Wednesday, 6 June 2012
MUNGKINKAH ANAK-ANAK INI ISLAM ?
Gambar ini adalah anak-anak kita, yang kita curahkan dengan penuh kasih kesayangan dan kecintaan. Kita akan bersedih dan muram jika anak-anak kita sakit mahupun ditimpa kemalangan, jauh sekali terjadi sesuatu kejadian yang tidak diingini. Anak-anak menjadi pewaris kita baik dari sudut keturunan, bangsa dan juga agama.
Tetapi apakah jadinya nanti jika Parti Pembangkang memerintah?. DAP bersama PKR dan PAS terus terang telah menyatakan hasratnya akan mengubah perlembagaan negara jika ia memerintah di Putrajaya. Antara perkara utama yang mereka mahu ubah adalah mengenai status agama anak-anak ini. Mereka mahu menetapkan bahawa anak-anak yang baru dilahirkan sehingga 18 tahun, status agamanya akan ditentukan oleh mereka sendiri.Anak-anak kita mungkin tidak lagi dibenarkan berpakaian begini dan mengikuti ayahnya ke masjid. Adakah umat Islam di Malaysia mahu membenarkannya berlaku?.
DAP menyimpan banyak dendam ke atas umat Islam di Malaysia. Mereka tidak lagi menganggap bahawa isu agama itu hak sesuatu bangsa khususnya di Malaysia dimana agama Islam dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai langkah pertama, pembinaan gereja besar di Malaysia hampir menjadi dan tidak mustahil kata-kata Razali Abdul Rahman mengenai strategi DAP akan berjaya jika orang Melayu lepa dan lupa terhadap tanggungjawabnya - mempertahankan Islam dalam apa jua keadaan. Orang Melayu kini dilihat lebih suka bergabung dengan DAP hanya kerana cita-cita politiknya yang sama iaitu ingin ke Purtajaya. Orang Melayu sebaliknya perlu mengetahui `grand design' DAP yang mahu menghancurkan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Banyak insiden di negara kini dilihat Islam diperlekeh dan dinodai, tetapi PKR dan PAS hanya mendiamkan diri sedangkan mereka orang Islam. Malah bersedia menukar matlamat perjuangan hanya bagi memberi laluan kepada persahabatan ala `perjanjian syaitan',mempertikai dan mempersoalkan tindakan JAIS dalam kejadian murtad ke atas orang Islam di Selangor, PAS seolah-olah membenarkan orang Cina sewenang-wenangnya menghina ayat-ayat Quraan dan PAS merelakan Bersih 3.0 menghina Kota Suci Mekah dan Madinah semuanya atas kesepakatan DAP, Anwar, Ambiga dan Karpal Singh.
Kalaulah DAP memerintah, tidak mustahil anak-anak kita tidak akan lagi ke sekolah agama dan baca Al-Quraan ketika kecil lagi. Bukalah dan lihat dengan mata hati, agar orang Melayu tidak terjerumus didalam gengaman DAP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
umno pun ap kurangnya,sepakat dgn mca dan mic,,,hindu paria,,,buddha...janji nak tlg agama islam...kenapa dan mengapa membawa ajaran luar semasa perhimpunan belia di putrajaya??! k-pop...dangdut,,,kenapa tiada majlis ilmu,,,majlis zikir,,kalau tidak pun,,isikan program2 budaya masyarakat tradisional,,apa salahnya kalau buat mcm tu..perdana menteri tidak tunjuk contoh yg baik,,,menari bersama dengan artis,,,najib tu islam atau artis dangdut ??
ReplyDelete