`Rakan' yang akan berdemonstrasi bersama Ali Tinju |
Kalangan bekas pesara tentera berpandangan bahawa `Ali Tinju' yang merancang melakukan demonstrasi di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 28 Jun 2011 merupakan tindakan orang yang `mati kutu'. Ali merancang berbuat demikian kerana sedang nazak untuk
meneruskan hidup kerana duit tabungan persatuan dah mula kering akibat
sikap keborosan dan penyelewengannya sendiri.
Cubaan mengepalai
`segerumbulan penyanggak' demonstrasi adalah merupakan ikhtiar terakhir menyelamatkan dirinya dari terus nazak. Warga pesara tentera mengetahui
bahawa agenda Ali cukup mudah, berdemonstrasi sebagai usaha mencipta
bukti kepada `perjuangannya' yang kemudiannya akan `dijaja' di serata
pelusuk negara bagi memperoleh sumbangan derma kononnya bagi membantu
kebajikan pesara tentera setelah tidak dilayan oleh KEMENTAH dan
kerajaan kelak. Bila mana sumbangan diterima, duit diseleweng dan disalahgunakan
untuk kepentingan peribadi, dia `kembung', pesara lain tetap tak merasa
apa. Dari sumber dalaman, persatuannya dah mula goyah dan kalangan mereka yang `tidak sebulu' telah menyisihkan diri kerana mengetahui tembelang Ali yang bersikap hanya mahu memperjuangkan kepentingan peribadinya sendiri.
Ali sepatutnya tahu bahawa seluruh pesara tentera tidak
memerlukannya `pertolongannya' sama sekali, di mana sahaja dan bila-bila masa pun. Ali juga perlu menerima hakikatnya bahawa `perjuangannya' melalui berdemonstrasi hanya membuang masa bak kata pepatah bagaikan ANJING MENYALAK BUKIT.
demonstrasi bukan cara kita......lebih baik kita berbincang heheehe
ReplyDeletenak bincang ke hapanya...kalau dah kena buang dari ATM dengan keji, apa yang boleh dia tuntut, nak pencen ke hapanya. orang macam ni memang susah nak ditegor...
ReplyDelete