Monday, 4 March 2013

AZIZAH MENANGIS, ANUAR SAMAN, TIAN CHUA CACI




Sebagai insan, ketawa dan menangis menjadi lumrah hidup. Ketawa mungkin kerana kegembiraan dan menangis pula terjadi setelah sesuatu yang menyedihkan berlaku di atas diri, keluarga atau sahabat handai. Menangis juga mungkin terjadi kerana rasa sedih setelah membaca wasiat berbentuk SMS dari salah seorang mangsa yang terkorban dan insiden di Lahad Datu yang telah merasakan dirinya  menghampiri `jemputan ILLAHI'. Wasiat  seorang ayah  kepada anak-anak, isteri, ibubapa dan keluarga mentua cukup menusuk hati semua. Diperturunkan wasiat tersebut di bawah:
`Wahai isteriku, maafkan abang andainya abang tersilap cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.

Wahai ananak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak dan ayah telah  mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.

Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia...

Oh Malaysia, maafkan aku andainya aku gugur di medan peang. Demi ALLAH aku telah berusaha sedaya upaya'

Begitu jugalah terjadi kepada DS Azizah, naluri seorang ibu yang dapat merasakan kepedihan dan sukarnya dalam penuh keredhaan menerima hakikat orang yang paling disayangi telah pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Tetapi sebaliknya suaminya tampil mengegar  menyaman akhbar tempatan. Pada Anwar, saman lebih penting dari sekala-kalanya dari berkongsi penderitaan yang sedang dipikul oleh keluarga mangsa tersebut. Malah sedikit pun tidak tergerak hatinya untuk membantu malah membiarkan sahaja Timbalannya menyembur penghinaan kepada mangsa yang terkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan negara untuk modal politik. Bahkan mangsa tersebut seorang Islam seagamanya yang sepatutnya mendapat pembelaan kerana terkorban di jalan yang benar. Anwar miskin iman!. Baginya kerjaya pasukan keselamatan tidak ubah sekadar mencari kerja untuk hidup, walaupun umum mengetahui bahawa pasukan keselamatan berkerja tidak mengenal waktu, sering meninggalkan keluarga berbulan-bulan lamanya, isterilah yang menjadi `bapa' dan ibu kepada anak-anak yang tidak mengetahui risiko pekerjaan ayah. 

Keadaan sebegini cukup jelas memperlihatkan dua insan yang bergelar suami isteri mempunyai perbezaan sifat, kepribadian dan pembawakan. Apapun, bilakah Anwar akan menangis! Mungkin tidak lama lagi. Tunggu sahajalah.

  

No comments:

Post a Comment