




No comments:

Post a Comment