Monday 11 June 2012

ULAMA PAS LARANG TUNAI RUKUN ISLAM

Umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba mahu mengerjakan haji, tapi Tuan Ibrahim larang!

Apa sudah jadi kepada ulama' PAS hingga sanggup melarang umat Islam menunaikan Rukun Islam Kelima hanya kerana ramalannya pilihan raya akan dilaksanakan pada musim haji tahun ini!. Pemimpin PAS dah cukup bercelaru seolah-olah ibadah haji menyamai atau mengatasi pilihan raya. 

Mungkin juga Tuan Ibrahim Tuan Man mahu menyekat dan menghakis amalan penting dalam Islam. Kalaulah Lim Guan Eng mungkin orang Islam tak ambil peduli tetapi ini dikeluarkan oleh ulama PAS. Apa lagi yang boleh diharapkan kepada pemimpin PAS kini?.  Selepas PAS bersekongkol dengan S.Ambiga menodai Kota Suci Mekah, kini PAS menyekat umat Islam Malaysia untuk menunaikan haji!. Asstaqfirullahulazim.
 
Mungkin ayat Al Quran, surah Al-Haj (27-28) akan memberikan jawapan ini:

`Dan serukanlah umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah tuhan) Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis kuda yang kurus (kerana lamanya perjalanan), yang datang dari pelbagai jalan (dan corak rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka'. 

Dan Saidina Aishah r.a telah bertanya kepada Rasullullah s.a.w. dengan berkata `wahai Rasullullah s.a.w. menurut kamu jihad itu adalah amal yang paling utama. Jika begitu, tidakkah kamu akan berjihad?. Baginda bersabda: bagi kamu semua ada jihad yang lebih utama iaitu haji yang makbur'.

Tuan Guru menangis!, tak tahu apa nak jawab bila baca artikel ini.

No comments:

Post a Comment