Thursday, 28 June 2012

BUANG SAJA PETISEN ALI TINJU KE DALAM TONG SAMPAH



Terus terang kami, warga pesara dah meluat kat Ali Tinju  yang tak habis-habis buat kecoh. Kami seru agar Perdana Menteri tak perlu melayan minda kerdil orang seperti ini. Masih banyak kerja lain yang lebih manfaat untuk dilakukan. Apapun, Ali Tinju bagaikan Samseng Kilat  yang nak tunjuk belang sedangkan apa yang dimintanya adalah karut dan merapu. Melihatkan wajahnya pun orang dah muak, meyampah kerana perangainya yang tidak habis-habis dibaluti dengan sifat kesyaitannanya. Masuk askar tak sampai pun 10 tahun mengaku mahu membela kebajikan pesara sedangkan dia sendiri tak tahu payah peritnya dalam tentera.  Apa yang semua orang perlu tahu adalah Ali mempunyai agenda tersembunyi di sebalik semua ini? Agendanya tidak lain daripada desakan WANG. Ali tidak punyai apa-apa, dia mahu wang untuk meneruskan kelangsungan kehidupannya. Kami juga menyarankan agar petisennya itu dibuang saja ke dalam tong sampah sebab kalau dia ditunaikan Ali akan jadi  kaduk naik junjung dan berkemungkinan ia akan menjadi lebih ekstrem. Kerajaan juga lebih baik melihat persatuan tentera yang lain yang lebih ramai dan lebih bermaruah berbanding PVTM yang hanya 23 orang. Kerajaan tak akan rugi malah akan menjamin persatuan-persatuan lain yang lebih telus dalam memperjuangkan agendanya. Kami juga menyeru agar Jabatan Halehwal Veteran menyemak aktiviti persatuan ini khususnya dimanakah segala sumbangan kewangan dibelanjakan?. Setakat buat `senaman tonggeng punggung' tak perlu melalak sana sini nak tunjuk dia handal.

No comments:

Post a Comment