BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DIIKUT!, itulah bidalan yang sepatutnya diberikan kepada bekas Jeneral yang hanya pandai melalak tapi bagaikan ANJING BURUK KEPALA. Apa tidaknya, kata-kata sinisnya itu hanya mengambarkan tingkah laku dan menempelak diri sendiri apabila selaku Timbalan PTD selama hampir puluhan tahun dia tidak pernah berbuat apa-apa terhadap kebajikan warga tentera dan keluarga. Dia hanya makan tidor dan mengutuk orang siang dan malam. Sekarang apabila pasukan keselamatan berhempas pulas di medan pertempuran di Lahad Datu, dia bangkit memburuk-burukan imej pasukan keselamatan hanya kerana mahu kuasa, kemewahan dan jawatan dalam politik pembangkang. Dia didakwa warak, tetapi menabur racun di serata pelusuk menghina maruah dan perjuanagan warga tentera dan bekas tentera sedangkan secara sedar dia terus membaham pencen tentera untuk dimakan anak beranak.
Apakah gambaran manusia ini!


Kalaulah benar askar tinggal bagaikan direban ayam, dia yang melayari bahtera tentera selama hampir 40 tahun tidak pulak bertukar jadi ayam, bertelor dan melahirkan anak-anak ayam!. Tidakah isteri dan anaknya merasa malu dan terhina kerana tempias kenyataannya itu. Gafir tidak perlu terlalu sombong dan riak hingga menutup mata mengenai perkembangan semasa di mana kemudahan perumahan yang cukup selesa bagi warga tentera. Kerajaan juga telah menaikan gaji serta menambah banyak kemudahan bagi kebajikan warga dan bekas tentera. Apapun, kerana ketaksuban politik, dia berbohong demi `mencari makan' yang tidak halal!.
No comments:
Post a Comment