Ali Tinju membayangkan hasratnya untuk membatalkan rancangan
berdemonstrasi setelah mengetahui beliau tidak mendapat sambutan
dari kalangan pesara. Warga pesara menolak sekeras-kerasnya
cadangan tersebut kerana tidak mahu dipalit dengan imej oportunis beliau yang yang mempunyai kepentingan peribadi dan bukan untuk golongan pesara.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia, Mohd
Sabri turut menyokong hasrat pembatalan tersebut
kerana Ali dianggap `merampas' agenda persatuannya yang telah diperjuang sekian lama. Tambahan lagi kerajaan telah mengambil perhatian perkara tersebut. Lagipun Ali tidak layak
memperjuangkan isu pencen untuk golongan pesara kerana dia sendiri diberhentikan
dari perkhidmatan ATM secara keji. Keadaan beliau yang dibelenggu dengan masalah akhlak dan penyelewengan, mana mampu memperjuangkan kepentingan golongan pesara. Biarlah tanggungjawab tersebut dipikul oleh persatuan yang lebih layak.
No comments:
Post a Comment