Monday, 4 March 2013

PARTI PEMBANGKANG BERI SUMBANGAN LUMAYAN BAGI HARGAI PENGORANAN MANGSA LAHAD DATU!



Kemelut Lahad Datu cukup jelas menunjukkan Parti Pembangkang hanya pandai meluahkan janji manis  cakap tidak serupa kepada seluruh warga pasukan keselamatan. Manifesto Pakatan Harapan Rakyat sekadar mengariskan himpunan janji kosong dan palsu dan yang didokongi oleh manusia yang berpura-pura, bermuka-muka dan talam seribu muka khususnya mengenai kebajikan pasukan keselamatan.

Semalam pun, bayang-bayang pemimpin Pakatan Rakyat baik dari pihak PAS, PKR langsung tak nampak semasa ketibaan jenazah mereka di Kuala Lumpur, Sabah, Kuching mahupun ketika disemadikan. Nak harapkan Lim Guan Eng, Karpal Singh jauh sekali bagaikan bumi dan langit yang sentiasa menyimpan kebencian terhadap pasukan keselamatan. Di hati mereka tidak akan terlintas rasa simpati kepada keluarga mangsa kerana meluahkan simpati bermakna memberi penghormatan kepada bangsa Melayu dan negara (walaupun turut terkorban adalah penganut kristian). DAP, parti rasis.


Walaupun PAS dan PKR yang rata-rata dimonopoli orang Melayu dan Islam turut memperlihatkan sikap bermuka-mukanya. Sekadar merakam ucap takziah tidak akan menunjukkan tuntutan dan amalan Islam yang sangat menghargai perjuangan umatnya yang gugur demi menegakkan kebenaran, sukakan kepada keamanan dan kemakmuran. Malah, Anwar Ibrahim sekadar membisu dengan kenyataan timbalannya yang  menganggap kematian beberapa anggota keselamatan sekadar `mati katak', pengorbanan yang sia-sia dan tidak akan memberi sebarang makna.

Begitu pun, di manakah bekas Jeneral yang berceramah ke hulu ke hilir sarat melaungkan kononya memperjuangkan kebajikan warga pasukan keselamatan!  Apakah bekas Jeneral berkenaan turut menghulurkan bantuan kepada keluarga bangsa atau sekurang-kurangnya Dato Najmi mengadakan doa selamat bersama penyokongnya.  Semuanya tidak berlaku, mereka hanyalah `pencacai politik Pakatan Rakyat' malah tidak pernah merasa terkilan mahupun menyelar kenyatan `mati katak' yang dilemparkan oleh salah seorang rakan mereka. Hati mereka telah `hitam' dan tidak akan menerima hakikat bahawa kerajaan kini yang sebenar-benarnya memberi perhatian kebajikan kepada warga pasukan keselamatan termasuk anak-anak dan keluarga dalam apa jua keadaan. 

Sekarang rakyat khususnya warga pasukan keselamatan telah dapat menilai mana nilam mana syaitan!



No comments:

Post a Comment