Kawan nak maklumkan bagaimana Ali Tinju buat press conference kat Bandar Tasik Pemaisuri pada 22 Jun lalu. Press Conference tu hanya dihadiri beberapa kerat sahaja termasuk wartawan, blogger dan 25 penyokongnya (PVTM). Press conference yang diadakan memang jelek, cukup celaru malah dipenuhi kata-kata nista, merapu dan cemuhan. Ali mengemukakan 11 perkara dengan `berkobar-kobar' walaupun pada dasarnya isu tersebut bukanlah mendesak sangat dan taklah perlu ada press conference!. Dia cakap ikut sedap mulut sahaja dengan diselangi perkataan `BETUL TAK'' secara berulang-ulang bagi mendapatkan sokongan penyokong. Nampak sangat Ali tak yakin apa yang diperkatakan malah dia memang kurang segala-galanya dari segi keupayaan bercakap, berfikir dan menjawab soalan wartawan. Kalau dengar apa yang diperkatakan seolah-olah Malaysia ini dia punya, contohnya .....petik saja (sambil memetik jari) 1,000 orang akan datang!. Lebih mengelikan hati dia pulak arah PM memecat Menteri Pertahanan. Dia kata dia dah buat 1000 aktiviti untuk bantu pesara tentera? Bila dan siapa yang dapat bantuan tu. Lepas tu dia mula melalut pasal kontrak. Sambil mengutuk Datuk Siti Norhaliza dah kaya jadi kaya dengan memperoleh kontrak Mindef. dia pulak menagih untuk mendapatkan kontrak di Mindef walau pun setakat kontrak cuci cermin. Press conferencenya dah jadi macam tempat bersembang-sembang, kutuk-kutuk sana sini. Dia naik syok sendiri pulak. Kalau beginilah, Ali memang layak dipanggil ALOK (action lebih otak kurang).
No comments:
Post a Comment