Wednesday 13 June 2012

ALI TINJU TENGAH NAZAK MAHU BERDEMONSTRASI?




`Rakan' yang akan berdemonstrasi bersama Ali Tinju
Kalangan bekas pesara tentera berpandangan bahawa `Ali Tinju' yang merancang melakukan demonstrasi di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 28 Jun 2011 merupakan tindakan orang yang `mati kutu'. Ali merancang berbuat demikian kerana sedang nazak untuk meneruskan hidup kerana duit tabungan persatuan dah mula kering akibat sikap keborosan dan penyelewengannya sendiri. 

Cubaan mengepalai `segerumbulan penyanggak'  demonstrasi adalah merupakan ikhtiar terakhir menyelamatkan dirinya dari terus nazak. Warga pesara tentera mengetahui bahawa agenda Ali cukup mudah, berdemonstrasi sebagai usaha mencipta bukti kepada `perjuangannya' yang kemudiannya akan `dijaja' di serata pelusuk negara bagi memperoleh sumbangan derma kononnya bagi membantu kebajikan pesara tentera setelah tidak dilayan oleh KEMENTAH dan kerajaan kelak. Bila mana sumbangan diterima, duit diseleweng dan disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, dia `kembung', pesara lain tetap tak merasa apa. Dari sumber dalaman, persatuannya dah mula goyah dan kalangan mereka yang `tidak sebulu' telah menyisihkan diri kerana mengetahui tembelang Ali yang bersikap hanya mahu memperjuangkan kepentingan peribadinya sendiri.

Ali sepatutnya tahu bahawa seluruh pesara tentera tidak memerlukannya `pertolongannya' sama sekali, di mana sahaja dan bila-bila masa pun. Ali juga perlu menerima hakikatnya bahawa `perjuangannya' melalui berdemonstrasi hanya membuang masa bak kata pepatah bagaikan ANJING MENYALAK BUKIT.

2 comments:

  1. demonstrasi bukan cara kita......lebih baik kita berbincang heheehe

    ReplyDelete
  2. nak bincang ke hapanya...kalau dah kena buang dari ATM dengan keji, apa yang boleh dia tuntut, nak pencen ke hapanya. orang macam ni memang susah nak ditegor...

    ReplyDelete