Sunday 28 April 2013

Renungilah.......



MAHUKAH ANDA MEMILIH PEMIMPIN YANG MELIWAT DAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEJENIS SEBAGAI PEMIMPIN?

Mari, renungi bersama-sama..

Surah Ali Imran - Ayat 61 diantaranya bermaksud “kemudian marilah kita bermubahala kepada Allah dan kitaminta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.
Ayat diatas amat releven dengan apa yang telah berlaku kepada salah seorang Ketua Pembangkang yang telah dilaporkan berkali-kali melakukan pelbagai kegiatan sumbang yang dila’nat Allah SWT, seperti perhubungan sejenis, meliwat, berzina dengan isteri orang (sehingga melahirkan anak) dan dengan pelacur. Beliau mendakwa bahawa kesemua itu adalah fitnah dan mendakwa ia satu konspirasi jahat oleh pihak UMNO untuk menjatuhkan beliau, walaupun pelbagai bukti kukuh dikemukakan kepada umum. Ramai diantara pengikut amat taksub telah terpedaya dengan `hujah serta lakonannya' lalu mempercayai kata-kata beliau bahawa beliau telah difitnah. Surah Al-Israa Ayat 72 yang bermaksud “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini,niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”.Dan juga Surah Al Ahzab Ayat 67 yang bermaksud “Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)”.

Persoalannya,  jika pemimpin benar tidak melakukannya, mengapa beliau takut  bermubahalah (sumpah laknat)  seperti yang dilakukan oleh kesemua mereka yang menuduh beliau, diantaranya Azizan, Umi Hafilda, Saiful dan Dato Eskay. Mengapa beliau menghalang pihak berkuasa menjalankan ujian DNA terhadap diri beliau dan anak yang didakwa anak beliau. Untuk membersihkan nama beliau, Ketua Pembangkang tersebut saharusnya turut sama bermubahalah dan bukan mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Kata pepatah “berani kerana benar takut kerana salah”. Tetapi beliau enggan melakukannya dan sebaliknya timbul lagi cerita-cerita baru dari masa kemasa dengan  beliau berselindung dibelakang tabir yang sama kononnya ada “fitnah dan konspirasi” terhadap diri beliau. Tidak cukup itu, dalam keadaan tersepit beliau terpaksa memperalatkan ulama tersohor seperti Dr Yusuf Qaradawi untuk menutup kemungkaran beliau. Sekiranya beliau di pihak yang benar, beliau tidak perlu berbuat demikian, kerana Allah SWT tetap akan bersama beliau.

Disini, diriwayatkan suatu kisah benar yang berlaku di zaman Khalifah Saidina Umar untuk renungan bersama. “Diadukan kepada Khalifah Umar seorang budak yang telah membunuh tuannya. Lalu Khalifah Umar memerintah agar budak itu dibunuh. Sebaliknya atas cadangan Ali, siasatan telah dilakukan terlebih dahulu dan budak tersebut telah mendakwa bahawa beliau terpaksa membunuh tuannya kerana tuannya telah memaksa dan meliwat beliau. Dari hasil siasatan itu Ali perlu mendapatkan bukti terhadap dakwaan tersebut. Lalu beliau menasihati Khalifah Umar supaya menangguhkan hukuman beliau selama tiga hari selepas tuan yang dibunuh itu dikebumikan. Di hari keempatnya, Ali telah menjemput Khalifah Umar serta keluarga simati kekubur serta memerintah supaya  kubur simati digali semula. Hasil dari galian tersebut, mereka mendapati mayat simati sudah tidak ada didalam liang lahad dan cuma tinggal kafannya sahaja. Lalu Ali berkata “Allahu Akhbar Allahu Akhbar, demi Allah aku tidak pernah berbohong dan dibohongi. Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda “ Barang siapa diantara umatku ada yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth kemudian dia mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka dia tidak akan tinggal di liang lahad lebih dari tiga hari kecuali bumi melemparkannya ke golongan kaum Luth yang telah binasa. Dia kelak akan dibangkitkan bersama mereka”. Tempat yang dimaksudkan itu bernama Sodom (terletak di selatan Dead Sea), asalnya perkataan sodomy. 

Pengajaran dari peristiwa tersebut, semua umat Islam, termasuk penyokong-penyokong Pas dan PKR, terutama mereka yang taksub supaya merenunginya, takut-takut nanti mereka akan turut dikumpulkan bersama kerana bersekongkol dengan manusia yang seperti itu, apatah lagi memilih beliau sebagai pemimpin mereka. Sedangkan pemimpin mereka  itu akan berada  bersama-sama kaum Nabi Luth as. Dalam hal ini diyakini tiada seorang ulama yang tersohor sekali  pun akan dapat menyelamatkan mereka. Ayat 71 Surah Ali Imran yang bermaksud “(ingatlah) suatahari (yang di hari itu) Kami panggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka tidak dianiayanya sedikitpun”.

Oleh itu, berhati-hatilah apabila memilih pemimpin masa depan negara. Ingat! mereka yang akan dihimpunkan bersama-sama kaum Nabi Luth as perlulah dijauhi. Dengan memilih beliau dan memilih mereka yang bersekutu dengan beliau dikuatiri anda akan turut dihimpunkan bersama-sama mereka nanti.


No comments:

Post a Comment