Khabarnya 4 Jeneral menjadi `think tank' kepada pemimpin PKR bagi menyerang dan membunuh pasukan keselamatan di Sabah, antara yang disebut-sebut adalah bekas Jeneral yang terawal menceburkan diri dalam alam politik pembangkang. Mungkin ada kebenaran khabar ini kerana individu berkenaan lantang bangkit mengkritik langkah kerajaan dalam menangani isu.
Bila bilangan mereka bertambah kepada 4 orang, maka lebih mudahlah mereka mengatur rancangan yang lebih licik berdasarkan pengalaman ketenteraan yang `cukup lama' dalam perkhidmatan tentera ketika dahulu. Ini sekali gus membenamkan alasan bahawa penceroboh bukanlah calang-calang orangnya dalam ilmu peperangan tidak lagi memerlukan petunjuk bekas Jeneral ini! Walaupun penceroboh mempunyai kekuatan tinggi dalam peperangan tetapi mereka tidak memiliki pengetahuan mengenai selok beluk keadaan tanah, cuaca dan persekitaran di Sabah yang sangat diperlukan bagi menjayakan rancangan tersebut, maka di sinilah pentingnya petunjuk dan arahan dari bekas Jeneral tersebut. Mereka gadai maruah negara demi parti yang ditunjanginya.
Persoalannya, kenapa bekas Jeneral tersebut tergamak berbuat demikian kalau bukan kerana politik sempit yang mewajarkan apa sahaja bagi mencapai cita-cita peribadi. Rakyat cukup percaya, tindakkan bekas Jeneral tidak ubah seperti baling batu sorok tanggan.
Mana bukti?
ReplyDelete