Kalau mereka bermaruah, kembalikan sahaja darjah dan pingat kebesaran ATM! Bekas Jeneral yang menabur racun kepada ATM sewajarnya mengembalikan semua anugerah kurniaan atau sebarang bentuk penghormatan yang diterimanya baik dari dalam dan luar negara atas kapasiti jawatannya yang dipegang ketika dalam perkhidmatan. Bekas Jeneral ini sepatutnya sedar mereka tidak lagi berhak memiliki sebarang darjah kebesaran tersebut yang kini terus menerus mencemuh, mencaci dan menghina perkhidmatan yang telah banyak memberi penghargaan ke atas mereka. Bayangkanlah, tatakala seluruh rakyat khususnya warga dan bekas tentera berasa hiba dan pilu di atas kehilangan dua lagi pejuang di Lahad Datu, bekas Jeneral pulak tidak henti-henti memburuk-burukkan organisasi di serata pelusuk negara siang dan malam. Mereka tidak langsung mempunyai sikap perikemanusian sanggup mengadai maruah dan pengorbanan tentera hanya kerana kepentingan politik sempit mereka. Begitulah, kalau hati dan jiwa dihasuti nafsu syaitan!
No comments:
Post a Comment