Mohd Ali Baharom juga dikenali sebagai `Ali Tinju', `Jen Ali' dan `Ali Warrior' |
President Veteran Askar Melayu yang dikenali sebagai `Ali Tinju" atau `Jen Ali' atau `Ali Warrior' sebenarnya bukanlah sehebat mana. Bekas tentera yang hanya menyumbang selama 6 tahun dalam perkhidmatan ATM hanyalah `sang kura-kura' kerdil yang berlagak menjadi `hero'.
`Ali Tinju' dikenali kerana suka gaduh. Khabarnya masa dalam perkhidmatannya dah mula nak jadi `hero'. Dia suka bergaduh dengan kawan-kawannya tapi akhirnya dia juga yang kena belasah dengan teruk.
Kononnya dia nak `gempar' warga ATM seluruh negara dengan bercadang buat demonstrasi di MINDEF ala-ala BERSIH 3.0?. Ini menunjukkan Ali cukup terdesak dan tertekan kerana `masalah dalamannya'. Ali menghadapi tekanan yang cukup teruk bagaikan KURA-KURA yang mengharapkan belas kesihan sang badak untuk meneruskan kehidupannya. Masalah keluarga dan kewangan yang dihadapi ketika ini dah sampai ke paras hidung. Dia yang tidak mempunyai kerja tetap dan hanya bergantung kepada hasil kutipan derma untuk menyara hidup. `Kantungnya dah kering. Dia juga kini sedang menghadapi masalah tuntutan dari perkahwinannya yang `ketiga'.
Antara hidup dan mati menunggu sang kura-kura |
`Ali Warrior' berarak-arak ke sana ke mari `kutip derma' kononnya mahu perjuangkan kebajikan pesara tentera `askar Melayu' walhal dia gunakan persatuan dan wang kutipan tersebut untuk kenyangkan temboloknya sendiri. Ini `taktik' lama dan lapok. Cuba buktikan berapa pesara askar Melayu dah dia tolong?. Ali cukup licik dalam hal ini. Dia `berlagak' macam VIP, dulu guna gelaran Datuk untuk memerangkap `mangsa' tapi akhirnya tembelangnya terbongkar. Dia juga bergambar dengan pemimpin ATM dan Menteri Pertahanan untuk disiar dalam internet, kononnya untuk papar kredibiliti dan kewibawaan sedangkan semua orang tahu `Jen Ali' memang handal `main wayang' dek mabuk kuasa.
Ali silap percaturan, warga ATM lebih matang dan berfikiran profesional dari sangkaanya. Warga ATM tahu siapa penyanggak, penipu, pembelit dan pembohong. Harap-harap keluarnya artikel ini, tidak siapa yang nak ikut `Ali Tinju'. Biarkanlah Ali terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan....
No comments:
Post a Comment