Thursday, 14 June 2012

BEKAS ISTERI SANGKAL ALI TINJU DAN MOHON MAAF KEPADA MENHAN



Penulis menemui bekas isteri Ali Tinju untuk mendapatkan respons mengenai kenyataan bekas suaminya, Ali Tinju yang cabar Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya bersumpah kerana kononnya pernah melontar perkataan `binatang' terhadapnya dalam kenyataan di facebook terbaharunya. Pertemuan yang diadakan di sebuah tempat (Kuala Lumpur) selama hampir 45 minit telah menyangkal kenyataan Ali Tinju dan mengesahkan kenyataan tersebut sebagai fitnah semata-mata yang bertujuan mencemarkan imej baik Menteri Pertahanan. Ikuti KENYATAAN PENUH bekas isterinya (tidak mahu dinyatakan) di bawah:

Bekas Isteri: Orang (masyarakat) tidak mengenali bekas suami saya. Ali Tinju yang pernah menjadi suami saya adalah insan yang tidak beramanah, sombong, pemboros, pentingkan diri sendiri dan tidak boleh dipercayai sama sekali. Tidak menghairankan jika bekas suami saya membuat kenyataan itu kerana beliau cukup pandai mengadakan sesuatu yang tidak disangka-sangka, kenyataan itu adalah tohmahan yang tidak berasas dan semata-mata fitnah  bertujuan mencemarkan nama Menteri Pertahanan. Setahu saya, beliau kini cukup terdesak kerana menghadapi tekanan masalah kewangan yang amat kritikal akibat pengurusan persatuan yang tidak telus kerana hidup dalam kepura-puraan, berlagak bagai seorang VIP tetapi tidak punyai apa-apa sehingga kini pun nafkah anak-anak diabaikan sepenuhnya. Saya menyeru agar masyarakat tidak terpedaya dengan muslihat bekas suami saya itu. Lihatlah keadaan yang saya lalui sekarang agar masyarakat mengetahui sikap dan perangai sebenarnya. Bekas suami saya itu sepatutnya sedar bahawa tindakannya itu tidak menguntungkan sesiapa malah akan menambah penderitaan dan kerumitan yang dia hadapi sekarang. Lebih baik dia tumpukan perhatian kepada anak-anaknya. Islam juga melarang kita membuat fitnah apatah lagi sesama peganggan agama.

Saya, bagi pihak bekas-bekas isteri memohon maaf (secara terbuka) kepada Menteri Pertahanan sendiri dan keluarganya atas keceluparan bekas suami saya demi kesejahteraan dan keharmonian kami sekeluarga. Saya sentiasa mendoakan agar suami saya itu segera taubat dan menginsafi apa yang telah dilakukan khususnya mengenai fitnah tersebut. 

3 comments:

  1. kalau dah bekas bini-bini sendiri pon tak percaya dengan dia, apatah lagi masyarakat sekeliling. kalau akulah, taboh bagi keluaq perut je orang macam ni....nak jaga kebajikan bekas tentera konon, walhal duit sumbangan dio dok bawak pi kedarah arak ngan betina...maka al bodohlah sapa-sapa pengikut mangkok hayun ni

    ReplyDelete
  2. ni lah masalahnya kalau berenti pangkat prebet...dah sah-sah SRP pon lingkop...nak menyamar Dato konon...rentikan le.....bencilah aku dengan orang cam ni...dasar jantan sial...nasib bukan laki aku...kalau tak dah lama aku kerat anunya....biar dia jadi gay terus...senang si Anwar Ibrahim sondol dia...

    ReplyDelete
  3. Wuish..marah betul kawan kita sampai nak kerat anunya. Tapi untuk si Mangkok Ali ni saya rasa lebih dicincang-cincang, pastu bagi biawak makan sebab biawak suka makan bangkai.

    ReplyDelete