Tuesday, 26 June 2012

DEMONSTRASI TIDAK MENGUNTUNGKAN


Kawan terpanggil untuk nak beri pandangan dan nasihat khususnya kepada Presiden, Ali Tinju mengenai cadangannya mengadakan demonstrasi bagi mendesak pihak Mindef atau kerajaan menunaikan tuntutannya. Ali Tinju sewajarnya berfikir secara mendalam sebelum mengambil sesuatu tindakan khususnya cara mana atau kaedah  mengurus tuntutannya serta kesannya terhadap persara, persatuan, kementerian dan negara. 


Persatuan Diperalat

Pesara tentera melihat Ali Tinju memperalatkan persatuan bagi mencapai kepentingannya sedangkan ia tidak langsung mewakili persatuan-persatuan veteran lain. PVTM seharusnya meletakkan kepentingan  warga pesara keseluruhannya sebagai keutamaan dalam hal ini dan bukannya kelompoknya sahaja.

Saluran Undang-Undang

Persatuan-Persatuan Veteran yang lain sebulat suara tidak bersetuju dengan tindakan PVTM kerana demonstrasi bukanlah satu cara yang betul. Kenapa tidak dibawa mengikut saluran yang betul, iaitu melalui rundingan dan muzakarah. Demonstrasi hanya akan menimbulkan provokasi yang tidak memberi sebarang kebaikan malah mampu menyebabkan kecederaan dan pergaduhan. Kenapa perlu bermain dengan api?

Gergaji  Dua Mata.
Tindakan PVTM yang mahu berdemonstrasi  seolah-olah  `copy and paste' gaya Parti Pembangkang tetapi dalam masa yang sama Ali Tinju melaungkan sokongan kepada barisan kepimpinan Dato Seri Najib!.  Ali Tinju perlu mengesahkan prinsip perjuangan yang sebenar dan tidak berdolak dalik dalam hal ini yang diibaratkan `gergaji dua mata'.
 
Buruk

Demonstrasi akan mengundang implikasi negatif yang sangat besar dari aspek tahap keyakinan dan kepercayaan  masyarakat umum terhadap seluruh warga tentera. Apa yang lebih membimbangkan, ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menjejaskan imej, kepimpinan kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Tidakah ini akan merugikan warga tentera dan pesara dalam jangka panjang?

Rugi

Warga tentera dan pesara merasakan mereka rugi kerana demonstrasi tidak menjamin tuntutan dapat ditunai. Tindakan PVTM tidak akan menghasilkan apa-apa dan ia diibaratkan `anjing menggonggong bukit'.

Gadai Maruah

Jangan gadaikan maruah bekas anggota tentera yang telah terbukti pengorbanannya dalam pelbagai tugasan baik di dalam dan di luar negara dengan demonstrasi yang tidak menguntungkan sesiapa.melalui jalan singkat.
Hormatilah hak-hak pesara yang lain sebelum melakukan sebarang tindakan. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan demonstrasi sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada  kedaulatan negara yang tercinta.

No comments:

Post a Comment